Assalamualaikum! 

Jika kesedihan sudah berlalu seiring waktu, maka mulai sedarkan diri. Mulai menguasai diri, mekarkan walau sedikit senyuman dan tidak terlalu larut dalam kedukaan. Demikian pula pada orang yang kehilangan orang yang dicintai kerana berpisah akan selalu dihinggapi rasa marah, benci, dendam, kesal. Namun berjalan secara perlahan, sikap seseorang dalam menghadapi kedukaan akan berubah menjadi tenang. Jadi, kuatkanlah iman! Banyak kebaikan yang Allah berikan dalam hidup kita sekalipun hal itu telah membuat hati kita terasa perih, terluka dan kita tidak suka.
Walau apa sekalipun, jauh di sudut hati langsung tiada dendam dalam hati...!! 
'Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu,
padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak'
(QS. al-Baqarah : 216).
p/s saja-saja sapu sawang kat sini.. iskk makin malas ja jari ni nak menari ligat macam dulu.. padahal rumah ni tak la lama sangat!! 








18 comments:
Ya Allah... jika ini jalan yang harus kami tujui...kami akan jalaninya...bersama dengan keredhan Mu..... luka pasti sembuh...parutnya semoga tidak byk terkesan... :-)
apala kita?? hanya insan kerdil...yg serba kekurangan. berserah pd-Nya dan yakinlah atas apa jua...insyaAllah
Salam mai..ceria2 selalu ya...
InsyaAllah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
mak cakap .. x baik berdendam ..
biar org buat kita , jgn kita buat org :)
setiap perbuatan ada balasannya :)
Salam Maiza
pasti ada sesuatu tersembunyi di sebalik kata-kata awak menaham segala.. di sebalik senyuman manis awak, di sebalik mata awak sukar untuk di tafsirkan.. semoga awak terus tabah Maiza!!
saya bangga dengan awak!!
assalamualaikum...
moga saudari sihat hendaknya...
Singkapi segala sesuatu secara emosional apalagi dalam kendali hawa nafsu. Hadapi segala sesuatu
dengan ceria, sehingga jiwa damai dan wajah selalu menampakkan aura kebahagiaan. Jadilah orang-orang yang
redha dan sabar.
salam ziarah..hanya kepada Allah kita berserah..hanya kepadanya kita berdoa...
Maiza.....
ko tue... selalu sangat bersabar!! diam ja.. apa org buat ko diam.. patutnya ko kena bg penumbuk orang mcm tu!
Ari
Ya Allah!!
sesungguhnya Engkau maha tahu apa yang tersembunyi di sebaliknya.. Moga Jalan-jalan ini di lalui terus menuju tanpa menoleh kembali apa terjadi.. bimbinglah kami!! tetapkanlah kami di situ.... InsyaAllah Amen Ya Robb!!:-)
Saudara Nahmy
ya betul.. sesungguhnya ada sesuatu terbaik yg telah di aturkan untuk kita kann... InsyaAllah
T.Kasih :-)
Kak Afida
W'salam
InsyaAllah pasti ada hikmah..
ceria2 selalu juga utk akak...
Akak Eida
hehe... betul2..
biarlah apa orang nak buat pun.. kita diam ja.. tahan ja.. huhu :-)
Sahabat Maya
W'salam
hehe.. tersurat dan tersirat ya.. InsyaAllah... T.kasih!!
Saudara Abd Razak
waalaikummussalam..
moga saudara juga sihat hendaknya
T.kasih atas peringatan itu.. sesungguhnya apa yg berlaku pasti ada sesuatu yg kadang kala kita sendiri tak tahu.. hanya DIA yg maha mengetahui... Alhamdulillah
sahromnasrudin
Sesungguhnya DIA maha mengetahui kan.. :-)
T.kasih......
Zarith
ok set Zarith!! nanti kita g belasah ja.. hehehe.. garang jg ko ya... baru tau...
Assalamualaikum wbt
Bawa byk2 bersabar! Allah SWT mengajarkan kita erti kegembiraan dan kesedihan, kenalah kita tahu macamana nak mengawal emosi kita. Apa yg kita lakukan, semuanya krn Allah SWT. Surah AnNajmi:43 وَأَنَّهُ ۥ هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَىٰ Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis.
Post a Comment