♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Friday, August 13, 2010

♥♥ Keindahan tercipta ♥♥


Assalamualaikum.. Salam Pagi Jumaat Semua..

♥♥ Jalan yang di lalui, memang bukan mudah. Ada duri, Ada ranjau, Ada luka. Namun, masih ada indahnya.. Pada harum bunga, Pada hangat mentari, Pada ribuan warna yang penuh pesona. ♥♥

Sudah 3 Ramadhan begitu pantas masa berlalu Alhamdulillah masih terus di beri peluang menikmati keindahan ciptaannya. Nyaman sekali udara di pagi hari, bersahur bersama keluarga tercinta walaupun anak tekak masih kurang mampu menerima makanan yang terhidang cukuplah beberapa suap nasi sudah mampu mengalas perut. Seusai solat subuh sudah mampu bertadarus syukur Alahamdulillah jika tidak langsung tidak dapat mengangkat tangan sekali pun, lutut seolah tidak mampu bertahan untuk berdiri, segala sendi terasa entahlah bagaimana mahu di bayangkan, kepala pula terasa sakit di keseluruhan yang amat sangat. Entah kenapa Ramadhan kali ini di sambut kondisi diri yang sangat teruk. Mungkin juga terlalu "manjakan" sakit emm.. agaknya juga. Sakit adalah satu nikmat tapi hati begitu teringin untuk berterawih di surau apakan daya sakit ini telah menyebabkan diri terpaksa melupakan sementara hasrat hati.

Sungguh!! belum pergi terawih lagi.. sayang.. sayang sekali... 1 Ramadhan berterawih sendirian di ruangan kamar kesayangan hanya mampu " buat 8 " tiada nikmat kepuasan tak seperti tahun lalu tidak dapat di bayangkan betapa seronoknya. Hari ini, di saat ini, pagi jumaat yang mulia dan indah ini terasa sudah begitu sihat... Alhamdulillah InsyaAllah dapatlah pergi berterawih..

Ramadhan tahun lalu gembira, seronoknya tidak dapat di bayangkan. Berterawih ke surau di belakang rumah, menyusuri jalan bersama ayah, mak juga adik.. seronok sangat seronok. Rumah terang benderang dengan lampu neon beraneka warna. Sebelum Ramadhan lagi ayah dah siap sediakan segalanya. kata ayah " tiap-tiap malam buka lampu, senang orang nak lalu ke surau " sekarang, lampu yang sudah lama di pasang kebanyakkannya sudah tidak bercahaya makin tidak terang namun lampu yang lainnya cuba untuk berfungsi memberi cahaya walaupun kurang terang tapi orang-orang tetap dapat lalui jalan untuk ke surau Alhamdulillah...

ah.. sudah Maiza jangan bermadah keterlaluan, senang cerita Alhamdulillah sudah makin sihat bertambah sihat. Rasanya sudah 3 minggu kondisi badan ini tidak stabil, sekejap demam, sekejap kebah.. demam kembali kebah pula.. ahh.. pening-pening. Pergi jumpa doktor saja kena marah asyik kena marah ja.

Doktor " U ni tak dengar cakap, U kena rehat (BP) U terlalu rendah bahaya!!

huhuhu.. kena marah lagi....
Maiza " Doktor, saya nak share seperkara.. saya hairan bila saya fikir, ayah sebelum sakit dulu hari-hari kerja, hari minggu ke kebun, dusun menebas sana sini kuat betul ok ja. Ini saya baru lagi memikul tugas kepala keluarga (bukan ketua keluarga ya.. hehe) sudah jadi semacam ini apa hal ini.. hairan saya.....
" U kena rehat......... "

bestnya cuaca pagi ini, terasa nak kemas rumah, kemas bilik.. almari yang lama tida di pedulikan terasa nak jongging pun ada.. ehh... ada ka orang jongging bulan puasa ni.. nanti orang ingat budak ini apa hal.. eh.. tak pelik kan.. kalau malas kemas rumah pergi jongging ja la.. kemas rumah lebih bagus..

emm.. menu apa petang ni ya.. hehehe... awal lagi Maiza.. Maiza....

p/s jaga kesihatan ya.. jangan jadi macam Maiza.. degil yang amat..
ketegaq kata mak dengan ayah ^L^

11 comments:

CITY® said...

salam,

alhamdulillah, seronok baca dan terasa jeles jer, huhu..
akak mana ada ke surau besama2 mak ayah dan adik2. akak di rantau org hanya sendirian, balik kpg pun g surau sorang2 gak, mak ayah dah tak larat, terawih dirumah sahaja.

semoga maisaz sentiasa bahagia dan sihat dan diberkati Allah swt selalu. amin

zainari said...

Salam

Salam Ramadhan cik Maiza...!!

saya pun seronok dan suka baca kat sini.. nukilan cik maiza sentiasa buat saya berfikir tentang real life nie kan... moga2 lampu neon itu sentiasa menerangi dan menerangi walaupun kurang bercahaya tapi masih mampu memberi cahaya.. Alhamdulillah saya suka singgah sini. Kadang kala masa terlalu cemburu untuk saya komen di sini.. moga cik maiza dan keluarga sihat selalu... selalu senyum k....

Maiyah said...

slm ramadhan maiza.. tgh tnggu buka, singgah sini.. kita buka ngan ikan goreng jek heheh

zan xray said...

seronokkan maiza kalau dapat bersama2 keluarga berbuka, berteraweh dan bersahor..
semakin dewasa semakin perbezaan tu semakin ketara.
Bersyukur dengan apa yg ada

Adimuz said...

SAlam..

Insyaallah...Dia mendengar setiap permintaan kita. Apapun, berusahalah untuk mengembalikan kesihatan seperti selalu. Saya turut mendoakan kesejahteraan Maiza sekeluarga. Amin.

Afida Anuar said...

Salam mai..ya Allah...kurang rehat ni mai..pasai tu BP rendah...

rehat la mai..nanti kalau mai sakit...susah hati orang tua mai...
moga cepat2 sihat ya..

insyaAllah...masih ada kesempatan untuk buat terawih tu di masjid/surau..

Rashid said...

salam

Maiza, biasalah tu kan. Hari-hari pertama bulan puasa. Ada bezanya ngan hari-hari biasa. Nak sesuai katakan..

Iya kan. saya selalu juga fikir gitu. Sungguh beza orang lama ngan kita sekarang ini. Orang lama-lama kerja penat juga. Minum air perigi je tapi badan okey. Kita sekarang ni.. cepat letihnya. Rasanya kot pencemaran makanan tanpa kita sedari.. kan segala-galanya puncanya adalah sumber makanan.

maiza, jaga diri dan kesihatan k..
ambik masa berehat. Tenangkan diri..

Haris KSU said...

Selamat menjalani ibadah puasa Maiza

Ingat saya lagi?.. kita pernah kenal dulu.. Apa khabar.. macam mana saya nak hubungi Maiza banyak kisah dan cerita mahu saya sampaikan.

Saya faham apa yang Maiza alami. kalau saya di tempat Maiza belum tentu saya setabah dan sekuat Maiza.. Maiza begitu istimewa, walaupun sudah begitu lama tinggalkan kami semua namun nama Maiza sentiasa di bualkan..

Jaga kesihatan Maiza, saya tahu Maiza sangat memikirkan keluarga, mementingkan orang tapi jangan lupa diri perlu masa juga....

take care

Pn Kartini said...

salam dear:)

jaga kesihatan yaa...
Masa utk manja2kan diri pun perlu ada..jgn asyik fikirkan soal kerja jek k..:):)Pe2 moga Maiza sihat di sana..:):)

ieda said...

dik jaga kesihatan mu , puasa adalah ibadat , tapi jgn memaksa kalau x larat .. boleh diganti bila kita dah mampu ..

bershur ramai2 nieh memang best sgt2 .. kalau ada masa memang x akan dilepaskan peluang itu ..

penjejak maya said...

salam,

dengar la kata doktor tu sebab nasihat saya dengan doktor tu sama je hehe..

dan selamat berpuasa jua moga ramadhan kali ini dapat meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada-Nya..