Assalamualaikum semua!
moga semua sihat sentiasa dalam redha Allah..
Alhamdulillah berginjak hari ke hari sentiasa di beri kesempatan untuk terus melangkah bersedia menghadapi hari esok dan seterusnya..... masih lagi di beri kepercayaan, berusaha mencapai sesuatu, selagi kudrat berupaya.. selagi belum menutup rapat mata.. pikullah seiring dengan senyuman, syukur masih dapat menghirup udara nikmat kurniaan Allah....
1 disember hampir 50 hari operation ke atas ayah telah di lakukan. Dalam tempoh itu juga kami menjaga sepenuh hati, jangan di ambil ringan tanggungjawab yang telah di serahkan.. serius! sebagai anak sulung, sebagai seorang kakak, sebagai hamba Allah.. genggam tanggungjawab yang di amanahkan rapat-rapat. Jangan fikir perempuan tak boleh buat! Tangungjawab satu nikmat yang kadang-kala tidak terfikir langsung tidak terlintas " owhh.... rupanya inilah dia.. tugas demi tugas " terus di genggam, di peluk rapat sesuatu sungguh begitu bermakna.... Terima kasih adindaku.. selalu berada dekat di hati walaupun jauh di mata... sentiasa saja turut membantu...
Mohon doa'kan
selepas operation.. luka-luka luaran kesan operation sudah hampir sembuh.. kini tiba masa untuk bawa ayahanda follow up. 1 disember 2010 kami akan ke Penang. untuk x-ray.. dan segala macam ikut prosedur yang telah di tetapkan. Surat menyurat, segala dokumen berkaitan sudah lengkap.. sudah sentiasa ada dalam "beg ajaib" mana-mana sahaja di bawa walaupun semua itu buat handbag menjadi berat tapi segala dokumen jangan di ubah dari posisi.. semua itu penting!
sejak ayahanda selesai operasi, sejak itu juga segala macam tarikh sudah siap di setting dalam otak.. tarikh-tarikh ini jangan lupa.. hehehe... tanda di mana sahaja supaya tidak lupa.. kalendar di office, personal diary, kalendar rumah juga di handfon... asal celik mata ingat tarikh tu..
Harapan.. moga esok dan seterusnya di permudahkan dan berjalan dengan lancar Amen... mohon doa'kan ya!
MaizaC'Joe






10 comments:
Macam tu la mai, mak akak masa operate breast cancer 4 tahun lepas tu pun macam tu. Date2 yang penting lepas tu memang dalam kepala. Nasib baik time tu baru abis belajar, menganggur jap sementara jaga mak.
Mai, moga dipermudahkan semuanya.
Assalamualaikum...
Begitulah hendaknya walaupun kata Nabi s.a.w. kita takkan dapat membalas jasa ayah dan ibu sekalipun terpaksa mendokongnya sewaktu bertawaf...
teruskan jaga ayah ok. bagi la makan sup ikan haruan...bagus untuk org kene operation. :)
banyakkan bersabar ya dikk .. semoga ayah cepat2 sembuhh :)
Assalamualaikum
Bila kita membincangkan bab perwalian, bermakna ibubapa kitalah sebagai wali kita iaitu menjaga, pelindung, mendidik, sehinggalah memasukki alam pekerjaan dan masa depan kita sebelum berkahwin adalah menjadi t/jawabnya. Demikianlah beratnya t/jawab tersebut. Apa saja yg kita lakukan utk dirinya pula, tentu belum setimpal pengorbanan mrk terhadap kita. Wallahualam
Kak Afida
ya ka.. tu lah kan.. memang dah hafal tarikh2 penting tu.. kalau terlupa menyesal rasa bersalah xtau nak ckp kan.. Mak akak kena breast cancer ya.. moga sembuh sepenuhnya dalam peliharanNYA.. Amen..
Amen.. t.kasih kak..
begitu jg utk akak ya.. moga terus di permudahkan..
Saudara Abd Razak
Waalaikummussalam
aah begitulah.. walau kita berkorban apa pun tak kan termampu membalas jasa ayahanda juga bonda..
GB
T.kasih...
makan ikan haruan memang bagus.. tp bypass opt tak bagus mkn ikan haruan bimbang terlalu cepat sembuh di luar nti parut tak elok.. sebab masa di ward ramai yg kt mcm tu.. siap ada yg pesan.. lps opt jng mkn ikan haruan.. klu opt lain ok kot..
Sis Ieda
T.kasih kak... Alhamdulillah semua berjalan lancar atas bantuan drNYA..
tajnur
waalaikummussalam
ya.. betul tu tajnur.. walaupun pengorbanan utk ayahanda bonda seumur hidup ini.. tak kan termampu membalas pengorbanan mereka... semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati, kurniakan kesihatan sempurna kpd ayahanda bonda kita semua.. Amen Ya Robb!
Post a Comment