♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Saturday, August 7, 2010

♥♥ Saya pun RINDU ♥♥

Assalamualaikum...

Jantung masih berdegup, nadi masih berdetik, kudrat masih kuat Alhamdulillah nafas masih ada pada jasad ini.. syukur masih di beri peluang oleh Allah taala untuk menikmati hari-hari penuh bahagia lagi indah!!. Entah mengapa kali ini ingin sekali membicarakan tentang RINDU "Saya pun RINDU" ^L^.

Maiza suka terbang sana sini, suka mencari arah mengecap suatu nikmat.. Alhamdulillah dapat singgah berpaut pada suatu dahan lagi kukuh!! jadi bicara RINDU ini maiza nak kongsikan..

Islam adalah agama fitrah. Cinta dan rindu adalah fitrah seorang insan. Islam datang untuk menunjukkan cara sebenar mengendalikan cinta dan rindu. Bukannya menafikan rindu dan cinta itu hadir dalam kehidupan seseorang.

Perbuatan orang yang bercinta itu yang perlu dipersoalkan kerana mendahulukan nafsu daripada iman yang terdapat dalam sanubari. semakin lama tak bersua atau semakin sukar digapai sesuatu, maka semakin rindu & semakin ingin serta semakin bertambah harap pada sesuatu. Amnya, rindu didefinisi & dikaitkan sesama manusia. Ibu & anak, among family members, sesama taulan & sahabat, suami & isteri, & yg semakin menjadi " permainan dunia adalah sesama pasangan cinta ". Namun, ramai yg kurang menyedari bahawa rindu adalah suatu perasaan yang seharusnya dijaga & dipelihara dgn sebaiknya utk orang yg tertentu.

Tetapi perasaan rindu pada yang tidak kita pernah temui ini sukar diwujudkan andai kita tak mengenali siapa yang di rindui. Maka benarlah sebuah hadith menyatakan

" Peliharalah suruhan & larangan Allah. nescaya kamu akan rasakan kehadirannya..."
Maka bila kita bersungguh2 menjaga perintah Allah, jaga mana perbatasan halal & haram, jaga pandangan, & jaga macam-macam yang ada pada pandanagan mata rasional ideologi barat & liberal dalah sesuatu yang absurd. Sebab, mereka tak meyakini & tak percaya akan kepastian Qiamat.

Rindu ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak.

Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.

Rindu seperti yang ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an

seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah
(kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah),
beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.


RINDU
Anugerah Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Yang bertaqwa pasti
Rindukan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan pada maha Esa

Yang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia
InsyaAllah

Di hati sanubari
Merindukan tertegaknya
Kalimah allah di muka bumi
Dan dalam asyik merindukan
Keampunan DariNya
Aku terlalu rindukan cahaya
Yang mana
akan menyinari kehidupan
Rindu kepada NYA
pejamkan mata membayangkan suatu Indah

No comments: