♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Sunday, January 31, 2010

~*~ Indahnya Kehidupan ~*~

menatap langit biru
menatap pagi yang indah

menatap kehidupan yang kian mencabar
indahnya ciptaan Ilahi.
andai ku bisa menatapnya utk selamanya,
tak kan ku sia-siakan setiap langkah

Ya Allah

tenangkan hatiku seperti mana tenangnya sungai mengalir
lapangkan hatiku sebagaimana lapangnya bumi indah ini
penuhi hidupku dengan kepelbagaian warna duniamu ini
semoga ku bisa teruskan hidupku dengan pertolongan darimu
semoga ku tabah menghadapi dugaan mu
sabar dan bersyukur

segala dugaan dan nikmat yg telah engkau berikan..

Sementara menunggu di beri peluang melintas, sempat juga snap sana-sini pakai h'fon murah konon nak tenangkan diri sambil-sambil tue semoga perjalanan berjalan lancar..... Indahnya suasana di pagi hari. Walaupun sentiasa sibuk, tetapi tetap indah, tetap tenangnya hati, tetap gembiranya jiwa, lapangnya minda, ceria sentiasa ceria... Syukur Alhamdulillah masih di beri kesempatan merasa tiap nikmat dalam kehidupan... (makin sibuk jalan sedang di perbesarkan ----> ala-ala highway)

Di pagi hari.. dah menjadi rutin seharian lepas subuh jangan lewat 5 minit pun keluar dari rumah kalau tak inilah jadinya sesak, semua terkemut-kemut (orang kedah kata) slow... hee.. tambah-tambah bila tengok perempuan yang drive fuh!! jangan kasi chance.. kesian tunggu nak keluar lintas tunggu berminit-minit.. bukan semua tak bertimbang rasa.. ada yang prihatin juga....

Si warna merah menunggu
Ketika jingga menghampirinya
Si Kuning juga ikut bergabung
Bersama hijau menambah seru
Lalu datang juga si biru

Orang lain berkata,
“Mereka akan bersatu?
Benarkah??
Yang merah terlalu merah
Jingga dan kuning tidak cocok bersama
Hijau akan merosak saja
Dan yang biru?
Wah, tak mungkin!!!

Tapi mereka tetap bersama
Tak peduli kata siapa
Suka dirasa bersama
Duka dibagi rata
Seperti layaknya saudara

Dipenuhi tawa suka duka,
Si merah lalu belajar menjadi jingga
Di ujung suasana duka,
Yang kuning berubah menjadi hijau
Dan biru merangkumi di antaranya
Penuh cinta
Penuh kasih sayang

Masing-masing bila perlu lepaskan ego??
Untuk Menerima dengan hati terbuka
sama-sama tahu..
Ingin sekali
Mencintai, menyayangi sesamanya
Merasakan bahagianya

Merah, jingga, kuning, hijau, dan biru
Bergabung membentuk pelangi
Lihat di ujung langit sana
Berpegang teguh bersama
Saat hujan badai mereda

Siapa yang menyangka
Lima warna berbeza
Berubah menjadi bentuk penuh cinta dan kasih sayang
Semalam
Hari ini
Esok pagi
Selamanya
Semoga pelangi itu masih tetap ada
Berpegang teguh sesamanya
Subhanallah... Indah sekali ciptaan
Yang maha Esa



MaizaC’Joe


Thursday, January 28, 2010

~*~ Perigi Mencari Timba?? ~*~


Perigi mencari timba atau pergi mencari timba?? Pada masa kini istilah perigi mencari timba sudah menjadi satu isu yang biasa kita dengar, diperdebatkan dan diulas daripada peringkat bawahan sehingga golongan atasan dalam organisasi masyarakat.

Apa yang buat maiza tiba-tiba terfikir untuk n3 kali ini kerna ketika di pejabat siang tadi waktu rehat sambil menunggu makanan berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, masing-masing memberi pandangan berbeza di selang-seli dengan gelak ketawa, gurau senda. “Maiza, boleh ka wanita meminang lelaki??tu kan macam perigi mencari timba ja..” soalan dari seorang rakan sepejabat yang tiba-tiba membuatkan kami semua ketawa..... jawapan maiza kepada rakan... tak tahu apa nak jawab, geli hati.. malunya.. (kalau maiza memang susah.. maluu..) maiza akan siapkan n3 malam nie.. tengok jawapannya.... semua terus tersenyum.

Namun, adakah kita faham apakah erti sebenar perigi mencari timba itu? Adakah terdapat konsep dan istilah ini pada perspektif Islam? Apa yang perlu kita fahami, apabila difikirkan menerusi pemikiran yang waras dan cerdik, sudah tentulah perigi tidak akan boleh mencari timba kerana apabila seseorang yang ingin menggunakan air di dalam perigi, sudah pastilah dia perlu mengambil dan menggunakan timba atau gayung untuk mengambil air tersebut. Oleh yang demikian istilah perigi mencari timba adalah satu istilah yang salah dan yang sepatutnya timba mencari perigi.

Tapi, jangan terus membuat kesimpulan lagi berkenaan isu dan istilah ini kerana maiza baru sahaja menerangkan ia menurut perspektif bahasa iaitu berkenaan susunan perkataan dan kesesuaian penggunaannya.

Wanita Meminang Lelaki??
“Eratkan dirimu dengan manusia untuk mengetahui masalah mereka, eratkan dirimu dengan Allah untuk membantu mereka menyelesaikannya”

Usah Malu Dengan Usaha Yang Mulia??

Selalunya lelaki yang harus memulakan dulu. Pihak lelaki merisik khabar, kemudian jika isyarat ‘lampu hijau’ diberikan, maka menyusullah rombongan peminangan. Lelaki meminang wanita. Bagaimana jika sebaliknya, pihak wanita yang merisik khabar, kemudian menghantar rombongan meminang? Wanita meminang lelaki. Ah, janggal. Tidak pernah dibuat orang. Begitulah sempitnya adat berbanding keluasan syariat. Justeru, dalam sejarah Islam, pihak wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah.

Siti Khadijah meminang Rasulullah S.A.W. Sayidina Umar pernah ‘meminang’ Sayidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah (tetapi Siti Habsah kemudiannya menjadi isteri Rasulullah S.A.W). Pada zaman kegemilangan Islam, kedua-dua cara dipraktikkan. Sama ada wanita melamar lelaki atau lelaki melamar wanita. Tidak ada istilah perigi mencari timba seperti yang diungkapkan oleh adat atau budaya masyarakat hari ini. Kebenaran kerap kali nampak janggal (untuk dimulakan) sebab ia bertentangan dengan budaya. Tetapi kita perlukan keberanian untuk melakukan anjakan paradigma, seterusnya perubahan sikap… biarpun terpaksa menanggung risiko dituduh tidak tahu malu!

Perlu diingat kekadang adat dan syariat boleh diselaraskan. Namun adakalanya adat bertentangan dengan syariat. Maka pada ketika itu hendaklah diutamakan syariat kerana adat hanya berasal daripada pemikiran dan perasaan manusia manakala syariat bersumberkan wahyu Ilahi. Adat relatif sifatnya- boleh berubah mengikut zaman dan perubahan minda manusia. Tetapi syariat bersifat mutlak, tetap relevan dan signifikan sampai bila-bila.

Tidak dinafikan adat kekadang bersumberkan ajaran agama. Namun apabila selera nafsu dan kecelaruan fikiran berlaku, sering syariat menjadi mangsa pengubahsuaian yang mencemarkan kesuciannya. Adat ‘membatalkan air sembahyang’, kenduri walimah secara keterlaluan (hingga menyebabkan pembaziran dan sikap menunjuk-nunjuk), mas kahwin yang berjumlah beribu-ribu ringgit, adalah antara contoh bagaimana sesuatu yang mulanya berasalkan kehendak syariat telah bertukar menjadi kehendak nafsu. Sering berlaku, yang sunat dianggap seperti wajib. Manakala yang wajib pula dianggap remeh dan dipinggirkan.

Pada ibu bapa pihak wanita, malah wanita itu sendiri, jangan takut untuk merubah budaya. Kita mesti berani melawan arus. Hubungan dengan Allah dan sesama manusia saling berkaitan. Marilah kita jaga hubungan kita dengan Allah, untuk mendapat kekuatan menyelesaikan masalah manusia. Kita tidak boleh lagi terikat dengan cara-cara yang konvensional sahaja untuk menyelesaikan masalah ummah. Oleh itu, jika ada seorang lelaki yang di percayai boleh dan layak menjadi calon suami yang soleh, ambillah tindakan untuk mula merisik dan melamarnya... heehee.. Jika diterima, alhamdulillah. Jika ditolak, tidak mengapa. Usah merasa malu kerana bukan melakukan sesuatu yang salah dan haram di sisi agama.

Sekalipun ditolak, pihak wanita atau wanita itu sendiri sebenarnya telah melakukan satu usaha yang mulia malah mengikuti jejak langkah Sayidina Umar yang menawarnya puterinya untuk Sayidina Abu Bakar. Bukankah pinangan Umar juga ditolak dengan baik oleh Sayidina Abu Bakar? Namun kemudiannya Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah sendiri sudi memperisterikan Siti Habsah. Jadi bagaimana dengan kita he..? Tidak mustahil natijah yang sama mungkin akan di alami… insyALLAH Allah tidak akan mengecewakan para hamba yang komited mengikut syariat-Nya.♥

Wallahu'alam....

“Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang teguh dengan keduanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu, Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku.”


Maiza
maut, rezeki,
jodoh pertemuan
semua di tangan Allah


MaizaC’Joe


Monday, January 25, 2010

~*~ Betul-betul nak marah nie ~*~


Bila start nak marah atau dah marah mesti akan stress ja.. tention.. buat itu salah.. ini salah serba tak kena. dah la semua memeningkan kepala.. sabar ada tahapnya, kalau dah terlebih sangat nak meletup dah rasanya.... maiza dah start kerja tempat baru, bos baru semua baru.. ok la best juga.. Animated Pictures Myspace Comments
first day Alhamdulillah berjalan lancar.. semangat berkoba-kobar la konon.. Lapor diri.. jumpa Dato' ............ ada terima sedikit sebanyak dr beliau.. antaranya.. ok Cik maizatul "selamat datang ke............, saya berharap cik maizatul dapat bekerjasama dng yg lain (letak p la kat mana pun.. comfirm bleh serasinya) serta dapat membantu menyelesaikan masalah jabatan kewangan Organisasi kita supaya semuanya selesai. (ha.... biar betul, bunyi cam big prob ja...)

maiza "InsyaAllah Dato' saya akan cuba sebaik-baiknya" terima kasih Dato' membuka peluang serta mempercayaan kebolehan saya.. Hari pertama ok la.. hari kedua.. masuk ja office... mak aii.... MasyaAllah.. bertimbun fail atas meja sampai ke bwh.. aik!! mcm nak mendera aku ja.. slow2 la dah la aku tak biasa lg bidang nie (IT-----> ACCOUNT.. ADUSS)

naik binau bijik mata tengok number2 tue
tengok tue semua kena update
yg tahun lepas pun ada, yg tahun sebelum tue pun ada
mcm2 tahun ada..
Ya Allah.. Allah huakhbar!!
hadoiiii.. Animated Pictures Myspace Comments

tue fail tue.. atas meja.. atas kerusi.. bwh meja
macam dok dlm stor ja..
betul2 menduga kesabaran aku
sesak nafas di buatnya
tarik nafas slow2 la.. Animated Pictures Myspace Comments

kesian pembantu maiza tue
sorang lagi tue.. entah ke mana dia
itu pun berulang alik angkat fail itu, letak fail ini
"Cik maiza.. saya dah pening.. Maz.. maiza pun mcm tue"
baik betul 2 orang pembantu tue, Alhamdulillah
tak apa.. kita buat pelan2..
settlekan juga.. Animated Pictures Myspace Comments

Hari ini betul2 menggugat kesabaran, masuk office bertimbun lagi banyak fail. Eh!! mentang2 aku nie relax, tak marah2.. suka hati plak.. "kak...... tolong la jng penuhkan sangat meja maiza nie.. dah settle satu2 baru ambil yg lain.. "Tengku suruh letak kt meja cik maiza" ya la.. dia suruh letak tapi.. akak kena la tengok meja nie mcm mn... (ha.. kan dah start marah, relex maiza.. tak pa lah akak.. akak tolong maiza kita susuan kt bwh nie.. ok kan.. jaga hati orang, sbb td dah trlepas marah..) Tengku "cik maiza, fail2 tue i dah tengok, u tolong settlekan ya.." Animated Pictures Myspace Comments
"ok Tengku.. dengan senyuman manis.. padahal dlm hati... Allah saja yg tau.." mentang2 aku nie kuli ja.........

betul-betul sakitkan hati.. jiwa.. mental emosi.. mcm nak menjerit dalam office.. tapi tak saman la... Animated Pictures Myspace Comments

so.. maiza... please bersabarlah.... Animated Pictures Myspace Comments

Kata stress bermula dari sebuah kata latin “stringere”iaitu ketegangan, dan tekanan. merupakan reaksi yang tidak diharapkan yang muncul kerana tingginya tuntutan lingkungan pada seseorang. Keseimbangan antara kekuatan dan kemampuan terganggu. BilamanaStress telah mengganggu fungsi seseorang, dinamakan distress.Distresskebanyakan di rasakan orang jika situasi yang menekan berlangsung terus menerus

Kesabaran... pengetahuan, keadaan dan amal. Pengetahuan di dalamnya seperti pohon, keadaan seperti ranting-ranting, dan amal seperti buah. keagamaan terdapat dalam kesabaran. Akibatnya, timbul kekuatan dan dorongan untuk melakukan kesabaran.

Ini kerana ibadah atas sabar sentiasa akan bersabar.Dalam semua keadaan itu memerlukan kesabaranhingga tidak berlebih-lebihan dalam melakukan perbuatan yang mudah.

kesabaran dalam ibadah... bahawa seseorang bersabar beberapa hari dan akan bahagia selama-lamanya sebagai imbuhannya InsyaAllah. Jadi, perlunya kesabaran... sabar dan terus sabar....

Kesabaran terbesar adalahsabar dalam menahan diridalammelakukan apa-apa pun yang tidak berasas,jangan di fikirkan... kelak begitu berat dan menyesakkan. aku harus sabar bila tak kira macam mana pun. sama ada di ganggu emosi aku, perasaan aku tak kiralah apa pun samada dengan perkataan atau perbuatan.

Seorang sahabat Nabi SAW berkata: “Kami tidak menganggap iman seseorang sebagai iman bila ia tidak sabar di kala menghadapi gangguan.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang bertawakkal.” (Ibrahim: 12)


MaizaC’Joe

Saturday, January 23, 2010

~*~ Hanya Doa' ~*~


Sebuah kapal karam di lautan nan luas. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka
memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki lainnya (rakan) tetap kosong.

Seminggu kemudian.
Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja,
lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantai. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu.
Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua (rakannya) yang tinggal di sisi pulau lain. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit (kononnya), "Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki pertama.

"Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,"

"Kau salah!" suara itu bertempik.

"Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."

Lelaki pertama bertanya, "Doa apa yang dipanjatkan olehnya sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?"

"Rakanmu itu berdoa agar semua doamu dikabulkan"

Maiza
Kesombongan apakah yang membuat
kita merasa lebih baik dari yang lain?
Lebih banyak pengorbanan segalanya
demi kebahagiaan kita.
Tak selayaknya mengabaikan peranan orang lain,
ibubapa keluarga juga sahabat
dan janganlah menilai sesuatu hanya dari
"yang terlihat"


MaizaC’Joe


Friday, January 22, 2010

~*~ Begitu Bernilai ~*~


Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..

Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"

Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"

Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..

Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.

Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.

"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tetap tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, kita tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, kita tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.

Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...

Maiza
Harga diri kita bukan datang
daripada apa yang kita lakukan
atau siapa yang kita kenal
tapi siapa sebenarya diri kita...


MaizaC’Joe



Sunday, January 17, 2010

~*~ Makin dekat makin berdebar ~*~


sejak menjak nie
debaran ketara sungguh
bukan sakit jantung
tapi degupan jantung nie berdebar-debar aja
esok mulakan hari baru, tugasan baru, di tempat baru
dah pasti semuanya baru
suasana baru, rakan setugas baru, pen pun baru
mulakan dengan bismillah
moga esok segala debaran makin berkurang
segala kerunsingan makin tenggelam
segala kebuntuan akan terungkai
satu persatu
semoga esok dan juga hari seterusnya
di berikan jalan terbaik
serta di permudahkan lalui semuanya
makin dekat, makin berdebar
Ya Allah
bantulah aku, kuatkan aku, cekalkan aku
lapangkan fikiranku
lalui semuanya dengan tenang
semoga segala urusanku
pada hari esok dan seterusnya
berjalan lancar dan
di permudahkan
amen


MaizaC’Joe