♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

♥♥ Tiada sepalit dendam di hati ♥♥


Assalamualaikum!  Enhanced by Smiley Central

Jika kesedihan sudah berlalu seiring waktu, maka mulai sedarkan diri. Mulai menguasai diri, mekarkan walau sedikit senyuman dan tidak terlalu larut dalam kedukaan. Demikian pula pada orang yang kehilangan orang yang dicintai kerana berpisah akan selalu dihinggapi rasa marah, benci, dendam, kesal. Namun berjalan secara perlahan, sikap seseorang dalam menghadapi kedukaan akan berubah menjadi tenang. Jadi, kuatkanlah iman! Banyak kebaikan yang Allah berikan dalam hidup kita sekalipun hal itu telah membuat hati kita terasa perih, terluka dan kita tidak suka.
Walau apa sekalipun, jauh di sudut hati langsung tiada dendam dalam hati...!!  Enhanced by Smiley Central


'Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu, 
padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak' 
(QS. al-Baqarah : 216).


p/s saja-saja sapu sawang kat sini.. iskk makin malas ja jari ni nak menari ligat macam dulu.. padahal rumah ni tak la lama sangat!! Enhanced by Smiley Central

Saturday, October 2, 2010

♥♥ Hati keterlaluan penat ♥♥



Assalamualaikum
moga semua sihat hendaknya....

kenapa dengan hati ini kurang tenteram, kenapa dengan mata ini? sangat payah nak lelap.. apa yang di fikirkan kadang kala terlalu berat. Rasa seperti cuba nak lupakan kenangan itu tapi bila mencuba terlalu sukar nak lupakan.. lagi cuba untuk lupakan lagi payah Ya Allah mudah-mudahan hati ini sentiasa terpelihara.. Ya Allah peganglah, simpul dan ikat ketat hatiku ini... mudah-mudahan aku sentiasa mengingatimu.... 

Malas nak ingat lagi. Lupakanlah jangan dekat jangan hampir lagi.. lagi best bila tak dapat lelap mata pagi-pagi begini blogwalking la.. sambil-sambil layan apple hijau gaul dengan garam.. nyam.. nyam.. nyam... makan sedap.. nikmatnya makan apple hijau daripada fikir hal yang tak perlu ada di fikiran.. tak mau fikirlah!! manusia kadang kala terlupa nikmat yang ada, kenapa tidak hargai.. tapi apabila nikmat menjauh tiba-tiba di cari pula.. aduhai.. manusia-manusia.. sedarlah!!

Hidup ini penuh dengan impian dan harapan
ingin sekali ku mengecap segalanya
namun tangan belum sanggup untuk menggapainya
keinginan yg terkadang memenuhi fikiran dan jiwa
dan terkadang begitu hampir
terkadang juga begitu jauh dan jauh sekali
ku cuba menahan hasrat untuk memilikinya
ku sedar untuk meraihnya perlu perjuangan
agar ada penghargaan akan pencapaian
kenikmatan lebih mendalam 
jika diraih dengan kerja keras dan usaha
jangan ragu untuk bermimpi
wujudkan impian untuk menggapai kebahagiaan
Namun, kadang kala hati sakit pedih tidak terhingga
dan kadang kala hati terlalu penat
fikiran kosong.. Jiwa cuba menggagah jua
Tapi, hati jangan lupa ingatlah ALLAH