(sambutan bersama adinda tersayang - di sebabkan tarikh ulang tahun kelahirannya.. ketika itu ayah sakit.. kami menunda.. Alhamdulillah dengan keizinan drNYA berpeluang dapat sambut bersama :-)
Assalamualaikum semua, moga semua sihat ya!
Sebesar manapun dugaan yang di berikan dalam kehidupan, yakinlah itu semua adalah kasih sayang Allah. walau apa pun semua yang membuat peritnya hati tanda Allah tetap sayang.. Namun bila setiap ujian dan dugaan hanya bersandar kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan membuat diri terasa kukuh, hati terasa begitu tenang lagi kuat dalam meneliti perjalanan hidup ini ,keceriaan pasti tergambar, nikmatilah kehidupan ini penuh rasa syukur!. Bersandar hanya kepada Allah bererti bersyukur atas setiap peristiwa apapun yang terjadi.
Apabila bibir sentiasa terukir sekuntum senyuman, mampukah hati juga turut tersenyum?
Disaat tangan memberi, apakah hati dengan tulus untuk berbagi?
Jadikanlah hati memancarkan keindahan yang melimpahkan senyuman dan kasih sayang bagi sesama, sebab hanya dengan melimpahnya kasih sayang bagi sesama moga dapat menggapai kasih sayang Allah Subhanahu Wa Ta’ala...
Alhamdulilllah Segalanya berjalan, sesuai dengan qadha' dan ketentuanNya. Di sebalik segala peristiwa ada suka, ada duka. Apa yang selama ini ku takutkan, malah menyenangkan.. terus ku cuba susuri lorong-lorong harapan dengan segenggam impian.... moga aku terus tetap di situ dan terus bertahan... InsyaAllah....
Dalam meniti sepanjang usia ini, pahit manis telah di telan.. itu baru namanya kehidupan.. tiada ujian, tiada dugaan pasti kehidupan tidak bermakna.. kerana kesemua laluan yang telah di tentukan adalah sesuatu sungguh bermakna.. Apa yang pasti nikmatnya indah belaka.. Alhamdulillah..
Selamat Ulang tahun kelahiran Maiza!!
juga untuk adinda tersayang Atiqah
Moga terus bersedia dengan setiap detik dan saat
sepanjang perjalanan hidup ini....
Bersedialah untuk melangkah lagi!
Teruskanlah mekarkan senyuman melambangkan kesyukuran....
Setiap langkah-langkah kehidupanyang sedang atau pernah di jalanibaik berupa kebaikan mahupun keburukanakan terhubung di masa mendatangdan di saat itulah baru di sedari dan tahumengapa itu harus terjadi…lantunkanlah selalu doa’-doa’ mulia dalam kehidupanInsyaAllah mudah-mudahan Tuhan menjadikan kita lebih muliameskipun mekanisme yang Allah berikan seringkali membuatkan airmata berlinangDan beban yang memuncak di dada...
moga terus berlalu pergi














