♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Monday, January 17, 2011

♥♥ Hantaran perkahwinan paling mahal di Malaysia ialah dari negeri Kedah? ♥♥


Assalamualaikum

2, 3 hari ini mood nak beronline asyik terganggu ja, mana taknya line internet buat hal.. geram betul! ok tinggalkan pasal internet yang kadang-kala membuat lebih stress :) sampai bila pun tak akan selesai..

Siang tadi terdengar ayahanda dan bonda berbincang sesuatu. Mula-mula terdengar seperti gurau-gurauan tak lama lepas tu dah makin serius mula la pasang telinga sebab seperti terdengar ja nama Maiza di sebut-sebut ;) 

Ayahanda : " nak kenduri la ni bukan murah, siap la 10 ribu, satu kepala paling murah RM7 darab dng 1000 kepala dah 7 ribu.. kenduri anak sulung pulak bukan boleh panggil main pilih-pilih saja, adik-beradik, sedara-mara, rakan taulan ramai siap la 3 ribu orang.. belanja la ni bukan tak tau semua mahai "

Bonda : "letak belanja mahai pun payah, rendah sangat pun payah.. serba salah.. yang kerja guard pun nak letak sampai 9 ribu budak laki tu kerja kg saja.. ish la.. kesian budak tu.. yang depa ni pun satu (pihak perempuan) tengok la keluarga budak laki tu macam-mana.. buat kenduri kena ikut kemampuan sederhana sudah la.." 

Maiza mencelah tiba-tiba :)
Maiza : "kalau dah kerja guard (kelulusan SPM) letak 9 ribu belanja... yang kelulusan universiti macam-mana hehe" aduhai kalau bercakap pasal hal kahwin pening betul..

Persepsi masyarakat terhadap hantaran tinggi kepada bakal pengantin perempuan adalah isu masyarakat yang perlu difahami akar umbinya. Keputusan meletakkan jumlah hantaran tidak tertakluk kepada satu-satu sebab sahaja, ia berpunca daripada pelbagai faktor.

Punca paling popular diperkatakan sebagai sebab kepada jumlah hantaran yang tinggi ialah keputusan yang ditentukan oleh ahli keluarga dan sanak saudara. Jarang sekali kita mendengar pengantin perempuan menjadi titik punca kepada keadaan ini.
" Sukar untuk mengatakan amalan meletakkan nilai hantaran yang tinggi sebagai sesuatu yang salah. Kita perlu berbalik kepada alasan di sebalik keputusan tersebut dibuat" meletakkan nilai hantaran yang tinggi juga selalu di sinonimkan dengan asal usul pengantin perempuan dan ahli keluarganya.
“Jika satu-satu nilai hantaran ditentukan, tidak kurang ada yang bertanya dari mana pengantin itu berasal. Ada keluarga yang percaya bahawa ada negeri yang cukup sinonim dengan nilai hantaran tinggi. Apabila keadaan ini berlaku, keluarga pihak lelaki seolah-olah boleh menjangka apa yang dihendaki dari pihak sebelah sana,"
Maiza ada terbaca.. di sebuah blog, entah dari mana dia dapat banciaan ni..

Di Kedah, mengikut bancian mas kahwin bagi wanita yang berkelulusan universiti kini mencecah RM 12,000. Astaghfirullah, hebatnya wanita di Kedah sampai begitu tinggi lagi maharnya. Betulkah mereka HEBAT?? Saya juga pernah mendengar pandangan yang disampaikan oleh seorang pensyarah ketika saya menuntut di bumi KUSZA, Terengganu (kini dikenali sebagai UDM) di dalam kelas kenegaraan bertempat di Dewan Kulliyah Utama (DKU) pada tahun 2002. Beliau menyebut hantaran perkahwinan paling mahal di Malaysia ialah dari negeri Kedah. Kepada mereka yang ingin memetik bunga di taman larangan jelapang padi sila fikir dua kali. Ini adalah antara kenyataan yang dibuat.

Memang lah owner blog tu tau... macam saja ja dia.. ada ka patut.. kenyataan sebegitu buat lagi ramai la takut ishh... tak setuju langsung! menyampah betul la... :)

PS : agak-agak berapa boleh letak ni.. ehmm... ;-) 

30 comments:

Afida Anuar said...

Ooo baru fida tau neg kedah ni paling mahal....

ni mcm entry berbau hint je mai...akak doakan yang terbaik tuk mai. cuma jangan lupa jemput!!...hehe

MaizaC'Joe said...

tak da la k.fida.. mana da org kedah mahal sama ja dng negeri lain.. huhu.. negeri lain pun mahal2 jg. tp semlm dok baca2 ada jumpa satu blog owner blog tu ckp org Kedah mahal.. pastu kena fikir 2 kali.. hamboi2 hehe

tak da la hint2 kak fida.. saja nak servay duit belanja kawen la ni.. InsyaAllah klu dah sampai masa.. dah comfirm akn di jemput.. Mai doakan utk akak jg ya.. hehe

Alimaz-Kembara Terasing said...

huihhhhhhhhhhh mahai no.. ni kalau bercetrai berai mau gigit jari pihak lelaki...

Zul said...

Maiza... memang mahai la wei.. haha.. sonok usik hg.. nanti aku p minang hg.. jng la mahai sangat wei..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Kalau dibincang betul-betul tidaklah sampai sebegitu kan! Dalam perkara nikah kahwin kena ada kompromi

Daniel said...

Maiza kalau zul g minang ko.. jangan terima! apa la.. blom pa2 lg dah ajar org letak rendah... aku tak kisah maiza.. mahal mana pun aku sanggup.. percayalah! hehe.. mati la aku klu ko datang PutraJaya....

Miz said...

Daniel zul!

hari ni Maiza terima bunga.. haha.. peminat dia tu...

ieda said...

ermmm mas kawin mahal .. hantaran mahal kalau kekal sampai bila2 berbaloi2 .. tapi kalau x sampai setahun bercerai mcm mana ??

sbb tulah allah dah tekan kan budaya islam budaya yg simple dan tidak membebankan bermaksud wanita2 islam bukanlah barang dagangan yg dinilai dari berapa jumlah wang hantaran , janji ketinggian budi bahasa dan keperibadian itu yg harus di nilai

Aiydalela said...

yang penting persetujuan dan persefahaman antara dua pihak. Tengok pada kemampuan dan keikhlasan.

Kalau tak memang haru la. Nak kawen takde duit. huhuhu :)

Uchi kay-f @hmad said...

kahwin itu mudah tapi kite je yg buat2 susah,dan pasal hantaran ni ketara sgt dah lari jauh dari yg diajar dlm agama,bukankah perkahwinan itu kunci murahnye rezki tapi klu di ambil dri kenytaan di ats ini akan membuat ramai pasangan akan nikah di luar kariah atas alasan hantaran mahal saper yg ssh? jadi renung2kanlah yg sebaeknye..;p

*hanye pndgn kabur dri saya saje*

Rashid said...

a'ahhh le maiza, saya kat U dulupun selalu dengar .. orang pompuan kedah mahal harga hantaran kawennya ..

Jumpa je orang kedah terus debar .. haha!!

Kamsiah said...

maiza....akak ada kwn...keje doctor...hantaran 12k...lelaki pegawai tudm...dah mampu apa salahnya ,kan
satu lg kes kat kg hubby...si lelaki duda..anak dara keje operator kilang...hantaran 12k jugak...

so nak kata taraf pendidikan si perempuan yg menentukan tinggi rendah hantaran,tak tepat la jugak kan

gadisBunga said...

fida org kedah ek?

kite pun org kedah. tapi dalam kes kite lelaki takut nak dkt. takut bayaq mahai kot. ish ish....

Solehah said...

bukan salah org negeri kedah sebenarnya..mas kawin di negeri kedah ni tak ditetapakan mcm org perempuan di negeri lain. terpulang kpd keluarga pengantin perempuan la kalo di kedah.
same je kot, negeri yang mas kawinnya puluh ringgit je letak hantaran berpuluh ribu..haha

DrSam said...

kadang-kadang adat yang berlebih tu membuat sesuatu yang sepatutnya mudah dan senang jadi sikit payah.

p/s: kita satu alumni rupanya :)

MaizaC'Joe said...

Alimaz-Kembara Terasing

alamak.. jangan la sebelum apa2 dah cakap pasal cerai.. jodoh di tangan Allah.. t.kasih singgah sini ya :)

MaizaC'Joe said...

zul

apa tuh... ishhh

MaizaC'Joe said...

Abd Razak

waalaikummussalam

kena adakan perbincangan ke dua belah pihak baru ada kata sepakat.. iya itulah sebaiknya kan.. T.kasih atas pandangan..

MaizaC'Joe said...

Daniel

hampa semua memang nak kena! ishh...

MaizaC'Joe said...

miz

shutup! mandai ja dia......

MaizaC'Joe said...

Kak ieda

iya betul tu.. ada sesetangah tu letakkan hantaran terlampau tinggi melebihi dr kemampuan.. lps kawen tanggung hutang piutang pulak.. minta di jauhkan...

MaizaC'Joe said...

Aiydalela

iya betul.. tapi ada yang bg alasan barang mahal.. jadi kena letak mahal la.. ermm....

MaizaC'Joe said...

Uchi kay-f @hmad

betul tu.. Islam itu indah lagi mudah. Manusia sendiri yang menyukarkan setiap langkah tu.. terima kasih atas pandangan.. t.kasih sudi singgah sini ya..

MaizaC'Joe said...

Rashid

wahh.. wahhh... berdebar lak dia bila jpa org kedah ekk.. ini jpa kat sini berdebar tahap mn tu hehe...

Time study dl tak pernah pl maiza dengar pasal tu.. org lelaki ja yg tau kot :)

MaizaC'Joe said...

Kak Kamsiah

betul.. asalkan berkemampuan apa pun boleh.. tapi tengok la.. jangan terlalu tinggi kan.. yang penting kena ada perbincangan dulu..

MaizaC'Joe said...

Kak Kamsiah

betul.. asalkan berkemampuan apa pun boleh.. tapi tengok la.. jangan terlalu tinggi kan.. yang penting kena ada perbincangan dulu..

MaizaC'Joe said...

GB

Afida pula dia.. tersyasyull eh hehe.. agaknya la.. lelaki takut nak dekat sbb takut mahai haha.. lawak pl.. ada yg nak dekat mcm2 pl kan :)

MaizaC'Joe said...

Solehah

ya lah kan.. bkn salah org kedah. memandai ja statement owner blog tu.. kita org kedah kita tau la kan... ada tu letak berpuluh ribu melaram sakan.. lps tu keliling ngan hutang ishh mcm2

MaizaC'Joe said...

DrSam

nak buat majlis.. perpered melebihi kemampuan kononnya nak mencapai impian.. yang mudah jadi bertambah payah..

PS: tak sangka satu kapal rupanya :)

Mustaffa dari Ganu said...

Saya ada juga minat ngan orang kedah, tapi kalau da la ni, dengar2 da cecah rm18k, tersedak juga, kalau perempuan tu pandai agama, hafal 30 juzuk, pandai masak itu dan ini, boleh kira, ni apa pun tak pandai, stakat ngaji pas universiti ja pun. perangai tak tahu kemana apa lagi lepas kawen. masyaAllah...