♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Showing posts with label kad raya. Show all posts
Showing posts with label kad raya. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

♥♥ Salam Aidil Adha ♥♥


Assalamu'alaikum,

Dengan izin ALlah, kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha buat kesekian kalinya. Di tahun ini, Insya ALlah, umat Islam di Malaysia akan menyambutnya pada hari esok iaitu jatuh pada hari Rabu.

Sahabat yang dirahmati ALLAH

Jauh di Mekah sana, saudara-saudara seIslam sedang mengerjakan ibadah haji yang mengikat hati mereka dengan Makkah al Mukarramah, tempat terbitnya Islam dan daripadanya berpusat sinaran Tauhid ke seluruh alam ini. Di sana berhimpunlah orang-orang Islam dengan kesatuan dan kasih sayang tanpa mengira bangsa, warna kulit, pangkat, harta dan kedudukan.

Di kesempatan ini.. Maiza dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada salah tutur kata terlajak gurau senda di alam maya sepanjang persahabatan ini.. Maaf zahir dan Batin ya!

Thursday, September 9, 2010

♥♥ Aidil fitri di hati ♥♥




Dikesempatan ini Maiza ingin memohon…
Ampun dan maaf andainya Maiza ini…
Terkasar bahasa dalam berbicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Di hari yang mulia sepuluh jari Maiza hulurkan,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana Maiza masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin
Jika ada terlajak gurau senda seusia perkenalan kita semua
Sedih pula nak tinggalkan ramadhan

Kullu ‘Am Wa Antum Toyyibiin.
كُلٌّ عَامٍ وَ أَنْتٌمْ بِخَيْر
كُلُّ سَنَة وَ أَنْتٌمْ طَيِّبِيْن