♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Showing posts with label lupakan. Show all posts
Showing posts with label lupakan. Show all posts

Monday, December 6, 2010

♥♥ Menekan ctrl A lalu delete ♥♥


Assalamualaikum!
ada yang menyukai pudina? tidak semua kan.....

Daun pudina, Jenis sayuran yang sungguh tak akan nyaman turun di kerongkonganku. Entah mengapa, sayur yang satu ini betul-betul tak mampu menggugah selera makanku. Meski ia selalu hadir dalam mangkuk makanan kegemaranku, atau sebagai garnish pada makanan berkuah lainnya juga boleh di jadikan ulaman. Sungguh, aku tak suka pudina! bila di gigit rasanya seperti ubat gigi, walaupun ubat gigi sebahagian dalam kehidupan.. "hari-hari berus gigi pakai ubat gigi" namun untuk menelan sukar sekali....

Kenangan. 
Ingatan juga hati adalah ruang yang selalu setia menampung berupa kenangan. Entah baik, entah buruk, entah indah atau menyakitkan. Kenangan adalah jejak jejak kita di masa lalu, lalu mengapa harus melupakannya. Sungguh, aku tak ingin melupakan segala kenangan! 

Namun, ada beberapa kenangan yang harus dan segera di lupakan.. bimbang memudharatkan.. bukan semua kenangan itu manis.. yang manis itu mudah saja bertukar menjadi pahit.. biasakanlah diri untuk menelan sesuatu yang pahit.. kerna bukan semua yang pahit itu umpama racun untuk di telan..

Kembali berjalan menyusuri lelorong panjang, kesibukan dalam kehidupan cukup membantu melupakan sesuatu "selepas waktu bekerja, sampai di rumah.. solat, makan, berbual dengan ayahanda bonda sebentar... masuk ke syurgaku sendiri.. meletakkan kepala terus terbuai tanpa mimpi". 

Epitaph yang terukir sepanjang dinding seolah menjelma nyata. Apabila "MEREKA" seringkali mengganggu fikiran tenang menjadi  goyah semula.. Adakah mereka tidak memahami? atau hanya sekadar bebas untuk mengungkap kata-kata.. Sungguh! begitu letih dan penat walaupun tidak berubah posisi diri, tidak juga berlari... "MEREKA" seringkali berkata MEMAHAMI hakikatnya TIDAK sama sekali

maaf, menjauhkan diri  buat masa ini lebih baik.. pesanan SMS memaksa masuk tanpa henti.. begitu juga panggilan telefon yang membuatkan ku terpaksa menyembunyikannya di bawah bantal.. agar "ringingnya" tidak mengganggu ketika aku terbuai tenang....

tolonglah MEMAHAMI.. walaupun aku tidak pernah mengungkap sepatah kata hakikat sebenarnya.... Namun, TOLONGLAH.. biarkan ketenangan selalu menjengahku...

Telah banyak peristiwa yang ternyata menjadi rona dalam kehidupan. Serupa inilah kenangan yang ku punya. Untuk melupakannya adalah sebahagian dalam hidupku kini.........

Pudina hanya sedikit sahaja yang menarik buatku. Mungil, Sederhana. Segala yang sederhana selalu menarik buatku. Dan kesederhanaan itu ku jumpai pada daunannya yang menghijaun.  Begitu cantik untuk di jadikan hiasan di pinggan. Tapi, meskipun begitu masih saja kerongkonganku menolak, aku masih tidak suka pudina.

Tiap orang yang hadir menjelma. Melukis beragam corak dalam kanvas ingatan. Merah, jingga, biru, ungu, kelabu, hitam. Membawa sekeranjang tawa. Tak jarang menghadiahi sebongkah duka. Datang bergantan. Berlalu satu-satu. Lalu menyisakan lorong lengang penuh tanda bahawa mereka pernah hadir. Melupakan kenangan serupa menekan ctrl A lalu delete, maka terhapuslah semua tanda. Begitu mudah, namun jika tidak "empty the Recycle Bin" maka ia tetap berada di situ.

Dan akhirnya, ku paksakan kerongkonganku menelan semangkuk makanan kegemaran yang bercampur pudina segar bersamaan dengan ingatanku yang mengikis segala kenangan yang menyesakkan. Sungguh! melupakan kenangan sama saja memaksakan diri menyukai pudina. Dan sepertinya aku harus menyukai pudina, sebab tak kutemukan lagi sayuran lain di sini....


Saturday, October 2, 2010

♥♥ Hati keterlaluan penat ♥♥



Assalamualaikum
moga semua sihat hendaknya....

kenapa dengan hati ini kurang tenteram, kenapa dengan mata ini? sangat payah nak lelap.. apa yang di fikirkan kadang kala terlalu berat. Rasa seperti cuba nak lupakan kenangan itu tapi bila mencuba terlalu sukar nak lupakan.. lagi cuba untuk lupakan lagi payah Ya Allah mudah-mudahan hati ini sentiasa terpelihara.. Ya Allah peganglah, simpul dan ikat ketat hatiku ini... mudah-mudahan aku sentiasa mengingatimu.... 

Malas nak ingat lagi. Lupakanlah jangan dekat jangan hampir lagi.. lagi best bila tak dapat lelap mata pagi-pagi begini blogwalking la.. sambil-sambil layan apple hijau gaul dengan garam.. nyam.. nyam.. nyam... makan sedap.. nikmatnya makan apple hijau daripada fikir hal yang tak perlu ada di fikiran.. tak mau fikirlah!! manusia kadang kala terlupa nikmat yang ada, kenapa tidak hargai.. tapi apabila nikmat menjauh tiba-tiba di cari pula.. aduhai.. manusia-manusia.. sedarlah!!

Hidup ini penuh dengan impian dan harapan
ingin sekali ku mengecap segalanya
namun tangan belum sanggup untuk menggapainya
keinginan yg terkadang memenuhi fikiran dan jiwa
dan terkadang begitu hampir
terkadang juga begitu jauh dan jauh sekali
ku cuba menahan hasrat untuk memilikinya
ku sedar untuk meraihnya perlu perjuangan
agar ada penghargaan akan pencapaian
kenikmatan lebih mendalam 
jika diraih dengan kerja keras dan usaha
jangan ragu untuk bermimpi
wujudkan impian untuk menggapai kebahagiaan
Namun, kadang kala hati sakit pedih tidak terhingga
dan kadang kala hati terlalu penat
fikiran kosong.. Jiwa cuba menggagah jua
Tapi, hati jangan lupa ingatlah ALLAH