Assalamualaikum
Jam menunjukkan hampir 3 pagi. Entah kenapa tidak dapat melelapkan mata bahkan juga sepatutnya perlu merehat serta menenangkan diri di kala hujung minggu ini. Akhir-akhir ini.. mungkin juga sudah hampir di penghujung tahun fikiran juga hati begitu sukar di ramal. Kadang kala ketenangan di himpit dengan kecelaruan yang sepatutnya tidak wujud di sisi.. Ah! apalah sangat.... Alhamdulillah di sinilah tempat untuk diri ini meluah rasa. Sebenarnya diri ini seorang yang sukar meluah secara direct lebih mudah berbicara di sini.. maaf ya!!
Sebenarnya...
Dalam meniti kehidupan dan impian nyata Ku ingin sekali memiliki sesuatu yang sempurna, tanganku menggenggam sesuatu yang kecil tapi cukup bermakna walaupun tidak mampu meraih segala yang ada di hadapan mata, Tapi ku tetap yakin jiwa yang ada dalam tubuh dapat merangkul kesemuanya, Dan aku yakin mampu menggapai semua cita-cita harapan juga keinginan -sekalipun itu semua melayang lepas ataupun tergantung di hujung langit tertinggi, aku cuba untuk terus meraih....
Jiwaku tetap meruntun untuk jujur berbicara, sekalipun terasa berat, aku tetap berusaha. Mencuba dan terus mencuba...
Aku hanyalah insan biasa, Sesekali aku menyesali tetapi aku terus mencuba untuk tidak melihat masa silam , biarlah itu semua menjadi warna kehidupanku yang mana setiap arah langkahku.
Aku terus cuba menegakkan tubuhku ini, walau pedih perih terasa sesak dalam misteri. Aku terus cuba mengangkat kembali karung-karung bernama harapan, aku tetap terjatuh, Aku cuba untuk terus bangkit kembali, Aku terjatuh dan aku terjatuh…… Entah berapa kali aku terjatuh, aku tak dapat menghitungnya, Ya Allah....
Namun, aku masih tetap bertahan.. kerana hidup tidaklah untuk mengeluh, tidak perlu banyak persoalan dan mengaduh. Hidup adalah perjuangan, menyelinap pada setiap rahsia langit dan bumi, serta mencipta dan mengukir kehidupan adalah tujuan akhirku. Aku dapat merasakan getaran-getaran aneh ketika aku sedih, dan debaran ketika aku bahagia, bagiku keduanya adalah sama. Ya.. benar-benar sama!
Bagiku setiap tawa yang lahir adalah kesedihan yang terbuka dari penyamarannya dan tangisan adalah kebahagiaan yang tertunda di hari kedatangannya. InsyaAllah.....
Dan ku yakin masih ada hari esok bersama Pelangi yang indah. Aku terus berusaha dan berdoa tidak putus-putus, Aku serahkan tubuh dan jiwaku sepenuhnya untuk-Mu Ya Allah, Lindungi dan dekatkanlah aku, keluargaku juga sahabat-sahabatku pada-Mu. Rangkullah, pimpinlah dengan cahaya petunjuk-Mu, Dan ketika melihatnya, terus aku menyusun langkah berlari Mengejarnya!
Amen Ya Robb!!
Of all the things I still remember..
Summer's never looked the same..
The years go by and time just seems to fly..
But the memories remain...







12 comments:
salam. ride-on dik! life goes on...hidup adalah amanah yg perlu terus diperjuangkan. cuma yg tak syok lately ialah service broadband celcom yg semakin 'mengarut' tahap cipan belang ni..
salam dikk
toksah lah susah ati dikk
yg x leh diramal tuu kita tinggalkan jauh2 ..
Assalamualaikum...
Moga sdri sihat hendaknya..
Tak payah usah hati, yakin pada Allah akan mengisi segala serba kekurangan dan keresahan kita...
Meluah segala rasa yang terpendam dalam jiwa di pagi hari... mai moga tabah selalu..
PS: Nahmy di entry saya pun komen pasal broadbandnya..hehe
Sebelum terlambat/terlupa...
selamat ulang tahun hari lahir mai...
Akak doakan moga mai bahagia2 selalu di samping yang tersayang. Moga segala kebaikan dan kejayaan mengiringimu di dunia dan akhirat..insyaAllah..
Assalamualaikum wbt
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Mai, disamping keluarga tersayang. Harap2 betui la nowh, kwn cek diataih yg habaq! Apa? Sampai pukui 3 pun, susah nak tidoq? Bai mai (bkn Maiza) sini bantal, sure dah tentu lena berkeruh sakan. InsyaAllah, kalu kita selalu berpeluh bersenam, jgn tidoq siang hari, jgn dok byk pikiaq perkara2 yg serabut dan mohon keEsaan Allah ketenangan hidup kita, tentu ada sakinahnya.... Wallahualam
Saudara Nahmy
W'salam
hidup adalah satu perjuangan.. t.kasih.. broadband.. memang geram ramai ja yg sakit hati siap ada nak buat sup lg.. hehe
Sis Eida
tak ada la ramal.. sesekali ja.. hehe thanks kak!
Saudara Abd Razak
Allah maha mengetahui akan segalanya.. sembunyi macam mana pun DIA tahu.. InsyaAllah mudah-mudahan tetap di situ..
T.kasih
Kak Afida
hehe... ntah la tak boleh tdo lak.. kacau sungguh.. Tapi siang hari sibuk malam dah letih jadi tdo pun cepat la..
itu lah kan.. dia geram dng broadband la tu.. Alhamdulillah line kat sini wlupun slow tp boleh laaa...
Sis Afida
T.kasih atas doa kak.. Alhamdulillah meningkatnya umur lebih mendewasakan kita.. bukannya tua.. hehe... InsyaAllah.. Amen.. Amen..
tajnur
T.kasih.. betul la tu.. cuma maiza lambat post n3 pasal birthday.. hehe.. busy sikit.. kadang kala susah tidur.. entah la tiba-tiba ja.. betul2 seeloknya sebelum tdo mohon ketenangan hati.. letak kepala atas bantal.. buang semua ingatan lampau hehe... t.kasih ya!
Post a Comment