♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Monday, December 6, 2010

♥♥ Menekan ctrl A lalu delete ♥♥


Assalamualaikum!
ada yang menyukai pudina? tidak semua kan.....

Daun pudina, Jenis sayuran yang sungguh tak akan nyaman turun di kerongkonganku. Entah mengapa, sayur yang satu ini betul-betul tak mampu menggugah selera makanku. Meski ia selalu hadir dalam mangkuk makanan kegemaranku, atau sebagai garnish pada makanan berkuah lainnya juga boleh di jadikan ulaman. Sungguh, aku tak suka pudina! bila di gigit rasanya seperti ubat gigi, walaupun ubat gigi sebahagian dalam kehidupan.. "hari-hari berus gigi pakai ubat gigi" namun untuk menelan sukar sekali....

Kenangan. 
Ingatan juga hati adalah ruang yang selalu setia menampung berupa kenangan. Entah baik, entah buruk, entah indah atau menyakitkan. Kenangan adalah jejak jejak kita di masa lalu, lalu mengapa harus melupakannya. Sungguh, aku tak ingin melupakan segala kenangan! 

Namun, ada beberapa kenangan yang harus dan segera di lupakan.. bimbang memudharatkan.. bukan semua kenangan itu manis.. yang manis itu mudah saja bertukar menjadi pahit.. biasakanlah diri untuk menelan sesuatu yang pahit.. kerna bukan semua yang pahit itu umpama racun untuk di telan..

Kembali berjalan menyusuri lelorong panjang, kesibukan dalam kehidupan cukup membantu melupakan sesuatu "selepas waktu bekerja, sampai di rumah.. solat, makan, berbual dengan ayahanda bonda sebentar... masuk ke syurgaku sendiri.. meletakkan kepala terus terbuai tanpa mimpi". 

Epitaph yang terukir sepanjang dinding seolah menjelma nyata. Apabila "MEREKA" seringkali mengganggu fikiran tenang menjadi  goyah semula.. Adakah mereka tidak memahami? atau hanya sekadar bebas untuk mengungkap kata-kata.. Sungguh! begitu letih dan penat walaupun tidak berubah posisi diri, tidak juga berlari... "MEREKA" seringkali berkata MEMAHAMI hakikatnya TIDAK sama sekali

maaf, menjauhkan diri  buat masa ini lebih baik.. pesanan SMS memaksa masuk tanpa henti.. begitu juga panggilan telefon yang membuatkan ku terpaksa menyembunyikannya di bawah bantal.. agar "ringingnya" tidak mengganggu ketika aku terbuai tenang....

tolonglah MEMAHAMI.. walaupun aku tidak pernah mengungkap sepatah kata hakikat sebenarnya.... Namun, TOLONGLAH.. biarkan ketenangan selalu menjengahku...

Telah banyak peristiwa yang ternyata menjadi rona dalam kehidupan. Serupa inilah kenangan yang ku punya. Untuk melupakannya adalah sebahagian dalam hidupku kini.........

Pudina hanya sedikit sahaja yang menarik buatku. Mungil, Sederhana. Segala yang sederhana selalu menarik buatku. Dan kesederhanaan itu ku jumpai pada daunannya yang menghijaun.  Begitu cantik untuk di jadikan hiasan di pinggan. Tapi, meskipun begitu masih saja kerongkonganku menolak, aku masih tidak suka pudina.

Tiap orang yang hadir menjelma. Melukis beragam corak dalam kanvas ingatan. Merah, jingga, biru, ungu, kelabu, hitam. Membawa sekeranjang tawa. Tak jarang menghadiahi sebongkah duka. Datang bergantan. Berlalu satu-satu. Lalu menyisakan lorong lengang penuh tanda bahawa mereka pernah hadir. Melupakan kenangan serupa menekan ctrl A lalu delete, maka terhapuslah semua tanda. Begitu mudah, namun jika tidak "empty the Recycle Bin" maka ia tetap berada di situ.

Dan akhirnya, ku paksakan kerongkonganku menelan semangkuk makanan kegemaran yang bercampur pudina segar bersamaan dengan ingatanku yang mengikis segala kenangan yang menyesakkan. Sungguh! melupakan kenangan sama saja memaksakan diri menyukai pudina. Dan sepertinya aku harus menyukai pudina, sebab tak kutemukan lagi sayuran lain di sini....


10 comments:

gadisBunga™ said...

tapi daun pudina makan dgn laksa sedap woo! :D

Afida Anuar said...

Assalamualaikum mai...

usahlah didelete kenangan-kenangan itu walau pahit yang amat untuk dikenang, kerana bila2 pada satu hari nanti, bila diingat segala kenangan yang pahit itu, pasti kita akan tersenyum sendiri.

PS: ahaa, daun pudina tu best la mai..;)

Pn Kartini said...

salam my dear..:)

Dalam kehidupan kita semmgnya tidak semua indah2..yang mewarnai corak pengalaman yang menjadikan kita lebih kuat dan dewasa..tika kita bisa menongkah arus kegagalan yang pastinya pahit utk diterima...
Namun jadilah ia sebagai cabarannya dan dugaan dariNya yang pasti ada kemanisannya di kemudian hari....InsyaAllah..:)


er..er..best ke daun pudina??erkk:)
Take care my dear..& cheer UP:):);)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Cek cubala menyelami bab kenangan Mai, tapi tak berapa nak masuk. Tak tau le, agaknya takut kena putaq kau pi Alor Staq kut. Tapi tak pa, bab daun pudina ni, sejak kecik2 lagi cek dah makan laksa paneh2. Org utara mmg tak leh terima sbb depa ni ketegaq skt, sbb depalah akui depa punya laksa yg terbaik. Bagi kedai restoran Mamak pula, mrk buat sambal pudina + timun (diblend)+ cabei haijau + garam secukup rasa. Sekali skala kalu tak cuba tak tau!

nahmy said...

salam..
klu nak power lg....'reformat' je. hilang yg lama install yg baru.

MaizaC'Joe said...

GB

Daun pudina di buat kerabu pun best.. hehe.. dah mengaku ni ;)

MaizaC'Joe said...

Afida Anuar

Waalaikummussalam

Kak fida senyum sokmo :)

itulah kenangan kan.. beraneka warna.. yg pahit malas ja nak ingat. tapi bila masuk thn baru ni.. bila teringat balik.. eindu pula jdnya..

hehe.. dah mengaku dah.. mkn jd daun pudina walaupun kurang suka..

MaizaC'Joe said...

My lovely sis Tinie

waalaikummussalam..

InsyaAllah.. moga di tahun ini.. semuanya lebih manis.. :)

akak pun xsuka daun pudina ka.. hehe.. sama la kita..

thanks kak!

MaizaC'Joe said...

Tajnur

tak usah la menyelami kenangan ceq tu.. biar tersemat di situ.. bkn semua faham dan boleh menyelaminya.. bercakap dan hanya berkata2 memang mudah.. menyelami tak semua boleh hanya tertentu ja mampu dpt selami..

semua manusia pun ada sikap degil, cuma ada juga yg tak mengaku diri ketegaq.. ada juga yg pandai menegur dan hanya berkata2.. mayb baginya dia dah sempurna dalam segala hal mengawal emosi.. wallahualam..

mana2 negeri pun sure cakap makanan mereka sedap.. ikut la selera masing2.. ya dah rasa daun pudina.. tapi tetap kurang suka.. sbb dari kecil ceq tak di perkenal ngan daun pudina agaknya..

t.kasih singgah sini..

MaizaC'Joe said...

bro nahmy

betul.. betul.. maiza setuju :)