My LovinG Followers

Monday, November 23, 2009

~*~ Cahaya Hati ~*~

Kadang merasa kegelisahan hati dan jiwa tidak tahu apa yang harus di lakukan. Merasakan beban hidup yang sangat berat, tidak tahu macam mana nak di luah bebaskan. Merasa tertekan dengan himpitan yang macam-macam seringkali menghalang langkah kehidupan. Tubuh terasa lemah longlai tidak tahu harus melangkah kemana. Kegelisahan hati yang mendalam, tubuh bergetar dan semuanya menjadi serba tak teratur dan seringkali serba salah. Terlalu himpit kegelapan hati.

Hidup dalam kegelapan tanpa disinari cahaya amat gelap, Sentiasa berputar-putar dan menyibukkan diri sendiri, tapi sebenarnya tidak dapat melangkah ke mana pun. Sentiasa merasakan setiap langkah terantuk sandungan dan serba tidak beraturan.


Cahaya hati bersumber dari cahaya Illahi yang akan menerangi hati. Menemukan cahaya hati bererti kembali kepada jati diri sebagai manusia. Kembali kepadaNya bererti hati makin bercahaya. Sesungguhnya dalam hati ini sudah ditiupkan sifat-sifat mulia Allah pada saat proses penciptaannya.


Cerminkan diri lihat, berapa banyak kesombongan, riya’, dengki, takabur dalam diri?. Berapa banyak pengalaman masa lalu yang negatif, ego peribadi, pengaruh sudut pandang yang salah yang menyesatkan dalam diri ?. Tinggalkan yang menyelimuti hati dari cahaya hati.


Kejayaan dalam hidup tidak akan dapat di raih hanya dari potensi fizik dan kecerdasan akal fikiran. Lebih dari itu di perlukan kecerdasan hati dan kemampuan menemukan cahaya hati yang bersumber dari cahaya Illahi. Mengenali cahaya hati akan dapat menggapai kehidupan yang penuh bermakna.

Maiza

Semoga cahaya hati sentiasa menerangi
Tinggalkan yang menyelimuti hati
Ya Allah
Kuatkan, Cekalkan, Tabahkan, Lapangkan
Permudahkan moga sentiasa
dalam lindunganNya
InsyaAllah
AMEN


p/s maiza kongsikan hasil bacaan
mungkin jg huraian kurang sempurna
minta maaf
Tajuk : The Art of Life Revolution


in loving memory

MaizaC’Joe


Sunday, November 22, 2009

~*~ Kebahagiaan ini ~*~

Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah kehidupan
untuk pemikiran yang benar dan kukuh
untuk akidah terbesar yang menyelesaikan
permasalahan alam yang lampau
persoalan yang di soal
tanya semasa sedar
sedar semasa berfikir

Dari manakah aku datang?
Ke manakah aku hendak pergi?
Kenapa aku dijadikan?

Adakah aku hidup kembali?

Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa
terusir segala keraguan yang degil
terdidiklah fikiran yang waras
terciptalah akhlak yang mulia
dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng
kepada jalan yang benar dan lurus
hidup akan di kurniakan nilai

oleh Allah agar hidup terbina
supaya mata memandang di segala ufuk
ke arah cita-cita yang tinggi

Lalu hiduplah di dunia untuk akhirat
di sanalah kehidupan kekal dan tidak fana'
" kau tudung bumimu dengan langit
dan para malaikat menjadi saksi "
itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia
itulah asas, itulah tiang serinya

Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik
dengan namanya,

“dialah orang yang berbahagia”


Maiza

Kehidupan pelbagai

Begitu indah tersangat indah

Syukur masih di beri peluang

Ya Allah

Permudahkan, kuatkan, tabahkan

tenangkanlah fikiran, Lindungilah

Aku, keluargaku juga rakan-rakanku

SesungguhNya

Kau maha pengasih

Kau maha mengetahui

AMEN..

Sesungguhnya aku tidak sempurna



in loving memory

MaizaC’Joe



Friday, November 20, 2009

~*~ Jangan ada benci ~*~


Memelihara kebenciaan dalam hati, hasil ketidaknyamanan, sakit hati, permusuhan tidak menyedari hati dikuasai benih kebenciaan. Hati penuh kebenciaan hakikatnya gagal dalam hidup, kerana tidak mampu mencintai diri sendiri. Selamat tinggal kepada benci mulai saat ini juga. Tinggalkan jauh-jauh benih kebenciaan yang akan merosak benih cinta dan kebahagiaan dalam hati.


Jika di benci berusaha untuk tidak membalas dengan kebenciaan. Jika membalas termasuk kedalam golongan yang membenci. Berusaha membalas dengan cinta, kasih sayang dan kebaikan.Tidak di nafikan apabila kita menjadi mangsa keadaan atau pun secara tiba-tiba di cari pasal memang susah nak di maafkan. Kebencian yang teramat, kemarahan yang tak dapat di kawal. Berbagai persoalan bermain..


KENAPA AKU??

KENAPA AKU ITU...

KENAPA AKU INI...

KENAPA AKU??


Sebenarnya bukan mudah untuk melawan emosi diri sangat sulit untuk dilakukan. Tetapi perlu yakin mampu mengendalikan emosi kemarahan yang ada dalam diri. Tidak mustahil dapat lakukan, boleh menjadi mudah dilakukan.


Tinggalkan benci

Berusaha bertindak dengan tindakan berjiwa besar, kuatkan diri tabahkan hati. Membiasakan diri selalu memuji keagungan dan kebesaran Allah SWT yang telah memberikan keagungan jiwa. Dengan sering memuji kebesaran dan keagungan Allah SWT, akan memiliki semangat jiwa yang luhur, tinggi dan mulia. Semangat jiwa yang agung dan mulia inilah yang akan mampu mengendalikan emosi dari dalam diri, sehingga tidak membiarkan kebenciaan hidup dalam diri. Dengan tidak membiarkan benih kebencian tumbuh dalam diri, maka benih ketulusan cinta akan semakin tumbuh subur dalam diri.


Maiza

kadang rasa nak marah sangat-sangat
nak benci sangat-sangat
tapi, bila di fikirkan
apa baiknya buat begitu
lupakan saja
kerna Allah tahu segalanya




in loving memory

MaizaC’Joe


Thursday, November 19, 2009

~*~ Suspen sikit ~*~


Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor.

Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang lelaki yang amat kacak. Dia tidak pernah lihat lelaki sekacak itu. Kulitnya putih dan rambut kemas serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan lelaki itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun. Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi lelaki itu.

Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.
Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma di badannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar di otaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu masih ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali.

Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samada lembaga itu masih ada atau tidak. Rupa-rupanya lelaki itu masih ada dan kali ini lelaki itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantik sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".
Tamatlah satu kesah yang mengarut.


Maiza

ha... jangan marah
2 3 hari nie asyik n3 serius semacam ja
tukar mood sikit
kasi kendurkan mana2 urat yg kejang
senyum, ketawa banyak2
awek muda
sorry


Animated Pictures Myspace Comments

p/s alamak dah tak sopan la...
termerapu... termengarut...
sekali-sekala.. heheee....

in loving memory MaizaC’Joe


MyNiceSpace.com

Wednesday, November 18, 2009

~*~ Kalah... Menang ~*~


Kekalahan itu tentu menyakitkan, kemenangan amat manis bila di kenang. Begitulah
warna-warni kehidupan
, selalu ada kalah ada menang. Dalam kehidupan, ada masanya mengalami kesulitan, ada masanya kekalahan atau k
egagalan.

Setiap orang pasti pernah mengalami masa kekalahan. Cepat atau lambat, kesulitan seperti itu pasti akan datang dalam kehidupan setiap orang. Dan reaksi peribadi akan menentukan kualiti kehidupan, kebahagiaan dan kejayaan di masa depan.

“Seorang tak tahu apa yang akan di lakukannya bila kalah, tetapi apa yang akan di lakukannya bila menang. Sedangkan, pemenang tidak berbicara apa yang akan di lakukannya bila ia menang, tetapi tahu apa yang akan di lakukannya bila kalah.”

- Eric Berne -

Sudah menjadi fitrah di takdirkan akan mengalami berbagai tentangan kehidupan, mulai dari kesulitan dan kemudahan, kegagalan dan kejayaan, kemenangan dan kekalahan dalam hidup. Setiap hari pasti akan menerima kesulitan. Semua itu amat menyakitkan.

Pernah merasa gagal?
bila sudah lama berusaha tapi masih tak berjaya...
Peritkan?


Kekalahan dalam hidup, memberi kita “inspirasi” atau menjadikan “Berputus asa”. (aku kelompok yang mana?) Bagi yang termasuk kelompok yang mudah menyerah, kekalahan dalam kehidupan akan menjadi lebih parah.

Kelompok yang selalu optimis dan berfikir positif, kesulitan dan kekalahan dapat memberikan makna bagi setiap peningkatan diri. Kekalahan dalam kehidupan tidak menjadikan mundur, tetapi terus bersemangat kerja sampai benar-benar mendapatkan apa yang di inginkan.

Makna pada kekalahan, transformasikan menjadi sesuatu yang lebih berharga. Dalam membentuk keperibadian menjadi lebih unggul untuk memproses dan merespon setiap masalah, kesulitan, kekalahan dan perubahan secara positif. Evolusi kekalahan, lakukan perubahan melalui cara yang lebih baik untuk meraih kemenangan. Persiapkan diri menghadapi masa depan yang lebih bererti.

" Batu yang tidak berharga, menjadi amat berharga bila di gosok, begitu juga dalam kehidupan jika tidak mencuba, macam mana nak berjaya dah pasti tak ada nikmatNya"


Maiza

Di kelompok mana?
dah merasa semua
Tapi

banyak lagi yang perlu
masih lagi terus mencuba



p/s hee.. masih lg yg sama.. utk di kongsikan
Tajuk : The Art of Life Revolution

in loving memory

MaizaC’Joe



Tuesday, November 17, 2009

~*~ Gali dalam Hati ~*~


Tanpa di sedari telah salah menempatkan orientasi hidup, seringkali merasa tidak damai, tidak bahagia, serba kekurangan, kemiskinan hati dan kehilangan makna hidup yang dinamakan
“Spiritual Illness”. (penyakit rohani)

Kebanyakan menyangka kedamaian, kebahagiaan dan makna kehidupan adalah dari luar diri dan semua itu dapat diraih melalui berbagai simbol seperti kekayaan, kekuasaan, populariti dan lainnya. Jadi, sibuk menggali, mencari dan berusaha mendapatkan berbagai simbol kejayaan dengan mengabaikan nilai dalam hatinya. (Adakah rasa gembira?, puas hati?)


Pengalaman memberi sebuah pelajaran berharga, melihat dan berhasil meraih kejayaan hidup, memiliki kedamaian hati, ketenangan jiwa, kebahagiaan dan kehidupan dan dari luar diri.


Kebahagiaan hidup, memberikan makna dan kehidupan, bermula dari dalam hati kita sendiri. Mencari kedamaian, kebahagiaan dan makna hidup yang hanya bukan untuk kepuasan akhirnya menemukan kegagalan hidup, ketidakseimbangann hidup, kemiskinan hati, kekosongan jiwa dan ketidakmaknaan hidup.


Menggali dalam hati, setia pada hati nurani dan menjalani hidup di bimbing suara hati akhirnya menemukan kedamaian dan kebahagiaan sejati. Mendengar suara hati, menjalani hidup percaya pada hati nurani, jadikan hati nurani sebagai bimbingan dalam kehidupan, akhirnya menemukan keseimbangan hidup, keberhasilan, kedamaian dan kehidupan yang sempurna.


Hati adalah pusat yang memerintahkan otak atau akal fikiran, memerintah untuk bekerja atau bertindak sesuai dengan apa yang kita mahukan, InsyaAllah akan menemukan keseimbangan hidup.


Memandang kehidupan dari dalam hati. Dapat menjalani kehidupan, tetapi memegang teguh berdasarkan nilai dalam hati. Hidup selalu berdepan dengan nilai kebaikan, kebersamaan, kasih sayang, keadilan, kejujuran dan kebenaran. Inilah yang dapat di raih kehidupan lebih bermakna.


walau bagaimanapun, kita sebagai hambanya berbalik pada jalan yang terbaik, berserah padaNya, semoga sentiasa di beri kekuatan dan ketabahan untuk melangkah menjalani kehidupan ini.. Mudah-mudahan..



Maiza

Cuba lebih positif dlm hidup
Berusaha menggali
Mengenali suara Hati Nurani

Semoga di permudahkan



p/s teruskan membaca w'pun masih tebal lg...
Tajuk : The Art Of Life Revolution


in loving memory

MaizaC’Joe