♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Kekuatan itu Lahir dari Hati......




Malam ini gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang... waktu ini insan kerdil menghadap pada sang pencipta... mengadu kepadaNYA...

Kembali kepada Allah, berserah sepenuhnya kepada Allah. Yakinlah, Allah tidak pernah meninggalkan aku sendirian. Suburkanlah hati... redha atas segalanya... laluilah dengan tabah dan teruskan senyuman itu. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah pembuka jalan. Inilah caranya Allah menuntut agar aku tidak jauh daripadaNya. 

Perteguhkan tawakkal dan redha dengan takdirNya. Tiada sesiapa pun yang akan mengerti lubuk hati... kecuali DIA. Hanya kepada DIA di situlah akan ada tempat bagi melabuhkan jiwa yang kepenatan.

Alhamdulillah hidup ini....
Bukannya Allah tidak tahu.... maka, damailah hatimu....
Kekuatan itu hanya lahir dari hati....

" Remember someone LOVE U very much "
" Promise ya! "



Tuesday, October 25, 2011

♥♥ Bunga dalam Hati ♥♥


Assalamualaikum

Ya Allah.. lamanya tak update blog.. Alhamdulillah tiba-tiba terdetik di hati... jari jemari mula rancak menunjuk aksi.. Moga sahabat semua sihat dan sentiasa berada dalam rahmatNYA.. Alhamdulillah masih lagi mampu di uji dengan pelbagai bentuk... Alhamdulilah.. masih redha mahupun bersyukur..

Berdiam bukan kerana tak ingat... malah, makin mendalam ingatan tu.. nikmati kehidupan indah dengan sentiasa bersyukur.. Namun, kadang kala kehidupan yanga makin di himpit dengan pelbagai 'peristiwa' yang tidak masuk akal.. iya.. itulah kehidupan.. kadang kala melibatkan hati yang begitu sukar untuk di bicarakan. Kadang kala kita gembira, Malah, kadang kala kita sedih. Siapalah kita untuk menidakkan akan kehendakanNYA. 'Janji Allah itu tiada mungkir' bersabarlah.. tenanglah wahai hati, tabahlah wahai jantung, bertahanlah wahai mata..... moga Allah sentiasa memberikan ketenangan hati pada setiap pelusuk.. Amen Ya Robbal a'lamin.... 

Sekarang amat sibuk dengan kehidupan bekerjaya seperti biasa.. sibuk membuat sesuatu persiapan... juga sibuk melakukan persiapan untuk kehidupan akan datang InsyaAllah.. maka, bermacam-macam yang bergeligar di kepala. Kadang kala apabila terlalu banyak 'save' di kepala.... tak sempat pulak nak proses.. maka akan JAM!! di situ Ya Allah...... hanya DIA yang maha tahu.... Alhamdulillah... perlahan menerima dengan tenang.. dan berjaya merungkai persoalan... 

Apabila terdetik di hati... Ya Allah... semuanya hanya kerana Allah... Aku ikhlas melakukan itu dan ini.. aku ikhlas menerima itu dan ini.... makin indah senyuman dalam kehidupan Alhamdulillah... 


Semuanya kerana Allah, insyaAllah... bersaksikan hebatnya ganjaran yang menanti untuk orang-orang yang ikhlas kerana-Nya. Semoga terpilih untuk tergolong di kalangan orang-orang yang mukhlisin (orang-orang yang ikhlas).. amin ya robbal a'lamin..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sunday, June 26, 2011

♥♥ Tatkala Di rundung Gundah, Sedih, dan Perasaan Tak Menentu ♥♥


Assalamualaikum
makin hari ke hari semakin malas "update" blog.. tak ada perasaan utnuk rancak menulis, hati rasa tidak seronok sejak menjak ini.. Allah..... apakah perubahan ini menandakan sesuatu? apakah yang di rasa ini di sebabkan kadang kala terleka? orang memandang seraut wajah kita mampu tersenyum indah.. Tapi hati, adakah terus berbaki? mahu menangis sepuas hati tetapi air yang jernih itu tetap di tahan terus bertahan. Indahnya kesibukan itu.... segalanya bertukar mampu di lupakan sejenak.... Sabar... tenanglah wahai hati....

Allaahumma innii 'abduka wabnu 'abdika wabnu amatik, naashiyatii biyadik, maadlin fiyya hukmuk, 'adlun fiyya qadlaa'uk, as-aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahuu fii kitaabika, au 'allamtahu ahadan min khalqika, awis ta'tsarta bihii fii 'ilmil ghaibi 'indaka, an taj'alal Qur'aana rabii'a qalbii wanuura shadrii wajalaa'a huzni wa dzahaaba hammii

Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku berada di tangan-Mu. Hukum-Mu berlaku pada diriku. Ketetapan-Mu adil atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku dan pelipur kesedihanku serta pelenyap bagi kegelisahanku."