♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Showing posts with label hidup umpama roda. Show all posts
Showing posts with label hidup umpama roda. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

♥♥ Apabila kadang kala kita berada di atas dan bawah ♥♥

Melewati hari-hari yang telah berlalu…

Membuatkan aku tersedar dari mimpi…

Dalam kehidupan ini

Hidup ini tidak selalunya… bahagia dan gembira…

Adakalanya… Tanpa disangka-sangka…dugaan datang melanda

Bagai ombak menghempas ke pantai.. tanpa sempadan

dan kadang kala silih berganti

menguji kesabaran hati nurani seorang manusia…

Hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar…

kadang kala di atas, kadang kala di bawah

berputar mengikut haluan

Ketabahan sering menjadi taruhan…

Kebahagian tidak selalu di kecapi...

Namun, apa yang penting perlu berusaha untuk mendapatkannya…

Adakalanya aku seperti seekor burung…

Yang hilang arah tuju…

Tetapi aku kembali sedar… Alhamdulillah

apa yang pasti! aku perlu berani menghadapi liku-liku hidup

Dan cabaran yang mendatang…

Dan bukannya masih bermimpi di awangan…


Hidup ini umpama roda yang berputar. Sekejap kita diatas, sekejap di bawah. Jadi, eloklah beringat-ingat selalu, ada masanya semua yang di kecapi tanpa di sangka hilang begitu sahaja. Nikmat pinjaman dari yang Maha Esa yang di pinjamkan hanya sementara.

Sebagai hamba, bila ALLAH ambil semula hak-Nya yang dipinjamkan, janganlah kita mula keluh kesah, umpama hilang pertimbangan. Hilang bahagia, sebab benda yang mendatangkan bahagia telah lenyap selamanya.. SUBHANALLAH!

ALLAH datangkan ujian sebagai penyebab untuk menyedarkan kita. sudah tentulah sangat susah untuk merasakan diri banyak melakukan kesalahan. Mungkin kita tidak perasan akan kesalahan yang berulang kali di buat? Jadi, memang patutlah ALLAH peringatkan kita.


Ini sekadar peringatan pada diri yang alpa dan secara tidak langsung juga mengingatkan kawan-kawan semua,bersyukurlah dengan segala nikmat pemberian ALLAH. Segala nikmat itu adalah pinjaman sementara sahaja untuk menguji samada kita bersyukur atau tidak dan samada kita menggunakan segala nikmat itu ke arah kebaikan atau tidak.

Hanya ALLAH sahaja tempat yang paling layak untuk kita mengadu, merayu dan merintih. Rasakanlah setiap ujian yang datang daripada-Nya sebagai peringatan untuk kita terus memperbaiki diri, merasakan diri tidak layak menerima anugerah nikmat dari-Nya Yang Sangat Baik itu. Hanya DIA sahajalah yang layak untuk diberi pujian. Hanya orang yang tunduk patuh kepada ALLAH sahaja akan dimasukkan ketenangan dalam hatinya. Waktu itu tidak kira apa sahaja yang didatangkan ALLAH, hati tetap tenang dan bahagia menerimanya. Alhamdulillah

Ingin sekali Maiza share kisah seorang rakan.. dia di timpa musibah kesian. Pagi-pagi sesampai saja di pejabat Maiza di khabarkan berita yang kurang enak di dengar. Dia dari seorang ketua bahagian entah kenapa dan mengapa dia di singkirkan. Dari mempunyai kedudukan tinggi ada pejabat besar terpaksa mengemas barang berpindah ke sebuah partion kecil. Ya Allah kesian, moga dia tabah lalui semua yang di tetapkan. Pada Maiza orangnya sangat baik. Zahir orangnya bertanggungjawab, amanah, jujur, Batin.. wallahu'alam kita tidak dapat menilai seseorang pada dalaman. Tapi Maiza beruntung dapat kenal dan berurusan dengannya.. Mata Maiza tidak tahan melihat dia, hati Maiza tersentuh.

Perumpamaan.. Jika sebelum ini Maiza dan kami semua ada masalah kerja, pintu pejabatnya di ketuk. Tapi tidak lagi, mungkinkah dia pula mengetuk pintu bilik kami.. Allah tak dapat di bayangkan kesian. Orangnya berpengalaman bertahun lamanya. Realiti dalam kehidupan. Kalau orang suka kita di angkat di kendong dan tak mustahil suatu hari jasa kita di lupakan sedikit demi sedikit. Bila kita sudah tidak di perlukan... Maiza tidak membayang akan kesalahannya mungkin! tetapi membayangkan kenapa sedemikian rupa. Selanjutnya Maiza tak tahu kenapa dan mengapa "Kawan" jatuh begitu. hanya 2 kemungkinan yakni "salah atau tidak" sahaja.. perit dan kesian tengok dia.. banyak kemungkinan di fikiran Maiza, cuma entah.. adakah itu jawapan atau hanya satu andaian... wallahu'alam...

Award dari Sis Tinie
Terima kasih atas penghargaan :)

Kad Raya dari Sis Maiyah
Terima kasih atas ingatan Salam Lebaran :)