Assalamualaikum! 

Jika kesedihan sudah berlalu seiring waktu, maka mulai sedarkan diri. Mulai menguasai diri, mekarkan walau sedikit senyuman dan tidak terlalu larut dalam kedukaan. Demikian pula pada orang yang kehilangan orang yang dicintai kerana berpisah akan selalu dihinggapi rasa marah, benci, dendam, kesal. Namun berjalan secara perlahan, sikap seseorang dalam menghadapi kedukaan akan berubah menjadi tenang. Jadi, kuatkanlah iman! Banyak kebaikan yang Allah berikan dalam hidup kita sekalipun hal itu telah membuat hati kita terasa perih, terluka dan kita tidak suka.
Walau apa sekalipun, jauh di sudut hati langsung tiada dendam dalam hati...!! 
'Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu,
padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak'
(QS. al-Baqarah : 216).
p/s saja-saja sapu sawang kat sini.. iskk makin malas ja jari ni nak menari ligat macam dulu.. padahal rumah ni tak la lama sangat!! 







