Assalamualaikum,
moga semua sihat dan sentiasa berada dalam redha Allah..
Mei bulan yang penuh dengan kasih sayang. Ini kerana bulan ini setiap tahun adanya sambutan Hari Ibu iaitu Insan yang begitu bermakna dalam hidup kita. Hidup ini di kelilingi oleh aneka warna.. penuh "Getaran Kasih Sayang" Alhamdulillah beruntungnya kita punyai Ibu Bapa, adik beradik juga sahabat akrab yang sentiasa di sisi. Untuk entri kali ini, ingin sekali berbicara akan "Cinta dan Kasih Sayang" sesama kita..
Pernahkah menatap orang-orang terdekat ketika saat dia sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali untuk menatap wajah mereka saat mereka sedang tidur.
Saat itu, yang nampak adalah ekspresi paling suci dan paling jujur dari seseorang.
Perhatikanlah ayah Mak ketika sedang tidur.
Sedarilah, badannya yang dulu tegap dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah.
Lihatlah wajah mereka
kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh
kini kasar kerana tempaan hidup yang sukar.
Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu :
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya....
Rasakanlah kuasa cinta yang mengalir perlahan disaat menatap wajah bersih yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang tertutup oleh silap faham yang kecil
Entah kenapa selalu sahaja nampak besar.
Secara ajaibnya, Allah mengatur agar pengorbanan itu
agar boleh dilihat melalui wajah-wajah jujur mereka semasa sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata :
“betapa lelahnya aku hari ini”.
Dan penyebab lelah itu?
Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tak lain adalah kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan yang muncul jika mengingati itu semua.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tak lagi membuka matanya selamanya .
Selagi di berikan peluang... jantung berdegup, nadi berdetik... Hargailah yang di sekeliling kita. Lupakan kisah lalu yang membuat hati sakit, hiba... mekarkanlah kerinduan di hati.. kuntuman senyuman di bibir.. pusingkan kenangan lalu ingatlah.... jangan kita berjauhan, menjauh diri, diam membisu..
Alangkah indah.. semua hal kita titipkan indah belaka.. cukup indah hidup ini








6 comments:
Cik Maiza
T.kasih... tersentuh hati ni
hehe.. Cik Maiza....
En.Daniel tu kan.. tersentuh hati betul ka.... nak ngorat lah tu...
PS: saya balik kg nanti nak cari peluang tengok muka mak abah time tido.. jng depa terkejut lak.. takut nanti depa kt saya buang tabiat.. huhu...
t.kasih.. saya suka singgah sini..
oi... oii.. Mia.. nampak sangat ko tu jeles.. apa salahnya ngorat dr PutraJaya ni.. nak tunggu depan office jauh... kat sini kira ok!
that's when I'll stop loving you
PS: hehe
bergetar jiwa saya kak..tssskkk...
Mai, selalu...selalu buat tu time balik kampung. Sambil-sambil picit kaki mak...sampai dia tertidur...time tu la biasa renung wajah tua dia..
Ayah pun kadang-kadang... kalau tertidur di luar bilik time tengok tv tu, mesti curi2 tengok wajah ayah time tidur...
kadang-kadang tumpah air mata tanpa sedar..ah, tulis komen ni pun air mata tumpah jugak!... hu hu
ala...entri sedih....
Post a Comment