♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Showing posts with label operation. Show all posts
Showing posts with label operation. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

♥♥ Siapa cakap tak sayang ♥♥

Assalamualaikum

moga semua sihat hendaknya dan sentiasa berada dalam redha Allah. Masuk ja bulan april belum update lagi blog ni.. makin lama makin malas hehe.. bukan apa sibuk dengan kerja bila dah letih mula la malas ja nak online. Kadang-kadang tu online kejap ja.. di buai mimpi.. minggu lepas memang kalut betul.. iya la.. adik lelaki bongsu merangkap anak lelaki tunggal dalam keluarga mengadu perut dia rasa sakit.. eh.. napa la pulak adik aku nih.. manja kot hehe.. saja mengusik dia tu.. orang lelaki memang tak tahan sakit eh.. hehe... sebelum tu dah bawa pergi klinik tapi dia mengadu perut dia tak ok juga.. Dah tu esoknya mak call Maiza kat office cakap adik kat KMC..

hah! napa lak dia.. doc suspek appendic [ntah betul tak ejaan ni] lahhh... 
"cepat la.. mak tunggu kat KMC.. adik kena masuk ward, petang ni operate" Mak
hah! sat2.. nak kuar dah ni.. orang otw mak.... 
masa drive otw g KMC fikiran ni.. risau betul la.. nyesal lak usik-usik dia.. alahh manja.. sakit sikit pun tak tahan ;) tak tahu pula sampai mcm ni.. sampai ja KMC terus g tengok adik kat treatment room.. sian.. cuak muka dia, ya la doc ckp ptg ni operate tapi tak comfirm lagi nak kena scan dl.. 

"kak takut la...." adik
"ishh.. sikit ja.. hero kena kuat :)" Maiza
"hari tu dah kena operate tangan dah ni perut pula" adik
"alah.. bila Allah bagi sakit dapat menggugurkan dosa-dosa kecil kita tau.. sikit ja operate tu" Maiza
padahal dalam hati... Ya Allah pelihara lah adik aku.. kesian dia baru ja sebulan lepas masuk operation theatre... lindungi lah dia.. Amen

ramainya pesakit.. bilik pun penuh
mujur ada ward baru ok la juga..

Maiza temankan dia masa nak scan tu..
sian lakk.. kat adik lelaki sorang tu huhu
bismillah.. tawakkal tau pesan Maiza
baca doa' shifa' InsyaAllah selawat banyak-banyak

dah masuk ward... kesian kena puasa la
awal tu makan ubat tulang.. tangan dia kan patah
belum jamah nasi ka apa pun
lepas tu nak operate plak.. dah kena puasa


sampai ke petang tunggu doktor tak muncul-muncul pun.. result test dia pun tak tau lagi.. ehmm.. risau.. terus pergi kaunter " macam mana ya.. result adik saya dah dapat ka? Maiza..
"ya cik.. dah dapat" nurse
"macam mana result dia.. ok? Maiza
"kita tunggu doc dulu cik, saya tak berani nak cakap" nurse
" haaa.. dah sudahh macam mana la result adik aku nih...sabar sabar..."
tak lama tu doc pun sampai la bawa result.. "ok saya dah tengok result.. tak perlu kita operation tak ada apa pun cuma sakit perut di sebabkan angin"
Alhamdulillah lega rasa... syukur la tak kena operate.. buat suspen ja lahh... perih air mata ni kesian kat adik huhu... bukan apa.. kalau tak kesian gak la.. dah masuk ward mesti la berpakej kan... 3 hari 2 malam.. erm.. apa-apa pun syukur..


Wednesday, December 1, 2010

♥♥ Berginjak ke 1 tahap ♥♥

Assalamualaikum semua!
moga semua sihat sentiasa dalam redha Allah..

Alhamdulillah berginjak hari ke hari sentiasa di beri kesempatan untuk terus melangkah bersedia menghadapi hari esok dan seterusnya..... masih lagi di beri kepercayaan, berusaha mencapai sesuatu, selagi kudrat berupaya.. selagi belum menutup rapat mata.. pikullah seiring dengan senyuman, syukur masih dapat menghirup udara nikmat kurniaan Allah....

1 disember hampir 50 hari operation ke atas ayah telah di lakukan. Dalam tempoh itu juga kami menjaga sepenuh hati, jangan di ambil ringan tanggungjawab yang telah di serahkan.. serius! sebagai anak sulung, sebagai seorang kakak, sebagai hamba Allah.. genggam tanggungjawab yang di amanahkan rapat-rapat. Jangan fikir perempuan tak boleh buat! Tangungjawab satu nikmat yang kadang-kala tidak terfikir langsung tidak terlintas " owhh.... rupanya inilah dia.. tugas demi tugas " terus di genggam, di peluk rapat sesuatu sungguh begitu bermakna.... Terima kasih adindaku.. selalu berada dekat di hati walaupun jauh di mata... sentiasa saja turut membantu...

Mohon doa'kan
selepas operation.. luka-luka luaran kesan operation sudah hampir sembuh.. kini tiba masa untuk bawa ayahanda follow up. 1 disember 2010 kami akan ke Penang. untuk x-ray.. dan segala macam ikut prosedur yang telah di tetapkan. Surat menyurat, segala dokumen berkaitan sudah lengkap.. sudah sentiasa ada dalam "beg ajaib" mana-mana sahaja di bawa walaupun semua itu buat handbag menjadi berat tapi segala dokumen jangan di ubah dari posisi.. semua itu penting!


sejak ayahanda selesai operasi, sejak itu juga segala macam tarikh sudah siap di setting dalam otak.. tarikh-tarikh ini jangan lupa.. hehehe... tanda di mana sahaja supaya tidak lupa.. kalendar di office, personal diary, kalendar rumah juga di handfon... asal celik mata ingat tarikh tu..

Harapan.. moga esok dan seterusnya di permudahkan dan berjalan dengan lancar Amen... mohon doa'kan ya!

MaizaC'Joe