♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Showing posts with label tidak lewat. Show all posts
Showing posts with label tidak lewat. Show all posts

Friday, January 7, 2011

♥♥ Ketika Di Jemput, Tidak akan terlewat walau sesaat pun ♥♥



Assalamualaikum

Begitu tenang dan nyaman ketika ini.. Syukur Allah masih mengurniakan nikmat.. untuk bernafas.. untuk mengecap segalanya dalam kehidupan ini. Namun, sebagai hambanya pasti akur akan kehendakNYA.. Terimalah dengan berlapang dada InsyaAllah.. 

Sudah beberapa hari tidak beronline di laman sesawang Facebook.. berita ajal menjemput di terima silih berganti.. inilah ketentuan dariNYA siapa pun tidak akan mengetahui selagi belum tiba masanya.. Hanya DIA.. tidak akan terlewat walau sesaat tika masanya sudah tiba......

Dalam kehidupan ini, hidup dan mati ditentukan sepenuhnya oleh Allah SWT. Mungkin kita boleh mencari doktor paling pakar dalam dunia untuk merawat segala penyakit, namun apabila apabila ajal menjelma tiada apa yang dapat menghalang nyawa dicabut malaikat yang taat dan patuh kepada Allah SWT. Namun kita sentiasa disaran menjaga kesihatan dan nyawa yang diberi Allah dengan penuh amanah kerana itulah arahan Yang Maha Kuasa.

Tiada apa pun yang kekal sebenarnya dalam dunia ini, semuanya bermula dengan tiada, kemudianya ada, kemudiannya tiada, kemudiaan ada untuk menerima penilaian Allah. kita dijanjikan bahawa penilaian paling agung adalah apabila kita berdepan dengan mahkamah Allah SWT di padang masyar InsyaAllah yang mana mulut dikunci rapat untuk membela diri, semua anggota badan menjadi saksi kepada diri sendiri. Hari di mana manusia tiada ruang untuk membohongi kecuali menerima semuanya sebagai saksi Kebesaran Illahi.

 Namun apabila hari itu menjelma, nescaya kudrat Allah SWT jua akan menaikkan atau menurunkan seseorang manusia itu. ALLAH.... Sesungguhnya! aku paling takut bukan tentang turun atau naiknya seseorang manusia, yang paling takut apalah yang hendak dipersembahkan di hadapan Allah SWT apabila menjelma hari pertemuan di padang masyar nanti.

'Apabila nafas seseorang telah mendesak sampai dikerongkongan dan dikatakan kepadaNya. 'Siapakah yang dapat menyembuhkanmu?' dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dengan dunia telah tiba dan tautan betis kiri dan betis kanan. Kepada Tuhanmu-lah pada hari itu kamu dihalau.' (QS. al-Qiyamaah : 26-30).

"Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan." (21:35)

AL-FATIHAH