♥♥ My LovinG Followers ♥♥
Saturday, May 5, 2012
♥ Banyak perkara mampu berkongsi... tapi, tidak pada suatu perkara ♥
Saturday, September 25, 2010
♥♥ Dalam keresahan ada ketenangan ♥♥
Tuesday, August 31, 2010
♥♥ Apabila kadang kala kita berada di atas dan bawah ♥♥

Melewati hari-hari yang telah berlalu…
Membuatkan aku tersedar dari mimpi…
Dalam kehidupan ini
Hidup ini tidak selalunya… bahagia dan gembira…
Adakalanya… Tanpa disangka-sangka…dugaan datang melanda
Bagai ombak menghempas ke pantai.. tanpa sempadan
dan kadang kala silih berganti
menguji kesabaran hati nurani seorang manusia…
Hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar…
kadang kala di atas, kadang kala di bawah
berputar mengikut haluan
Ketabahan sering menjadi taruhan…
Kebahagian tidak selalu di kecapi...
Namun, apa yang penting perlu berusaha untuk mendapatkannya…
Adakalanya aku seperti seekor burung…
Yang hilang arah tuju…
Tetapi aku kembali sedar… Alhamdulillah
apa yang pasti! aku perlu berani menghadapi liku-liku hidup
Dan cabaran yang mendatang…
Dan bukannya masih bermimpi di awangan…
Ingin sekali Maiza share kisah seorang rakan.. dia di timpa musibah kesian. Pagi-pagi sesampai saja di pejabat Maiza di khabarkan berita yang kurang enak di dengar. Dia dari seorang ketua bahagian entah kenapa dan mengapa dia di singkirkan. Dari mempunyai kedudukan tinggi ada pejabat besar terpaksa mengemas barang berpindah ke sebuah partion kecil. Ya Allah kesian, moga dia tabah lalui semua yang di tetapkan. Pada Maiza orangnya sangat baik. Zahir orangnya bertanggungjawab, amanah, jujur, Batin.. wallahu'alam kita tidak dapat menilai seseorang pada dalaman. Tapi Maiza beruntung dapat kenal dan berurusan dengannya.. Mata Maiza tidak tahan melihat dia, hati Maiza tersentuh.
Perumpamaan.. Jika sebelum ini Maiza dan kami semua ada masalah kerja, pintu pejabatnya di ketuk. Tapi tidak lagi, mungkinkah dia pula mengetuk pintu bilik kami.. Allah tak dapat di bayangkan kesian. Orangnya berpengalaman bertahun lamanya. Realiti dalam kehidupan. Kalau orang suka kita di angkat di kendong dan tak mustahil suatu hari jasa kita di lupakan sedikit demi sedikit. Bila kita sudah tidak di perlukan... Maiza tidak membayang akan kesalahannya mungkin! tetapi membayangkan kenapa sedemikian rupa. Selanjutnya Maiza tak tahu kenapa dan mengapa "Kawan" jatuh begitu. hanya 2 kemungkinan yakni "salah atau tidak" sahaja.. perit dan kesian tengok dia.. banyak kemungkinan di fikiran Maiza, cuma entah.. adakah itu jawapan atau hanya satu andaian... wallahu'alam...


Wednesday, August 11, 2010
♥♥ Beringat sama!! ♥♥



Sunday, August 8, 2010
♥♥ Ia tidak menyebelahi ♥♥

Saturday, August 7, 2010
♥♥ Saya pun RINDU ♥♥

Anugerah Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Yang bertaqwa pasti
Rindukan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan pada maha Esa
Yang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia
Merindukan tertegaknya
Kalimah allah di muka bumi
Dan dalam asyik merindukan
Keampunan DariNya
Aku terlalu rindukan cahaya
Yang mana
Rindu kepada NYA
Saturday, July 31, 2010
♥♥ Puas merasa setiap lintasan ♥♥

Friday, July 23, 2010
♥♥ Rindu "DIA" ♥♥








