♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Showing posts with label dugaan. Show all posts
Showing posts with label dugaan. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

♥♥ Masih mampu untuk tersenyum ♥♥


Assalamualaikum,

moga sahabat semua berada dalam rahmat dan perlindungan Allah.. agak lama tak beronline/ berblog, malah kurang juga menziarah sahabat semua maaf ya ~ L ^. semakin hari semakin sibuk di tambah pula kesihatan kurang menenangkan. Biasa lah kadang kala sedikit terusik dengan kesihatan yang mengganggu kondisi badan. Alhamdulillah tidak lah terlalu teruk tapi, untuk duduk lama agak sedikit sukar.. itu bererti Allah sayang dan kasih sebab itu di duga dan di uji pelbagai cara kan. Tenangkan hati terima dengan berlapang dada.. InsyaAllah mampu tersenyum lagi..... tak ada apa untuk entri kali ini.. cuma hanya ingin berkongsi sahaja.. 


Allohumma Robbannaas azhibil ba’sa isyfihi wa antasy syaafi laa syifaa’an illa syifaa’uka syifaa’an yaa yughoodiru saqoman
(Ya Allah Robb sekalian manusia, hilangkanlah kesengsaraan ini dan sembuhkanlah ia. Kerana sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tidak ada kesembuhan melainkan hanya dari-Mu iaitu kesembuhan yang tidak  meninggalkan penyakit lagi.
Hadits lain dari Imam Muslim dari Utsman bin Abul Ash bahawa ia mengadukan rasa sakit yang di deritanya kepada Rasulullah SAW, maka beliau SAW pun bersabda: Letakkanlah tanganmu diatas  bahagian tubuh yang terasa sakit itu dan ucapkanlah “Bismillah”, lalu bacalah sebanyak tujuh kali:
A’uzu bi’izzatillahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaaziru
Aku berlindung dengan kemuliaan  dan kekuasaan Allah dari bencana penyakit yang kurasakan dan kucemaskan ini.
Kata Utsman: kulakukanlah seperti itu berkali-kali hingga Allah menghilangkan rasa sakitku. Selanjutnya akupun  senantiasa menganjurkan keluargaku untuk melakukan hal yang sama (HR Muslim)
Itulah antara lain doa yang diajarkan kepada kita ketika sakit. Pada dasarnya kesembuhan itu  hanya datang dari Allah dan hanya Allah-lah yang dapat menyembuhkan hambaNya yang sakit.

♥ tidak semua perkara perlu di ceritakan segala kepada semua.. kadang kala kita perlukan masa untuk diri sendiri.. simpan, simpul, ikat ketat semuanya.. bertenang tempuhi semua dugaan. Mekarkan senyuman.. mudah-mudahan semua ini di anggap hanya sebuah mimpi.. apabila terjaga dari tidur.. terus membuka mata.. masih mampu tersenyum manis.. terus bertahan InsyaAllah 

Thursday, November 4, 2010

♥♥ Sesekali ia menjengah ♥♥

Assalamualaikum


Sudah lama benar Maiza menyepi. Kesibukan memikul komitmen sebagai anak, sebagai hamba Allah di muka bumi ini tidak akan di lupakan selagi belum tertutup rapat mata ini hingga ke akhir hayat InsyaAllah. Alhamdulillah kini jari jemari kembali beraksi meneruskan legasi Cinta Maiza.... tarikh terakhir entri 8 oktober 2010 ♥♥Pentingnya mereka♥♥ bermulanya debaran demi debaran.. dugaan silih berganti. Walupun kepayahan kami lalui lorong harapan namun, Allah permudahkan... Syukur Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau maha agung, maha pengasih lagi maha mengetahui....   

Apa khabar semua.. Maiza harap semua sahabat sihat hendaknya sentiasa berada dalam redha Allah InsyaAllah.. Menyepi bukan bermakna Maiza terus melupakan semuanya ini kerana diri ini perlukan masa menarik nafas, mencari ketenangan, duduk merehatkan lelah sebentar.. Sibuk dengan aktiviti harian.. komitmen berterusan.. terasa benar-benar di hargai :-) 

Status di facebook

Maizatul Hayah wishing ur peace in ur heart today and always... Enhanced by Smiley CentralAssalamualaikum... moga semuanya sihat dan sentiasa berada dalam redha Allah.... 10 hours ago  ·  · 


8 Oktober 2010 : Kembali ke kampung halaman bersama ayahanda dan bonda tercinta dengan harapan ketenangan terisi. Pagi yang indah mendapat panggilan dari Hospital Pulau Pinang " 9 oktober 2010 ayahanda perlu di masukkan ke ward " ini bermakna keesokan harinya. Terdetik di hati.. ALLAH cepatnya.. adakah aku dan kami dapat lalui sesuatu yang belum pasti penghujungnya... cuba gagahkan diri memberitahu pada ayahanda. Ketika itu kelopak mata bergenang tetap di tahan.. Allah permudahkan padaku untuk memikul tugas ini.. Alhamdulillah walaupun ketika hari terakhir di kampung ayah bertemu dengan bondanya tercinta.. mereka menangis penuh kesayuan.. terasa berat YA ALLAH... kurniakan kekuatan dan ketabahan kepada ayandaku lalui ujian mu ini...

  
9 Oktober 2010 : pelukan kesayuan terus menerus di terima Maiza dari orang-orang kesayangan di sekeliling " jaga ayah, jaga mak elok-elok" pesan seseorang ketika memeluk erat diri ini di iringi tangisan kesayuan " Ya aku perlu teruskan, Ya Allah bantu aku" Ayahanda di bawa ke hospital Pulau Pinang.. dan di masukkan ke ward A1 Jabatan Pembedahan Kardiotorasik.
10, 11, 12, oktober 2010 : Ayah di pantau sebelum pembedahan di lakukan ke atasnya.. entah kenapa Maiza tiba-tiba lemah.. mujur adinda The Picture of Life (@tici@)  turun dari KL bersama-sama Maiza walau apa yang akan di tempuh... kami tetap bersama...

12 Oktober 2010 : ayahanda di sahkan akan menjalani pembedahan pada ke esokkannya 13 oktober 2010. Doa kami sentiasa mengiringi.. Ayahanda nampak gugup dan risau.. Hati Maiza tersiksa, sakitnya tengok ayahanda walaupun kadangkala nampak tenang di mata namun di minda.. di hati.. siapa yang tahu... hanya DIA yang mengerti.. 


13 Oktober 2010 : debaran semakin terasa.. pada mulanya kami di khabar oleh doktor, ayahanda akan menjalani pembedahan pada jam 7.15 pagi.. Jam 5 pagi Maiza dan Mak menanti di luar ward.. walaupun kesejukan pagi hari menghimpit kami Namun, sesekali terasa kebas seluruh anggota tapi kadang kala tidak terasa.. Mata terus tertumpu pada pintu ward A1.. sambil tak putus-putus kami memohon kepadaNYA... kami di beri kelonggaran masuk ke ward seawal 6 pagi Alhamdulillah... sokongan kami tak berbelah bahagi kepada Ayahanda tercinta.. 

Dari 7.15 pagi ke 8.00 pagi.. terus di tunda.. terdetik lagi di hati.. " Ya Allah kenapa ini, di tunda dan terus di tunda.." di sebabkan tekanan darah ayahanda tidak stabil menyukarkan untuk meneruskan pembedahan.... 45/50, 40/50, 55/60 begitu seterusnya... rendah dan sangat rendah...

Debar Menanti detik ALLAH....

Ya Allah apakah tandanya ini.. bantu kami Ya Allah... 8.30 pagi sekali lagi tekanan darah ayahanda di ambil..  Alhamdulillah 121/80 stabil! persediaan di lakukan ke atas ayahanda.. tak sampai hati melihat ayahanda.. terasa ingin sekali menggantikan tempatnya.. kami berjalan menyusuri lorong-lorong harapan walaupun amat berdebar dan gentar menghimpit namun tetap gagahkan jua..

8.45 pagi... sebelum ayahanda di masukkan ke operation theatre.. " ok isteri dan anak-anak En. Che Juhari.. sebelum masukkan ke OPT boleh minta maaf kat ayah..."

ALLAH tak dapat di bayangkam ketika itu.. Rupanya aku akan alami semua ini.. kata-kata terhenti membisu, kecelaruan terus menyapa.. kelopak mata penuh dengan genangan yang tak dapat di halang lagi.. 

Maiza anak sulung orang pertama.. mendekatkan diri sambil jari jemari menggenggam tangan ayahanda... " ayah tawakkal.. tabah, kuat ayah " nada tersekat.. ucapan memohon ke maafan tidak di pinta.. YA ALLAH... ayahanda hanya mengangguk... kami terus menahan tangis... Doa sentiasa mengiringi....

9.00 pagi ayahanda di masukkan ke operation theatre... kami menanti penuh debaran.. handphone di tangan sentiasa di pegang.. berdoa dan terus berdoa moga semuanya berjalan lancar... Amen

5.30 petang melihat doktor keluar masuk OPT hati kami terus berdebar... 8 jam menanti suatu jangka masa yang tidak dapat di bayangkan.. 

5.40 handphone di tangan berdering.. waris kepada Che Juhari?.. ya saya.. boleh datang ke CICU 116.. kami terus berlari menuju ke sana.. Melihat ayahanda seluruh anggota bandannya di penuhi wayar Allah terasa benar-benar di awangan.. Doktor mahu berjumpa waris.. buat pertama kali bertemu doktor... " Alhamdulillah walaupun operation begitu rumit, syukur semua berjalan lancar. Setakat ini masih di zon kritikal kita akan terus memantau 24 jam bermula sekarang" kata-kata doktor membuatkan maiza terpejam sejenak hanya mampu di sebut ALLAH. ALLAH ALLAH

Malam itu kami terus menanti terus menanti... kami menghantar Bonda tidur di rumah rehat. Kami dua beradik menanti berhampiran CICU.. tidak tidur semalaman.. entah kenapa mungkin terlalu bimbang... sehingga pagi kami hanya duduk di kerusi sesekali terlelap seketika.. malam itu juga pelbagai tragedi.. dugaan menimpa.. biarlah terus di semadikan di lubuk hati ini... 

14 oktober 2010 ayahanda sudah sedar.. Alhamdulillah.. namun masih lemah...

15 oktober 2010 kami di kejutkan dengan keadaan ayahanda tidak begitu stabil.. Ya Allah sekali lagi kami terus di duga... bonda, adinda sudah mula menangis hilang punca.. Maiza terus tenang.. menuju ke CICU menjenguk ayahanda.. Maiza di khabarkan oleh Doktor yang bertanggungjawab " ayahanda mengalami masalah buah pinggang " Allah...... aku perlu kuat!!.. di luar mereka berdua sangat memerlukan aku... belum menitis lagi sudah ku kesat segala yang menerpa... berbincang dengan doktor langkah terbaik untuk ayahanda.. Dialisis........ mampukah ayah?? tabahkan lah ayahku Ya Allah.....


11 oktober 2010
2 hari sebelum operation


19 oktober 2010
di wad A1 kardiotorasik


9,10,11,12 oktober 2010
17 - 23 oktober 2010
kenangan yang tak mungkin di lupa



13 oktober 2010
tarikh tarikh tak mungkin di lupakan
Hari pembedahan menanti selama 8jam
Berdebar menanati detik demi detik


13 - 17 oktober 2010
Di masukkan ke CICU
di depan pintu ini kami menanti dari pagi hingga petang
petang hingga malam
begitulah seterusnya....
penuh debaran
Unit rawatan rapi Kardiothorasik
( Maiza tak sampai hati nak snap pic ayahanda.. maiza mahu lupakan keadaan ayahanda ketika di CICU)


inilah lorong harapan kami
bukan kami sahaja bahkan semuanya
lorong ke operation theatre dan CICU


23 oktober 2010
Selamat tinggal Penang untuk kenangan yang tak munkin kami lupakan seumur hidup ini
kami akan sentiasa menjengah ke sini mengikut tarikh yang di tetapkan
untuk follow up kesihatan ayahanda

15-16 oktober 2010 hari seterusnya ayahanda muntah-muntah tiada selera makan.. doktor makin risau dengan kondisi ayahanda.. muntah selepas operation tak elok pesakit... Kami ikhtiar cari jalan... pernah juga kami buntu di mana harus kami mulakan lagi... kami terus berdoa.. berkad kesabaran Doa juga sokongan dari sanak saudara, sahabat semua kami berjaya juga lalui lorong-lorong itu.... Alhamdulillah.....

17 oktober 2010 kondisi ayahanda semakin stabil... sebelah petang ayahanda di pindahkan ke ward A1 Jabatab Pembedahan Kardiotorasik... tetapi masih di fasa 3.. masih ada wayar yang melekat.. "tak apalah pelan-pelan ayah" 

18, 19, 20, 21, 22, 23 oktober 2010 : genap 2 minggu kami di Hospital Pulau Pinang dari ward ke operation theatre.. di masukkan pula ke CICU selama 5 hari 4 malam... kemudian Genap 15 hari ayahanda di benarkan pulang... Syukur.. Syukur Alhamdulillah Ya Allah... atas bantuan Mu juga doa dan sokongan tak putus-putus di terima kami akhirnya berjaya lalui lorong-lorong yang semakin terbuka luas.. mudah-mudahan berterusan Ya Allah...... Amen Ya Robbal a'lamin....


Memandang dan merasa tak sama
Tapi Indahnya bila menerima

Hanya ini sebagai pengganti diri
mewakili keluarga amat terhutang budi dan nyawa
T.kasih doktor!!
Alhamdulillah Syukur Ya ALLAH
Istimewa untuk
Dato' DR. HAMZAH, DR. ANAS, DR LARM, Dato' DR AMIN (KMC), DR HORALD, DR FAUZI
MR BASHER (DR), DR. RAMLI, dan juga Doktor-doktor  yang terlibat dalam pembedahan..
semua Jururawat ward A1 Jabatan Pembedahan Kardiotorasik
juga Jururawat Unit rawatan rapi Kardiotorasik (CICU)
Hospital Pulau Pinang