
Assalamualaikum, salam ceria.. moga semua sihat ya :) sejak kebelakangan ini Maiza kurang sihat la.. aduhai.. panas dalam badan, pening sebelah kiri kepala di tambah pula telinga ini rasa bengang semacam ja.. selesema.. pergi check-up Alhamdulillah tak ada yang kronik cuma BP terlalu rendah yang memerlukakan Maiza rehatkan diri secukupnya huhuhu....
Doc " BP rendah sangat nie.. ada pening-pening? kena banyak rehat!!, bahaya BP terlalu rendah "
Maiza " ^ L^ ok doc......... " (dalam hati, macam mana nak rehat banyak hal perlu di selesaikan)
♥♥ Lintasan berlalu pantas ♥♥
iya lah kan, pejam celik.. pejam celik pejam lagi dan lagi.. laa.. dah masuk ogos nie, dah penghujung sya'aban.. InsyaAllah tak lama lagi Ramadhan kembali bersua.. tak sabar rasanya kan... semoga kita semua di beri kesempatan!! InsyaAllah........
Siang tadi Maiza dapat call dari hospital penang
nurse (Penang) " boleh bercakap dengan Cik Maizatul "
Maiza " Ya saya.. Maizatul "
Nurse (Penang) " ok cik saya just nak comfirmkan saja.. Adakah Cik bersetuju operation ke atas ayah Cik di jalankan pada bulan puasa ini? "
Maiza " emm... maaf ya cik, bulan puasa bila? maksud saya minggu ke berapa?
Nurse " InsyaAllah Cik minggu ketiga, bermula minggu ini...."
Maiza " owhh.... (susah nak buat keputusan, moga keputusan ini adalah yg terbaik) baiklah saya bersetuju.. Terima kasih ya.. apa-apa boleh inform saya.."
Nurse " sama-sama apa-apa nanti pihak hospital akan maklumkan pada Cik... "
InsyaAllah Ramadhan berpuasa dan berkampung di penang.. Inilah masanya Maiza perlu korbankan segalanya demi orang yang terpenting dalam hidup ini... orang yang sanggup bersusah payah untuk hidup ini.. Ya.. inilah masanya.... macam-macam bercampur dalam hati juga kepala ini.. risau pun ada, takut pun ada, bersyukur pun ada.. serba serbi ada... apa-apa pun tawakkal kepada ALLAH InsyaAllah.. mudah-mudahan di permudahkan OlehNya.. Amen Ya Robbal 'alamin... mohon Doa'kan ya!!
Ok seterusnya Maiza nak terangkan entri sebelum ini :) ♥♥ Puas merasa Setiap Lintasan ♥♥ sebenarnya bukan 100% berkaitan dengan Maiza.. cuma untuk perkongsian bermanfaat sahaja. Maiza tak ada la sedih melampau yang tak ada tahap itu.. hihihi.... Alhamdulillah ok ja...
Sebab apa perlu Maiza terangkan??
kerana semua komen di tujukan pada Maiza.. ya lah kan... dah blog Maiza mesti la orang ingat Maiza yang alami... Maiza alami semua lintasan-lintasan itu tapi Alhamdulillah masih ingat Allah taala.... Entri sebelum itu contoh sahaja bagi yang merasa setiap lintasan bagaimana jatuh bangunnya diri.... moga beroleh manfaat ya.. ^L^
Terima kasih pada pengomen setia blog MaizaC'Joe " THOUSANDS OF MEMORIES "..... setiap nasihat, komen anda semua Maiza amat hargai...!!
Terima Kasih banyak-banyak!!





