♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Sunday, May 15, 2011

♥♥ Mengadu ♥♥


Tadi rasa tak tenang.. rasa nak marah kat orang ja.. kalau online mesti mood tak bagus.. rasanya lagi tenang di sini.. so, invisible diam rasa lebih menenangkan.. tak mau la sebab hal sikit buat hati bertambah sakit? kan tak pasal orang lain pula kena marah.. ishh tak patut.. tenangkan hati fikir yang baik-baik pada semua orang. Bila fikir negative itu yang berserabut tu.. ambil pendekatan lupakan semua.. biar la.. jangan fikir tak elok la..

Allah... istifar banyak-banyak.. dekatkan diri padanya InsyaAllah.. 
sambil berkali-kali berkata dalam hati "Allah sentiasa bersama dan tidak pernah mengecewakan selama-lamanya" Allah tahu.. Allah tahu.. sambil memujuk hati...

Alhamdulillah makin ok.. rupa-rupanya.. bila kita invisible.. tenangkan hati baik-baik.. semuanya dapat di kawal.. berlapang dada...

dan tak dapat di lupakan.. yang membuat hati bertambah tenang bila terbaca akan ini..

‎"Wahai sahabat apakah rahsia yang menyebabkan Rasulullah s.a.w menyebut nama mu 
sebagai ahli syurga?"


Maka sahabat tersebut menjawab,
“Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur’.


dan ini.....

Sesiapa yang mengucap kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADURRASULULLAH beberapa kali, maka diampunkanlah segala dosanya biarpun persis buih dilautan [dosa kecil].

Alhamdulillah...... tenang rasa.. 

8 comments:

nahmy said...

gitule kita... resah di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan. Dia sentiasa menyediakan jawapan. rapat pd-Nya dan insyaAllah segala jwp pasti jumpa...wallahualam.

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear:)

Kdg2 diam itu indah..
Mengadu padaNya ..memohon padaNya..mendekatiNya..pasti ketenangan itu bisa mendatang..:)InsyaAllah..

SMILEEEEEEE!!!!!!

Afida Anuar said...

Alhamdulillah...

moga tenang2 selalu mai..jangan marah2 lagi eh;)

Kamsiah said...

salam
begitulah resam hidup ...adakala gundah,ada ketika resah..ada masanya gembira,ceria....walau apa pun keadaan yg di hadapi..sentiasa ingat padaNYA...

DrSam said...

Assalamualaikum.

Memaafkan seseorang bunyinya 'simple' tapi memang sukar untuk dilakukan mungkin dek kerana hati yang belum dicuci dengan rasa keimanan yang teguh. Saya sendiri bergelut dan bertarung dengan bisikan dan kongkongan gelora amarah yang kekadang membuat kita hanyut. Masih jauh....


p/s: kalau tidak keberatan, projek blogger masih boleh disertai. sila hantar email beserta alamat. TQ

Rashid said...

Bila hati resah marah .. selalu juga saya pejamkan mata pelan-pelan .. tarik dan hembus nafas .. sambil hati terus berbicara melembutkan perasaan ..

kata-kata sahabat itu sungguh indah sekali.. memaafkan orang. Walau kadang tu agak sukar tapi itulah yg sebenarnya terbaik. Utk diri dan orang lain ..

sal said...

terimakasih atas info..
hati tenang membaca tazkirah di pagi ini..alhamdulillah..

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Warna kehidupan kita bermacam, kadang baik, kadang berkocak, kadang bergelora. Hendaknya jangan sampai ke tahap tsunami. Pun begitu atasilah yang berkocak dan bergelora itu dengan penuh khemah...