♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Showing posts with label Tenang. Show all posts
Showing posts with label Tenang. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

♥♥ Mengadu ♥♥


Tadi rasa tak tenang.. rasa nak marah kat orang ja.. kalau online mesti mood tak bagus.. rasanya lagi tenang di sini.. so, invisible diam rasa lebih menenangkan.. tak mau la sebab hal sikit buat hati bertambah sakit? kan tak pasal orang lain pula kena marah.. ishh tak patut.. tenangkan hati fikir yang baik-baik pada semua orang. Bila fikir negative itu yang berserabut tu.. ambil pendekatan lupakan semua.. biar la.. jangan fikir tak elok la..

Allah... istifar banyak-banyak.. dekatkan diri padanya InsyaAllah.. 
sambil berkali-kali berkata dalam hati "Allah sentiasa bersama dan tidak pernah mengecewakan selama-lamanya" Allah tahu.. Allah tahu.. sambil memujuk hati...

Alhamdulillah makin ok.. rupa-rupanya.. bila kita invisible.. tenangkan hati baik-baik.. semuanya dapat di kawal.. berlapang dada...

dan tak dapat di lupakan.. yang membuat hati bertambah tenang bila terbaca akan ini..

‎"Wahai sahabat apakah rahsia yang menyebabkan Rasulullah s.a.w menyebut nama mu 
sebagai ahli syurga?"


Maka sahabat tersebut menjawab,
“Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur’.


dan ini.....

Sesiapa yang mengucap kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADURRASULULLAH beberapa kali, maka diampunkanlah segala dosanya biarpun persis buih dilautan [dosa kecil].

Alhamdulillah...... tenang rasa.. 

Thursday, January 6, 2011

♥♥ Terasa punah! biarkan saja ♥♥

Doa Apabila Dalam Keadaan Tertekan (Stress)

( baca doa' di atas.. Alhamdulillah tenang )

Stress istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan dan lain-lain. Gejala stress terhasil apabila seseorang itu merasa keperluan melebihi daripada keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya..


Assalamualaikum..

Hari ketiga bekerja di tahun baru, kalau nak di katakan letih dah biasa sangat semua itu biasa dan tak ada masalah pada sesiapa pun kan. Tapi kalau kena marah, kena komplain, dan blablabla.. memang tension sangat. Tak kisah la nak marah macam mana pun asal jangan mengecilkan maruah orang ALLAH MARAH!

kes 1 : Memo yang di terima tak masuk akal ( buat memo pun tak tau ) mengelirukan. Jadi, yang penerima-penerima memo ikut saja apa yang tertera di memo. Bila apa yang di perlukan telah di hantar.. dah salah la pula, nampak sangat sengaja nak cari salah orang. Jangan ingat boss berpangkat tinggi yang sombong tau, tapi yang di bawah la.. demand tak tentu hala.. SOMBONG BERLAGAK! (bukan semua)

Apa salahnya tegur elok-elok, cakap baik-baik.. ingat orang budak-budak ka apa nak marah, maki pelik-pelik... sungguh malu dengan manusia macam itu.. kecelaruan hormon agaknya..

Kes 2 : Bila orang di bawah kita bergaduh dengan public.... mesti kita yang kena serang punya.. Jadi dengan tahan sabar... diammmm ja.. biar jaaaa.... cakap baik-baik... public betul, biar kita salah pun tak apa.. iya lah, kita lah yang bertanggungjawab! anak buah kita mesti kita punya lah kena.. bila di tanya kedua-dua belah pihak.. tak mungkin lah nak mengaku salah masing-masing....

Kedua-dua kes di atas : " Ingat depa ja tau marah.. depa belum tengok macam mana kita marah" Sabar lagi..... banyak-banyak!

Kesimpulannya, 2 hari berturut-turut memang kena hentam teruk, letihnya.. letih kerja tak ada masalah.. bila letih memikir.. teruk sangat rasanya.. 

Harapan, moga esok selesai semua masalah... ada banyak hal lebih besar nak kena di selesaikan.. hal kecil macam tu.. aduhai... 

"Sabaq la.. orang macam-macam pesenn.. biaq pi lah kat depa.. minta kat Allah.. DIA tolong!" kata mak.. (mengadu pada mak sambil mata tengok mak.. tahan nak nangis.. huhu... ALLAH sabarkan lah.. kuatkan lah aku)"


Saturday, November 27, 2010

♥♥ Benar! Hati sukar di ramal ♥♥



Assalamualaikum

Jam menunjukkan hampir 3 pagi. Entah kenapa tidak dapat melelapkan mata bahkan juga sepatutnya perlu merehat serta menenangkan diri di kala hujung minggu ini. Akhir-akhir ini.. mungkin juga sudah hampir di penghujung tahun fikiran juga hati begitu sukar di ramal. Kadang kala ketenangan di himpit dengan kecelaruan yang sepatutnya tidak wujud di sisi.. Ah! apalah sangat.... Alhamdulillah di sinilah tempat untuk diri ini meluah rasa. Sebenarnya diri ini seorang yang sukar meluah secara direct lebih mudah berbicara di sini.. maaf ya!! 

Sebenarnya...

Dalam meniti kehidupan dan impian nyata Ku ingin sekali memiliki sesuatu yang sempurna, tanganku menggenggam sesuatu yang kecil tapi cukup bermakna walaupun tidak mampu meraih segala yang ada di hadapan mata, Tapi ku tetap yakin jiwa yang ada dalam tubuh dapat merangkul kesemuanya, Dan aku yakin mampu menggapai semua cita-cita harapan juga keinginan -sekalipun itu semua melayang lepas ataupun tergantung di hujung langit tertinggi, aku cuba untuk terus meraih....

Jiwaku tetap meruntun untuk jujur berbicara, sekalipun terasa berat, aku tetap berusaha. Mencuba dan terus mencuba...
Aku hanyalah insan biasa, Sesekali aku menyesali tetapi aku terus mencuba untuk tidak melihat masa silam , biarlah itu semua menjadi warna kehidupanku yang mana setiap arah langkahku.

Aku terus cuba menegakkan tubuhku ini, walau pedih perih terasa sesak dalam misteri. Aku terus cuba mengangkat  kembali karung-karung bernama harapan, aku tetap  terjatuh, Aku cuba untuk terus bangkit kembali, Aku terjatuh dan aku terjatuh…… Entah berapa kali aku terjatuh, aku tak dapat menghitungnya, Ya Allah....

Namun, aku masih tetap bertahan.. kerana hidup tidaklah untuk mengeluh, tidak perlu banyak persoalan dan mengaduh. Hidup adalah perjuangan, menyelinap pada setiap rahsia langit dan bumi, serta mencipta dan mengukir kehidupan adalah tujuan akhirku. Aku dapat merasakan getaran-getaran aneh ketika aku sedih, dan debaran ketika aku bahagia, bagiku keduanya adalah sama. Ya.. benar-benar sama!

Bagiku setiap tawa yang lahir adalah kesedihan yang terbuka dari penyamarannya dan tangisan adalah kebahagiaan yang tertunda di hari kedatangannya. InsyaAllah.....

Dan ku yakin masih ada hari esok bersama Pelangi yang indah. Aku terus berusaha dan berdoa tidak putus-putus, Aku serahkan tubuh dan jiwaku sepenuhnya untuk-Mu Ya Allah, Lindungi dan dekatkanlah aku, keluargaku juga sahabat-sahabatku pada-Mu. Rangkullah, pimpinlah dengan cahaya petunjuk-Mu, Dan ketika melihatnya,  terus  aku menyusun langkah berlari Mengejarnya!

Amen Ya Robb!!

 Of all the things I still remember.. 

Summer's never looked the same.. 
The years go by and time just seems to fly..
 But the memories remain...



Saturday, September 25, 2010

♥♥ Dalam keresahan ada ketenangan ♥♥


Assalamualaikum

Salam Ceria... aduh.. Rindunya nak muncul di sini.. dah lama juga Maiza menyepi buat sementara kerana komitmen kerja terlalu membataskan waktu untuk tersenyum simpuh di sini.. hehe.... dah lebih 2 minggu rupanya tak update hehe... bila blog ada problem hari tu.. jari jemari ini tak tertahan nak memetik keyboard.. bila dah ok.. di biarkan terbengkalai bersawang lagi :) dah la tu.. tak ada cerita pula tu di tambah pula malas nak menaip aduhai....... bertambah teruk la.. lagi geram streamyx buat hal sungguh menjadi-jadi kebelakangan ini... bukan setakat slow langsung tak boleh nak on9... Maiza rasa macam nak geget-geget ja modem ni.. pakai broadband pun macam kura-kura.. kura-kura lagi jalan laju... nak kata tak bayar bil... ehh.. on time mesti settle.. kalau tak bayar tu lain la.. tak boleh on9 pun dah tau sebab apa hehehe..... (sebab tak settle bil kan ^ L ^ )

Start pertengahan Ramadhan hingga la pertengahan syawal busy yang teramat-amat.. Busy kena prepare open house Jabatan.. Aduhai kenapa la Maiza yang tak tau make up ni terpilih jadi AJK penyambut tetamu untuk VIP siap ada protokol lagi... dah la tu orang lain semua cuti lama.. mood raya best. Maiza raya ke-4 dah start kerja.. huhu.... macam salam perantau ja... hihihi.... mana taknya.. Maiza apply cuti seminggu.. aleh-aleh ada staff buat muka kesian plak.. jabatan Hasil dan kewangan mana boleh di biarkan kosong so... Maiza terpaksa akur kesian plak kat kakak-kakak tu.. berkorban lah kononnya... ecehhh.....

Bab open house dah settle.. ini kena cover audit pulak... aduii... asyik Maiza ja tensi-tensinyaaa... ( hehe.. saja nak lepaskan geram sikit )
kata Dato' ~~~ Cik Maiza tau, tahun ni sambutan rumah terbuka terbesar dan U patut berbangga U bersama yang lain handle.....
erkkk.... senang ja dia cakap kan... dia boleh la.. arah sana-sini.. U ini... U pula itu.... ergghhh... geramnya... kerja dia senang ja.. Jemput golongan VIP ringankan mulut bagi kad jemputan ja... Big Boss la kata kan.. kami yang tak berapa boss ni selalu makan hati hahaha.... kesian sungguh... tak pa la.. nak buat mcm mana saya yang menurut perintah kan.... erkk.. kalau Dato' baca statement ini... haa.. mampos nak jawab.. 

Apa-apa pun tak apa la.. Big boss kan.. so.. staff semua kena akur.. terima tanggungjawab lakukan dengan seikhlasnya...... so esok... prepare untuk audit pula.. sekarang ini cuti hujung minggu pun dah tak berapa cuti.. asyik busy.. busy.. and busy.... forever and ever ka...? huhu..


♥Tenanglah wahai hati