
Assalamualaikum
hampir dua minggu Maiza lenyap buat seketika, berlari ke sana-sini degupan jantung tidak seirama denyutan nadi tidak keruan tubuh bergetar bagai kesejukan sehinggakan menyelinap di segenap urat sendi. Segala puji bagi ALLAH yang mencipta sekalian alam. ALLAH maha mengetahui ALLAH jua mengatur segalanya SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILALLAH ALLAH HUAKBAR!!
Berfikir lagi dalam kesempatan mengikuti irama pendulum kehidupan. Kegembiraan dan kesedihan datang silih berganti. Banyak hal yang tidak pernah dimengerti, tidak pernah di fikirkan, tidak pernah sesekali di bayangkan… Kegembiraan disambut dengan penuh suka cita dan kesedihan selalu disambut dengan air mata.
17 may 10 - melihatkan ayah tidak berdaya, wajahnya pucat susuk tubuh lemah longlai kami berpakat membawa ayah walau apa cara sekalipun MESTI!! walaupun ayah tak mahu. "Ayah kita p KMC (private hospital) na??" ayah "bawalah mana pun"
sampai di sana Ayah terus di bawa ke bilik rawatan. Doktor " kenapa tak bawa datang awal-awal jantung sudah kritikal!! ALLAH HUAKBAR!! hanya itu mampu kami lafazkan. YA ALLAH pnjamkanlah kami sedikit kekuatan moga kami dapat mengharungi jalan-jalan ini YA ALLAH.. ayah terus di kejarkan ke unit rawatan rapi ICU.
" Doktor kami boleh tunggu kat sini??"
"tak payah la, lagipun dalam ICU tak boleh sesiapa pun tunggu, nurse ada akan di pantau 24 hour, jangan risau kalau apa-apa kami akan hubungi terus.. balik rumah rehat.. esok datang"
Langkah emak penuh longlai, langkah adik lelaki seperti kebuntuan, adik perempuan di kuala Lumpur menangis sambil jari-jemari manaip AIRASIA, MAS, FIREFLY, bas semua kehabisan tiket. ALLAH!! sabar dik, sabar tabahkan hati berdoa moga kondisi ayah kembali stabil... tenangkan diri berzikir, pejamkan mata tenangkan diri pesan Maiza pada adik tercinta.
Maiza?? ALLAH saja yang maha mengetahui tika itu, hati, semangat, jatuh merudum berselerakan tidak mampu menangkis apa-apa. dibayangan hanya berpinar satu persatu memori indah bersama.. AYAH, MAK ADIK-ADIK. ALLAH pinjamkanlah aku kekuatan walau hanya sementara kerana aku sedang membina semangat YA ALLAH. Malam itu aku tahu sudah pasti emak tidak dapat melelapkan mata, tak sabar menanti hari siang Bagaimana keadaan ayah?? YA ALLAH percepatkanlah malam ke siang moga aku dapat menggenggam mencium tangan ayah.. Adik menemani mak sepanjang malam.. Maiza di bilik memikir jalan membuka ikatan kebuntuan sambil di temani senashkah AL-QURAN.. berzikir menghadap yang maha esa, moga kecelaruan, kebuntuan dapat di rungkaikan, mohon di kurniakan walau hanya sedikit ketabahan, kekuatan moga keredhaan sentiasa ada....
Langsung tidak dapat melelapkan mata hingga ke siang hari tidak sabar di hati bagaimana ayah?? seusai solat berdoa YA ALLAH kurniakanlah kekuatan ketabahan pada ayah, mak juga adik2ku... "kak, adik on the way dah" terdengar suara seraknya tangisan kecil di tahan.. "ya, hati-hati.. berdoa' apa-apa telefon kak kat masa saja ada ok, jaga diri" "ya kak, ok...."
18 may 10- pagi-pagi lagi dah sampai di KMC melangkah menuju ke ICU degupan jantung tidak dapat di bendung. waktu lawatan jam 12 tengahari... ini masih awal pagi. disebabkan KMC provate hospital mereka mengerti situasi kami "nurse, saya nak tengok ayah sekejap saja" "ya boleh sekejap saja ya cik"... "ya saya faham, terima kasih ya.."
melihat keadaan ayah, hati merudum tapi kami tetap bersabar YA ALLAH kurniakan kekuatan ketabahan pada ayah moga ayah dapat lalui semua ini. Alhamdulillah maiza tetap bersyukur kerana ayah dalam keadaan sedar walau di tubuhnya di penuhi pelbagai wayar. Syukur.. syukur YA ALLAH!!
kami setia menunggu ayah di luar pintu ICU, sekejap pintu terbuka sedikit maiza menyelinap masuk secara perlahan melihat ayah "ooo.. ayah tengah tidur.. Alhamdulillah.. rehatlah ayah" nurse yang berada di kaunter sentiasa tersenyum melihat maiza.. iya la.. pantang saja pintu terbuka dah pasti maiza yg akan menyelinap, mujur tidak di marah!! adik perempuan sampai petang melihat dia melangkah lemah, maiza tahu dia hanya gagah!! kuatkan diri dan semangatmu adik... tenangkan diri....
19-20 may 10 rutin kami seperti biasa berulang ke KMC dari pagi hingga malam mujur tidak di benarkan tidur di sana, kalau tidak dah pasti kami berempat berkampung di sana eh.. eh.. buat macam hospital sendiri pula ya....
21 may 10- ayah menjalani ngogram tujuannya untuk memastikan bahawa apakah rawatan terbaik untuk ayah.. kami berdoa moga di permudahkan.. jam 2.30 tengahari ayah di bawa ke bilik operasi.. di luar kami tak henti2 berdoa moga ayah di beri kekuatan, tenang di permudahkan.. hampir jam 6 ptg operasi selesai, ayah di sorong ke luar. Pintu di buka maiza cepat-cepat hampiri ayah yang separuh sedar " ayah??" maiza memanggil sambil menggenggam tangan ayah " ya.." ayah menyahut, Alhamdulillah ayah dah sedar. Ketika itu kami fikirkan semuanya sudah berjaya, sudah berakhir tiba-tiba " kak, doktor bagitau ayah kena bypas juga" bagai nak tercabut nyawa maiza YA ALLAH bantu kami YA ALLAH!! maiza terus berlari masuk menuju ICU melihat ayah hati tidak tertahan bagai mahu memeluk "ayah..... kuat ayah.. kuat!! YA ALLAH..." cuba menenagkan ayah yang ketika itu masih kurang sedar 100% terasa ingin saja gantikan tempat ayah.. ALLAH!!
tiba-tiba dunia maiza kelam, terdengar jauh sekali suara tak dapat di bayangkan, maiza lantas mengatur langkah bimbang jatuh tersungkur di depan ayah... gagahkan diri melangkah sedangkan mata hampir gelap gulita. tiba di hadapan pintu ICU hati sakit memandang wajah sayu, tangisan mak, adik-adik.. maiza cuba untuk hampiri tiba saja dekat " tolong pegang kak long, rasa nak jatuh!! " sepupu juga anak rakan baik ayah terus memaut maiza, maiza terduduk, tangan menangkup wajah air jernih mutiara tetap di tahan " sabar kak long..." maiza diam berperang dalam diri.. diam membisu buntu memikirkan jalan.
ciba berdiri walau lutut tidak kuat untuk menampung.. "Ya Allah, kenapa dengan aku ini? aku ini seorang anak sulung, kakak kepada adik-adikku, aku tahu akan tanggungjawabku YA ALLAH. Aku ini tidak kuat, tetapi aku sangat ingin berbakti kepada emak dan ayahku, aku ingin sangat membahagiakan mereka aku ingin sangat tersenyum ketawa bersama adik-adikku. Aku ingin menghabiskan sisa-sisa hidupku sebagai anak untuk berkorban demi kebahagiaan emak dan ayahku, aku pohon kepada Mu kekuatan dan kesabaran. Pinjamkanlah sedikit kekuatan untukku. Aku sangat ingin berbakti untuk kedua ibubapaku."
menghampiri sambil memeluk menenangkan mak dan adik-adik, "sabar ada hikmah.. kita berubat ayah sampai ayah sihat InsyaAllah.. ahli keluarga lain tak putus-putus memberi sokongan juga rakan-rakan siber.. t.kasih semua... kondisi ayah terkawal. Ayah akan menjalani (operation di penang) yang akan di lakukan oleh Dato' Doktor Hamzah. Di KMC ayah di rawat oleh Dato' doktor Amin.. T.kasih Alhamdulillah kami ketemukan dua doktor yang sangat prihatin dan mamahami situasi kami.....
Dato' Doktor Hamzah "jantung agak kritikal, saluran hampir tersumbat penuh.. kita berdoa' mudah-mudahan operation akan berjaya.. InsyaAllah.. bertenang..
Sekarang ayah di bawa pulang untuk berehat sebelum operation ke atasnya di lakukan.. mohon ALLAH perkenankan doa' kami moga semuanya berjalan lancar. Isnin.. maiza akan bawa ayah ke KMC untuk rawatan lanjut kemudian khamis akan ke penang untuk ketemu pakar di sana ( Dato' Doktor Hamzah) untuk menentukan tarikh pembedahan... Semoga dapat di percepatkan..
"Doktor saya minta tolong percepatkan"
jangan risau saya akan membantu sedaya mungkin.. jangan risau.. berdoalah!!
T.kasih pada rakan-rakan siber yang sentiasa bertanya khabar melalui blog Sis Tinie, Sis Tirana, Sis Blue, Sis Maiyah, mak lang, jane, sis Alona, penjejak maya, sis Afida, saudara Abd Razak, Saudara Zan x-ray, Saudara Abu Aiman, sis Idalara, saudara Rashid, Sis Ieda dan lain-lain
Juga di YM.. t.kasih atas sokongan dan doa... sis zaijb, Faridrashidi, Ari, mak lang, siti fatimah (cousin) di FB sis tirana, saudara KK, cgu One, cgu Adimuz, Sis Asmidar, sis zaijb, abg Lin, Abg Mem, abg Z... kak zai ali t.kasih semua tak lupa sentiasa menelefon.. mesej maiza memberi kata sokongan... jasa kalian tidak akan di lupakan...
Teristimewa juga untuk kedua adik maiza.. kalau mereka tidak ada.. rebahlah maiza.. mereka sentiasa membantu meringankan tanggungjawab maiza... Terima kasih adik-adikku.... semoga adik-adikku sentiasa dalam redha Allah.. juga kepada emak.. T.kasih mak.. sentiasa kuat dan tabah.. kondisi ayah semakin baik.. cuma sekarang dia kurang selera makan dan kadang-kadang terasa loya.. InsyaAllah mudah-mudahan di permudahkan amen..... maaf kepada rakan-rakan blogger.. maiza tak sempat nak berbalas kunjung.. t.kasih semua...
Terkadang hanya memilih datangnya kegembiraan dan menolak datangnya kesedihan. Padahal kesedihan juga datangnya dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai wujud kasih sayangNya kepada kita. sebab dengan kesedihan Allah berkenan mengampuni dosa-dosa yang pernah lakukan. Sabda Nabi Muhammad SAW yang mengingatkan bahawa…
Tidak seorang muslim menderita kerana kesedihan, kedukaan, kesusahan, kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuh kecuali dengan itu Allah mengampunti dosa-dosanya’ (HR. Bukhari).
Cuba mengerti dan fahami, semua kesedihan akan mudah di hadapi dengan lapang dada. Jika menerima disetiap kesedihan yang hadir pada diri dengan senyuman maka butiran-butiran air mata yang menitis menjadi titik-titik mutiara yang begitu indah. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu WaTa’ala..
‘Janganlah engkau bersikap lemah dan jangan pula engkau bersedih hati. Padahal engkaulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika engkau termasuk orang-orang yang beriman.’ (QS. Ali Imran: 139).
Apa yang perlu di ingat setiap datangnya musibah, ujian, kesedihan dengan senyuman sebab orang-orang yang darjatnya paling tinggi Allah menjanjikan hal-hal yang lebih baik dalam kehidupan sebagai pengganti kesedihan yang sedang alami pada saat ini.YA ALLAH kurniakan kami walau sedikit ketabahan moga dapat kami lalui dugaan serta ujian dengan berlapang dada... amen..