Assalamualaikum semua!
moga semua sihat sentiasa dalam redha Allah..
Alhamdulillah berginjak hari ke hari sentiasa di beri kesempatan untuk terus melangkah bersedia menghadapi hari esok dan seterusnya..... masih lagi di beri kepercayaan, berusaha mencapai sesuatu, selagi kudrat berupaya.. selagi belum menutup rapat mata.. pikullah seiring dengan senyuman, syukur masih dapat menghirup udara nikmat kurniaan Allah....
1 disember hampir 50 hari operation ke atas ayah telah di lakukan. Dalam tempoh itu juga kami menjaga sepenuh hati, jangan di ambil ringan tanggungjawab yang telah di serahkan.. serius! sebagai anak sulung, sebagai seorang kakak, sebagai hamba Allah.. genggam tanggungjawab yang di amanahkan rapat-rapat. Jangan fikir perempuan tak boleh buat! Tangungjawab satu nikmat yang kadang-kala tidak terfikir langsung tidak terlintas " owhh.... rupanya inilah dia.. tugas demi tugas " terus di genggam, di peluk rapat sesuatu sungguh begitu bermakna.... Terima kasih adindaku.. selalu berada dekat di hati walaupun jauh di mata... sentiasa saja turut membantu...
Mohon doa'kan
selepas operation.. luka-luka luaran kesan operation sudah hampir sembuh.. kini tiba masa untuk bawa ayahanda follow up. 1 disember 2010 kami akan ke Penang. untuk x-ray.. dan segala macam ikut prosedur yang telah di tetapkan. Surat menyurat, segala dokumen berkaitan sudah lengkap.. sudah sentiasa ada dalam "beg ajaib" mana-mana sahaja di bawa walaupun semua itu buat handbag menjadi berat tapi segala dokumen jangan di ubah dari posisi.. semua itu penting!
sejak ayahanda selesai operasi, sejak itu juga segala macam tarikh sudah siap di setting dalam otak.. tarikh-tarikh ini jangan lupa.. hehehe... tanda di mana sahaja supaya tidak lupa.. kalendar di office, personal diary, kalendar rumah juga di handfon... asal celik mata ingat tarikh tu..
Harapan.. moga esok dan seterusnya di permudahkan dan berjalan dengan lancar Amen... mohon doa'kan ya!
MaizaC'Joe





