♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Friday, May 6, 2011

♥♥ Getaran kasih sayang ♥♥



Assalamualaikum,
moga semua sihat dan sentiasa berada dalam redha Allah..

Mei bulan yang penuh dengan kasih sayang. Ini kerana bulan ini setiap tahun adanya sambutan Hari Ibu iaitu Insan yang begitu bermakna dalam hidup kita. Hidup ini di kelilingi oleh aneka warna.. penuh "Getaran Kasih Sayang" Alhamdulillah beruntungnya kita punyai Ibu Bapa, adik beradik juga sahabat akrab yang sentiasa di sisi. Untuk entri kali ini, ingin sekali berbicara akan "Cinta dan Kasih Sayang" sesama kita..


Pernahkah menatap orang-orang terdekat ketika saat dia sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali untuk menatap wajah mereka saat mereka sedang tidur.
Saat itu, yang nampak adalah ekspresi paling suci dan paling jujur dari seseorang.

Perhatikanlah ayah Mak ketika sedang tidur.
Sedarilah, badannya yang dulu tegap dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.


Sekarang, beralihlah.

Lihatlah wajah mereka
kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh
kini kasar kerana tempaan hidup yang sukar.
Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.


Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu :
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya....
Rasakanlah kuasa cinta yang mengalir perlahan disaat menatap wajah bersih yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang tertutup oleh silap faham yang kecil
Entah kenapa selalu sahaja nampak besar.

Secara ajaibnya, Allah mengatur agar pengorbanan itu
agar boleh dilihat melalui wajah-wajah jujur mereka semasa sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata :
“betapa lelahnya aku hari ini”.
Dan penyebab lelah itu?
Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tak lain adalah kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan yang muncul  jika mengingati itu semua.

Wednesday, November 24, 2010

♥♥ Apa dia fikir ♥♥

Assalamualaikum!!

Bila ada akaun FB memang best.. bukan apa.. kadang-kadang hanya online saja seronok.. sebagai hiburan, perhubungan dengan sahabat maya.. ada juga sebagai medium untuk berdakwah.. Alhamdulillah... 

Tapi yang tak bestnya.. bila bertemu atau berkenal-kenalan dengan sahabat yang salah.. ermm... kalau Maiza bagi chance 3 kali.. lepas tu kalau pelik juga.. terus remove dan block orang tu.. InsyaAllah mudah-mudahan tak kan jumpa lagi..

Manusia macam-macam peel.. antara 2 sahabat maya yang berbeza.. 

Sahabat blogger :  Sahabat FB
Tidak di nafikan ada segelintir sahabat blogger "bergeng" juga di FB..... ramai juga la.. Enhanced by Smiley Central

yang sudah kenal di blog memang tak ada masalah... tapi, kalau yang baru kenal. Kadang-kadang haru biru jadinya.. Nak bersahabat tak salah tapi ada "peraturannya" ada batas-batasnya....

Jangan lebih-lebih..
Maiza paling tidak suka pertama kali berkenal (FB) cakap dah pelik semacam..
Komunikasi tidak menjadi! salah step Enhanced by Smiley Central kan sudah membuang masa...
Bila di layan sikit semakin pelik jadinya.. iskk.... 

ada seorang kenalan maya.. baru lagi "fresh" nak kenal-kenal.. ok la..
bersahabat tak salah kan... terus dia add di YM.. ermm... ok.. approved dulu..
sembang punya sembang...... orangnya baik juga Enhanced by Smiley Central
Last... terlampau berterus terang.. sampai naik terkejut juga..
Hadoi gopoh sungguh Pak Arab tue.. huhu

Bukan apa, Dunia sekarang ini macam-macam.. kita tidak boleh kesan baik buruk seseorang hanya sekadar ber"chat" 30 minit........ tak mungkin!! dan jangan terlalu percayakan orang yang baru kenal BAHAYA!!! 

Di bawah hanya sekadar selingan.. jangan ambil mudah setiap perkenalan baru.... takut nanti tak pasal-pasal muka masuk paper... ehmm... Allah... minta di jauhkan...Enhanced by Smiley Central


Tuesday, November 16, 2010

♥♥ Salam Aidil Adha ♥♥


Assalamu'alaikum,

Dengan izin ALlah, kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha buat kesekian kalinya. Di tahun ini, Insya ALlah, umat Islam di Malaysia akan menyambutnya pada hari esok iaitu jatuh pada hari Rabu.

Sahabat yang dirahmati ALLAH

Jauh di Mekah sana, saudara-saudara seIslam sedang mengerjakan ibadah haji yang mengikat hati mereka dengan Makkah al Mukarramah, tempat terbitnya Islam dan daripadanya berpusat sinaran Tauhid ke seluruh alam ini. Di sana berhimpunlah orang-orang Islam dengan kesatuan dan kasih sayang tanpa mengira bangsa, warna kulit, pangkat, harta dan kedudukan.

Di kesempatan ini.. Maiza dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada salah tutur kata terlajak gurau senda di alam maya sepanjang persahabatan ini.. Maaf zahir dan Batin ya!