
" Tak pa lah.. sabar banyak-banyak " hanya itu sahaja mak ukirkan kata-kata sudah mampu membuat hati begitu tenang. Malam itu diri tak dapat melelapkan mata.. walau sekelumit cuma... Ya Allah kuatkan lah aku menempuh pada hari esok seterusnya.... Bingkas bangun perlahan hanya kekuatan membayangkan wajah mak. Diri tidak menghiraukan lagi sesiapa sahaja di sekeliling memerhati di segenap pelusuk...
Situasi ini tidak dapat aku lupakan sampai sekarang kerana ia sangat memberi impak yang sangat bererti bagiku selama aku hidup. KASIH SAYANG, BERSEDERHANA, SHUKUR, dan MENGHARGAI. Itulah hasil paling besar selama aku bersama mak. Ditambah dengan pengajaran-pengajaran lain yang dididik emak secara indirek. Mampukah aku seperti itu apabila aku menjadi ibu nanti ? Pertanyaan itu menyapa dalam benakku. Moga ALLAH memberi kekuatan dalam mendidik akhlak dan sikap anak-anak kelak.
Buat mak…
Walaupun kau selembut-lembutnya tetapi kau tegas.. kau tetap berusaha mendidik anak-anakmu sehingga berjaya dan berakhlak dengan akhlak islami. Mungkin kejayaan anak-anakmu semua ini adalah kasih sayang ALLAH padamu. Kesabaranmu menjaga kami tiada tandingannya. Maafkan kami jika ada salah silap dari kami bertiga. Aku suka dengan didikan mu yang secara tidak langsung itu. Kami menjadi orang yang berfikir sendiri kebaikan dari kata-kata dan perbuatanmu. Itu kelebihanmu. Moga ALLAH mengampuni dosa-dosa mak. Ameen ya rabbal `alamin…
Kisah yang sudah
dalam sepi masih berbunga
dalam balam tetap bernyawa
tidak pernah pupus.
Bahangnya membakar hati yang makin luluh itu,
hingga merah kembali.
Biji tasbih berjalan,
jari merah itu tidak jemu.
Letih sudah mulut menguak,
terus terkumat kalimah “La ila ha illallah” .
Semakin bosan tikar melihatnya,
semakin bertambah gelap dahi.
Kekuatan harus dicari,
kerana dia tahu,
pelurus tulang bengkoknya semakin pergi,
tiada yang menemani.
Kerana hemah terlalu dalam,
sabar akan segala,
ibu setenang jiwa,
Rabb menjadi teman,
dan kami tumbuh dewasa,
dari tangan yang berbeza.
Doa mak menyentuh kalbu
Memberi sahdu dikehidupanku yang haru
Aku malu dan tidak tahu
Betapa pengobananmu penuh luka & biru
Mak maafkan ampunkan salah silap anakmu
Aku berjanji akan membahagiakan
Dengan segenap jiwa ragaku
Untuk satu tujuan hidupku
Mak doakan anakmu
doamu selalu ada dalam denyut nadiku
juga degupan jantungku
Mak, redhailah jalanku
Redhamu memberikan kemudahan dalam hidupku
YA ALLAH, ampuni dosa-dosa ibuku
Orang yang telah melahirkanku
YA ALLAH, masukkanlah ibuku kedalam surgamu
Orang yang telah berjuang untuk hidupku
Hidup ini lengkap dengan hadirmu
SYUKUR YA Allah yang mendatangkan mak menemaniku
Kufikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu
Sukar kutafsirkan tetapi itulah yang berlaku
Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku
Kadangkala berjujuran air mata membaca bicaramu
Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu
Hari ini hari mu
Di setiap sesusai solat ku berdoa
Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus
Buatmu ibu yang berhati mulus
moga sentiasa dalam Redha ALLAH
YA ALLAH
Sujudku tidak pernah putus
Yang memberikanku dikau wahai ibu
Semoga Allah mencintaimu
Melebihi luas cintaku
Kepadamu wahai Mak






19 comments:
huwaaaaa.. makkkkkkkkk hik hik
terkesan le plak bingkisan maiza nih
Salam..
Moga ibu selamat di dunia dan akhirat
salam,
kasihnya ibu membawa ke pintu syurga..
Selamat hari ibu untuk mak maiza...Untung mak dapat anak macam Mai
Aku Pengail
T.kasih selalu singgah sini ya :)
Sis Maiyah..
hehe.. sedih ka.. huhu.. sorry :) SELAMAT HARI IBU AKAK... moga sentiasa dlm redha ALLAH..
Saudara Abd Razak
mudah-mudahan.. amen.. t.kasih ya..
penjejak maya
W'salam
Kasih ibu tiada tandingan.. t.kasih ya.. :)
Sis Tirana
SELAMAT HARI IBU juga utk akak n emak akak ya.. t.kasih.. moga2 kata2 akak itu sbg doa.. amen..
salam dik, apa khabar?
semoga sihat ya. lately entahlah
macam2 pulak yg terjadi pada akak
ruang nak berbelog pun dah tak serancak dulu...
akak doakan mak ayah maizac sihat dan bahagia punya anak2 yang baik seperti kamu. amin
semoga mak kamu aku juga sentiasa dirahmati allah swt.. amin
blueCITY®
W'salam akak.. Alhamdulillah.. maiza sihat ja.. napa akak apa yg terjadi?? moga akak kuat tempuhi tiap dugaan ya.. ehmm.. sabar ya.. akak ada YM? add maiza ya... maizatul_hayah@yahoo.com
maiza pun do'akan moga akak sihat, bahagia sentiasa berada dlm redha ALLAH.. Amen.. akak pun anak yg bertanggungjwb.. maiza tahu..
T.kasih akak.. mudah-mudahan.. mak kita semua sentiasa di rahmati ALLAH SWT amen... tenang2 ya akak..
entri yg sgt panjang tp berbekas jika diamati bersungguh-sungguh
bersyukur kerana kita dilahirkan , dibesarkan , dididik oleh insan bernama MAK .. kerana masih ramai diluar sana yg tiada MAK disisi meraka ..
SYUKURRR alhamdulillah :)
sahromnasrudin
panjang sangat ka.. ishhh.. tak ada lah... berbekas ya.. t.kasih...
My lovely sis ieda
iya betul tue akak.. Alhamdulillah kerna emak masih lagi ada di sisi.. t.kasih ya akak....:)
salam
sayu je bila bacanya maiza. Begitulah bila hati berkata-kata.. ia lahir penuh keikhlasan ..
mak.. getar je bila menyebut nama dan terkenangkan jasanya..
salam maiza..
beruntung orang yang masih mempunyai ibu.Moga ibu maiza dipanjangkan umur dan sihat walafiat
Terasa kelainannya bila ibu kandung sudah tiada disisi.
Rashid
W'salam..
emm.. lahir dari hati.. bergetar tubuh badan.. rindu sangat kan.. tambah2 klu berjauhan.. alahai lg la xtahan rindu.. Alhamdulillah mak masih sentiasa di sisi...
zan-xray
W'salam.. aah.. itulah kan.. selagi mak masih ada hargai dia.. t.kasih atas doa ya...
Post a Comment