Assalamualaikum
2, 3 hari ini mood nak beronline asyik terganggu ja, mana taknya line internet buat hal.. geram betul! ok tinggalkan pasal internet yang kadang-kala membuat lebih stress :) sampai bila pun tak akan selesai..
Siang tadi terdengar ayahanda dan bonda berbincang sesuatu. Mula-mula terdengar seperti gurau-gurauan tak lama lepas tu dah makin serius mula la pasang telinga sebab seperti terdengar ja nama Maiza di sebut-sebut ;)
Ayahanda : " nak kenduri la ni bukan murah, siap la 10 ribu, satu kepala paling murah RM7 darab dng 1000 kepala dah 7 ribu.. kenduri anak sulung pulak bukan boleh panggil main pilih-pilih saja, adik-beradik, sedara-mara, rakan taulan ramai siap la 3 ribu orang.. belanja la ni bukan tak tau semua mahai "
Bonda : "letak belanja mahai pun payah, rendah sangat pun payah.. serba salah.. yang kerja guard pun nak letak sampai 9 ribu budak laki tu kerja kg saja.. ish la.. kesian budak tu.. yang depa ni pun satu (pihak perempuan) tengok la keluarga budak laki tu macam-mana.. buat kenduri kena ikut kemampuan sederhana sudah la.."
Maiza mencelah tiba-tiba :)
Maiza : "kalau dah kerja guard (kelulusan SPM) letak 9 ribu belanja... yang kelulusan universiti macam-mana hehe" aduhai kalau bercakap pasal hal kahwin pening betul..
Persepsi masyarakat terhadap hantaran tinggi kepada bakal pengantin perempuan adalah isu masyarakat yang perlu difahami akar umbinya. Keputusan meletakkan jumlah hantaran tidak tertakluk kepada satu-satu sebab sahaja, ia berpunca daripada pelbagai faktor.
Punca paling popular diperkatakan sebagai sebab kepada jumlah hantaran yang tinggi ialah keputusan yang ditentukan oleh ahli keluarga dan sanak saudara. Jarang sekali kita mendengar pengantin perempuan menjadi titik punca kepada keadaan ini.
" Sukar untuk mengatakan amalan meletakkan nilai hantaran yang tinggi sebagai sesuatu yang salah. Kita perlu berbalik kepada alasan di sebalik keputusan tersebut dibuat" meletakkan nilai hantaran yang tinggi juga selalu di sinonimkan dengan asal usul pengantin perempuan dan ahli keluarganya.
“Jika satu-satu nilai hantaran ditentukan, tidak kurang ada yang bertanya dari mana pengantin itu berasal. Ada keluarga yang percaya bahawa ada negeri yang cukup sinonim dengan nilai hantaran tinggi. Apabila keadaan ini berlaku, keluarga pihak lelaki seolah-olah boleh menjangka apa yang dihendaki dari pihak sebelah sana,"
Maiza ada terbaca.. di sebuah blog, entah dari mana dia dapat banciaan ni..
Di Kedah, mengikut bancian mas kahwin bagi wanita yang berkelulusan universiti kini mencecah RM 12,000. Astaghfirullah, hebatnya wanita di Kedah sampai begitu tinggi lagi maharnya. Betulkah mereka HEBAT?? Saya juga pernah mendengar pandangan yang disampaikan oleh seorang pensyarah ketika saya menuntut di bumi KUSZA, Terengganu (kini dikenali sebagai UDM) di dalam kelas kenegaraan bertempat di Dewan Kulliyah Utama (DKU) pada tahun 2002. Beliau menyebut hantaran perkahwinan paling mahal di Malaysia ialah dari negeri Kedah. Kepada mereka yang ingin memetik bunga di taman larangan jelapang padi sila fikir dua kali. Ini adalah antara kenyataan yang dibuat.
Memang lah owner blog tu tau... macam saja ja dia.. ada ka patut.. kenyataan sebegitu buat lagi ramai la takut ishh... tak setuju langsung! menyampah betul la... :)
PS : agak-agak berapa boleh letak ni.. ehmm... ;-)






