♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Friday, September 13, 2013

RASA


Assalamualaikum
 
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala kerna masih di beri izin serta limpah kasih sayangnya. Hari ini kerja... sengaja untuk bekerja 'menyibukkan diri' :) Alhamdulillah peluang yang di berikan lebih menenangkan.. Pada mulanya agak tension dengan kesibukkan hidup ni.. dengan kerja.. masalah kesihatan ayahanda.. masalah diri.. sedikit terjejas dengan 'gangguan emosi.. kesihatan' Alhamdulillah... merangkak dan belajar untuk bangun serta bertatih untuk kuat  berjalan semula. Semuanya masih belajar serta mendidik diri. Dalam hidup ini, semuanya jangan di sangka mudah. Kadang kala terpaksa berlakon kuat untuk mengaburi mata insan tersayang.. padahal, apabila di dalam bilik keseorangnya 'Akulah hamba yang paling kuat menangis'. Tidak mengapa... belajarlah untuk lebih menerima serta tabah dengan ujian Allah Taala. Siapalah kita untuk tidak menidakkan perintah Allah? Hanya Allah sahaja maha mengetahui. Alhamdulillah.. insan tersayang sentiasa bersama di kiri dan kanan.. tempat di mana aku perlu berpaut untuk berdiri stabilkan diri....
 
Hari ini 13 September 2013 genaplah sebulan 'Rasa' ini.. sunyi, rindu, sayang, 34u, masih menanti, mengharap, kembali... Tak tipu... tak baik tipu :) tetapi semuanya itu perhiasan hati semata-mata.. mengharapkan semuanya kembali seperti biasa. iya.. 'Biar takdir yang menentukan segala'..
 
Semoga insan kesayangan  sentiasa di bawah lembayung rahmat Ilahi. InsyaAllah..
juga, Tidak melupakan aku di sini....
 
oklah.. hari ini untuk bekerja... Bosan dengan treatment sebenarnya :)
Tapi, apakan daya kan.....
 


Wednesday, August 14, 2013

Hidup

Assalamualaikum
 
Segala puji bagi Allah.. yang maha besar lagi maha mengetahui. Lamanya tak update blog dah setahun berlalu. Cepatnya masa berputar. Entah la masih ada kawan di sini atau tidak?
 
Tak apa.. sekurang-kurangnya ada tempat bercerita di sini.. biarpun hanya sorang-sorang. Dalam masa setahun pelbagai cabaran hidup. Realiti, terpaksa untuk berlakon, cerita sayang, kasih, cinta... cerita sedih, gembira.. MasyaAllah tak terkira. Dugaan datang silih berganti. Apa-apa pun hidup perlu di teruskan.. cabaran ujian perlu di tempuhi.
 
Kadang-kadang terfikir.. "Kenapa aku di duga" Tapi "Kenapa tidak aku di duga" kan?
 
Hidup ini ada pasang surut. Ada ketika kita berasa begitu seronok sangat bahagia. Ada ketika kita merasa sedih yang amat sangat. Maklumlah manusia. serba kekurangan. Kadang kala bila kita senang kita lupa... bila susah baru ingat. Tersentak! Mudah-mudahan lalui dengan tenang.
 
Di doakan insan terdekat.. kesayangan kita di kurniakan hati yang tenang, di rahmati, sentiasa berada dalam redha Allah.
 
Moga Allah tetap iman bimbing tabahkan hati.
InsyaAllah.
 
MaizaC'Joe