♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Saturday, May 8, 2010

♥♥ Begitu Istimewa ♥♥


" Mak kenapa kak tiba-tiba sakit kan selalu kak sihat... kenapa mak??"

" Tak pa lah.. sabar banyak-banyak " hanya itu sahaja mak ukirkan kata-kata sudah mampu membuat hati begitu tenang. Malam itu diri tak dapat melelapkan mata.. walau sekelumit cuma... Ya Allah kuatkan lah aku menempuh pada hari esok seterusnya.... Bingkas bangun perlahan hanya kekuatan membayangkan wajah mak. Diri tidak menghiraukan lagi sesiapa sahaja di sekeliling memerhati di segenap pelusuk...

"Perlahan ketukan di pintu bilik mak.... mak.. mak...." Ya... malam nie nak tidur dengan mak.. ya.... perlahan rebahkan badan yang tiba-tiba terasa lemah longlai tidak terkata... Hanya Allah yang maha mengetahui ketika itu.. Tiada lain dapat di bayangkan.. wajah Mak, Ayah juga adik-adik bermain di fikiran.... YA ALLAH!!

"Mak.. kak takut esok.." mak memeluk erat sambil mengelap air mata jernih di wajahku yang tidak lagi tertahan, suaraku tidak lagi kedengaran hanya di hati YA ALLAH kurniakanlah ketabahan kekuatan juga kesempatan untukku.

Ingat lagi di minda yang takkan di lupa.. sewaktu di sorong ke medan "peperangan" yang tidak pernah sesekali di fikiran.. Namun apakan daya Allah maha berkuasa. Diri di kelilingi sanak saudara yang tidak henti-henti memberi semangat " Bismilla hitawakkal tu'alallah Lahaulawaquwataillabilla hil'aliyul'azim..... pesan tok pagi yang hening"

Mak menggenggam tangan memberi kekuatan.. melihat kelibat ayah dari jauh membuatkan hatiku runtuh.. "YA ALLAH lindungilah ayah, mak, adik-adikku juga saudaraku... berikanlah kesempatan untukku YA ALLAH" berkali-kali memohon tanpa kenal erti putus asa....

Sepanjang aku di duga.. Hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI... Mak segala-galanya dalam hidupku, Ayah sentiasa memimpin aku.. Adik-adik penguat semangatku... Kini sudah berlalu kenangan yang sudah lama tercipta. Masih berpinar minda.. tak mungkin di lupa hingga ke akhir hayatku.... Ketika aku rebah jatuh tersungkur Ayah memimpin mengendong aku bangun semula.. ketika aku putus harapan tiada kekuatan mak senantiasa memeluk, menggenggam erat..

Situasi ini tidak dapat aku lupakan sampai sekarang kerana ia sangat memberi impak yang sangat bererti bagiku selama aku hidup. KASIH SAYANG, BERSEDERHANA, SHUKUR, dan MENGHARGAI. Itulah hasil paling besar selama aku bersama mak. Ditambah dengan pengajaran-pengajaran lain yang dididik emak secara indirek. Mampukah aku seperti itu apabila aku menjadi ibu nanti ? Pertanyaan itu menyapa dalam benakku. Moga ALLAH memberi kekuatan dalam mendidik akhlak dan sikap anak-anak kelak.


Buat mak…
Walaupun kau selembut-lembutnya tetapi kau tegas.. kau tetap berusaha mendidik anak-anakmu sehingga berjaya dan berakhlak dengan akhlak islami. Mungkin kejayaan anak-anakmu semua ini adalah kasih sayang ALLAH padamu. Kesabaranmu menjaga kami tiada tandingannya. Maafkan kami jika ada salah silap dari kami bertiga. Aku suka dengan didikan mu yang secara tidak langsung itu. Kami menjadi orang yang berfikir sendiri kebaikan dari kata-kata dan perbuatanmu. Itu kelebihanmu. Moga ALLAH mengampuni dosa-dosa mak. Ameen ya rabbal `alamin…

Kisah yang sudah
dalam sepi masih berbunga
dalam balam tetap bernyawa
tidak pernah pupus.
Bahangnya membakar hati yang makin luluh itu,
hingga merah kembali.

Biji tasbih berjalan,
jari merah itu tidak jemu.
Letih sudah mulut menguak,
terus terkumat kalimah “La ila ha illallah” .
Semakin bosan tikar melihatnya,
semakin bertambah gelap dahi.
Kekuatan harus dicari,
kerana dia tahu,
pelurus tulang bengkoknya semakin pergi,
tiada yang menemani.

Kerana hemah terlalu dalam,
sabar akan segala,
ibu setenang jiwa,
Rabb menjadi teman,
dan kami tumbuh dewasa,
dari tangan yang berbeza.

Doa mak menyentuh kalbu
Memberi sahdu dikehidupanku yang haru
Aku malu dan tidak tahu
Betapa pengobananmu penuh luka & biru

Mak maafkan ampunkan salah silap anakmu
Aku berjanji akan membahagiakan
Dengan segenap jiwa ragaku
Untuk satu tujuan hidupku

Mak doakan anakmu
doamu selalu ada dalam denyut nadiku

juga degupan jantungku

Mak, redhailah jalanku
Redhamu memberikan kemudahan dalam hidupku

YA ALLAH, ampuni dosa-dosa ibuku
Orang yang telah melahirkanku
YA ALLAH, masukkanlah ibuku kedalam surgamu
Orang yang telah berjuang untuk hidupku

Hidup ini lengkap dengan hadirmu

SYUKUR YA Allah yang mendatangkan mak menemaniku


Kufikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu

Sukar kutafsirkan tetapi itulah yang berlaku

Kulihat kau amat sederhana

Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku

Kadangkala berjujuran air mata membaca bicaramu

Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu



Hari ini hari mu

Di setiap sesusai solat ku berdoa

Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus

Buatmu ibu yang berhati mulus

moga sentiasa dalam Redha ALLAH

YA ALLAH

Sujudku tidak pernah putus

Yang memberikanku dikau wahai ibu

Selamat hari Ibu

Semoga Allah mencintaimu

Melebihi luas cintaku

Kepadamu wahai Mak

“Allahummaghfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani saghira…amen ya rabbal `alamin”
SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu di dunia
moga di lindungi dan senantiada dalam redha Allah...


MaizaC’Joe

19 comments:

Maiyah said...

huwaaaaa.. makkkkkkkkk hik hik
terkesan le plak bingkisan maiza nih

Abd Razak said...

Salam..

Moga ibu selamat di dunia dan akhirat

penjejak maya said...

salam,

kasihnya ibu membawa ke pintu syurga..

Tirana said...

Selamat hari ibu untuk mak maiza...Untung mak dapat anak macam Mai

MaizaC'Joe said...

Aku Pengail

T.kasih selalu singgah sini ya :)

MaizaC'Joe said...

Sis Maiyah..

hehe.. sedih ka.. huhu.. sorry :) SELAMAT HARI IBU AKAK... moga sentiasa dlm redha ALLAH..

MaizaC'Joe said...

Saudara Abd Razak

mudah-mudahan.. amen.. t.kasih ya..

MaizaC'Joe said...

penjejak maya

W'salam

Kasih ibu tiada tandingan.. t.kasih ya.. :)

MaizaC'Joe said...

Sis Tirana

SELAMAT HARI IBU juga utk akak n emak akak ya.. t.kasih.. moga2 kata2 akak itu sbg doa.. amen..

CITY® said...

salam dik, apa khabar?
semoga sihat ya. lately entahlah
macam2 pulak yg terjadi pada akak
ruang nak berbelog pun dah tak serancak dulu...

akak doakan mak ayah maizac sihat dan bahagia punya anak2 yang baik seperti kamu. amin

semoga mak kamu aku juga sentiasa dirahmati allah swt.. amin

MaizaC'Joe said...

blueCITY®

W'salam akak.. Alhamdulillah.. maiza sihat ja.. napa akak apa yg terjadi?? moga akak kuat tempuhi tiap dugaan ya.. ehmm.. sabar ya.. akak ada YM? add maiza ya... maizatul_hayah@yahoo.com

maiza pun do'akan moga akak sihat, bahagia sentiasa berada dlm redha ALLAH.. Amen.. akak pun anak yg bertanggungjwb.. maiza tahu..

T.kasih akak.. mudah-mudahan.. mak kita semua sentiasa di rahmati ALLAH SWT amen... tenang2 ya akak..

sahromnasrudin said...

entri yg sgt panjang tp berbekas jika diamati bersungguh-sungguh

ieda said...

bersyukur kerana kita dilahirkan , dibesarkan , dididik oleh insan bernama MAK .. kerana masih ramai diluar sana yg tiada MAK disisi meraka ..

SYUKURRR alhamdulillah :)

MaizaC'Joe said...

sahromnasrudin

panjang sangat ka.. ishhh.. tak ada lah... berbekas ya.. t.kasih...

MaizaC'Joe said...

My lovely sis ieda

iya betul tue akak.. Alhamdulillah kerna emak masih lagi ada di sisi.. t.kasih ya akak....:)

Rashid said...

salam

sayu je bila bacanya maiza. Begitulah bila hati berkata-kata.. ia lahir penuh keikhlasan ..

mak.. getar je bila menyebut nama dan terkenangkan jasanya..

zan xray said...

salam maiza..
beruntung orang yang masih mempunyai ibu.Moga ibu maiza dipanjangkan umur dan sihat walafiat

Terasa kelainannya bila ibu kandung sudah tiada disisi.

MaizaC'Joe said...

Rashid

W'salam..

emm.. lahir dari hati.. bergetar tubuh badan.. rindu sangat kan.. tambah2 klu berjauhan.. alahai lg la xtahan rindu.. Alhamdulillah mak masih sentiasa di sisi...

MaizaC'Joe said...

zan-xray

W'salam.. aah.. itulah kan.. selagi mak masih ada hargai dia.. t.kasih atas doa ya...