
Assalamualaikum... ada satu kisah benar!!
Pada suatu hari beberapa bulan yang lalu ada seorang budak perempuan mahu lakukan injakan paradigma. Dia mahukan langkah menuju di teruskan, dia mahukan menapak ke satu tangga lagi terus menapak dan bertapak. Bukannya dia seorang yang tamak tapi kalau boleh dia mahu menjadi seorang yang lebih berjaya. Kebetulan tempat kerjanya ada menawarkan peluang untuk melangkah setapak lagi, jadi tanpa membuang masa dia dan juga kedua rakannya membuat permohonan. Peluang u all cerah!! kata seorang lelaki itu......... jadi kami dengan senang hati tak sabar menunggu tibanya masa itu. Menanti dan terus menanti dengan penuh harapan bahawa " ya saya nak menapak ke satu tangga lagi!! emm.. itulah tekad budak perempuan itu.....
Hari ini selepas lunch budak perempuan bersama rakannya berhorey di luar maklum la lepas makan, tengok itu ini untuk persiapan raya.. tapi tak beli pun.. masuk saja ke pejabat belum panas lagi kerusi yang di duduki itu tiba-tiba......
"Mas dapat interview" kata seorang rakan baik budak perempuan itu..
"ya ka.. wahh seronoknya.. " sambil memaling muka mencari kelibat rakannya itu.. kerana mahu menucapkan TAHNIAH!!
" yang kita apply tue " kata rakan baik....
"hah!! kita...?? tak ada ka???"
aduh berkecai harapan.. kenapa tak terpilih, budak perempuan itu sangat-sangat mahukan jawatan itu.. KENAPA?? KENAPA?? KENAPAAAA???
budak perempuan itu terus menyoal tanpa titik noktah.. kenapa mereka tidak utamakan kita yang sudah lama berkhidmat di sini?? terus tiada mode lagi.... harapan punah sama sekali
Terus menuju ke tandas, mengambil wuduk untuk menunaikan solat.. menenangkan diri.. fikiran yang berkecamuk lagi hancur... dan sudah tidak tahu nak berfikir lagi...
Seusai solat, budak itu menadah tangan memohon pada yang maha esa
" YA ALLAH murahkan rezeki untuk ku, ku mohon moga esok berlaku keajaiban!! " tanpa di sangka menitis juga air mata...
emm.... mana tahu dapat panggilan temuduga ka... huhuhuhu
Selepas mendapat tahu berita yang menghancur luluhkan itu, budak itu tiada mood untuk teruskan tugasan yang semakin menimbun, mujur lagi report yang penting telah di siapkan awal-awal lagi, kalau tak?? pasti report itu terbiar sementara di tepi meja...
" kenapa lambat sangat nak jam 5 nie.. tak sabar nak balik!! " kata budak itu di ikuti rakan baiknya yang dari tadi mood yang sama....
" ini kalau kita delete satu form ini... (sambil mata tertumpu di skrin monitor) nangis jabatan ini, gerenti cari siap peluk merayu-rayu kita punya hahahaha..... kan?? " kata rakan baik.....
" emm.. ya.. ya.., baru depa tau!! " macam mana nak delete ka.. hehehe... (tanduk hampir tumbuh) ish.. ish.... sedar-sedar... Astaughfirullah hal'azimmm.......... emm... ok dah kembali pada asal..
Belum lagi cukup jam sudah tunggu untuk p.card!! " aik.. awal nampak..." tegur seseorang yang ada kaitan dengan pengambilan temuduga itu....
" ehmmmmmm... " dengan memalingkan mimik muka serius!!
Dalam perjalanan pulang.. memandu sambil fikiran menerawang... mata masih tertumpu di hadapan... " alah sayangnya.. napa tak dapat nie.. kurang-kurang panggil la interview.. hari tue bukan main lagi peluang cerah la apa la.....dah la kena saman" mengomel sendirian...
eh.. dah lebih 100km/j kurangkan laju nanti takut langsung tak sampai rumah.... uhukuhuk...
sampai di rumah " mak, yang ceq minta tue, depa tak panggil (dengan muka sedih) dapat interview seorang saja yang lain semua orang luar, huwaaa... "
" tak pa lah... tak dak rezeki InsyaAllah ada rezeki lain lagi... sabaq la...." kata mak
tiba-tiba hati ini sejuk sedikit.. emm.. sabaq, emm.. sabaq, emm.. sabaq InsyaAllah ada rezeki lain lagi...
Maiza chayok!!
Don't give up.... never.. never.. never give up!!
huuu........ saya masih mood sedih!!
Alhamdulillah bila mak kata macam itu, kurang sikit bebanan di fikiran ini.. Bersangka baik pada ALLAH.. InsyaAllah pasti semua ini ada hikmah di sebaliknya...
YA ALLAH..
mohon esok berlaku keajaiban Amen Ya Robbal'alamin....
Tolong Doa'kan ya!!






16 comments:
Salam mai..
Mai apply interview tuk naik pangkat? at least Mai ada peluang.. ..insyaAllah..ada rezeki, ada la tu. Kalau takde... Allah tahu apa yang terbaik tuk kita kan Mai..
W'salam kak fida
itulah kan akak.. risau gak mai nie.. hai.. meletak harapan tinggi sangat bila tak dapat frust gila.. hehe... emm.. betul tue.. Allah beri apa yg perlu.. InsyaAllah mudah-mudahan rezki maiza ada nanti.. amen... aduh.. dugaan nie.. :) sabar ja lah..
salam cik Maiza
sabar k... InsyaAllah da rezki nanti.. sabar
salam,
saya pun nak cakap macam mak maiza cakap tu dan setiap satu tu ada hikmah disebaliknya kerana Allah tu Maha Mengetahui.. cuma lepas ni jangan berputus asa sekali gagal bukan bererti gagal untuk selamanya..
p/s: macam pakar motivasi pula hehe..
Kadang-kadang kita suka sesuatu padahal ia tidak baik untuk kita...sebab tu lah Allah jauhkan dari kita..so bersyukurlah walaupun nampak pahit bila kerja yang kita idamkan, kita tak dapat. Allah knows the best!
Salam...
Moga sihat hendaknya..
Usah bersedih. Boleh jadi apa yang dihajati itu baik tapi di sisi Allah ianya tidak baik. Kita hanya boleh berusaha dan yang menentukan Allah SWT. Terimalah apa yang telah ditentukan...sabar ya!
Salam..:)
Kita hidup atas ketentuan Allah SWT, semuanya atas kehendaknya termasuklah rezeki. Kita hanya boleh berusaha serta berdoa dan selebihnya kita serah kepada yang Maha Esa untuk menentukannya.
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki~Nya, jika tiada terimalah seadanya. Janganlah bersedih ya!
Anonymous
Alhamdulillah sabar.. terus sabar nie.. di harap org di sekeliling (kat ofis) tolong jng menambahkan ke tension nan... okey...
La tahzan dik...esok mentari pasti bersinar lagi...cuma Rabu tak bley makan larrr...Selamat berpuasa & mengimarahkan Ramadhan.
Penjejak maya
W'salam
ya.. ada gaya jadi motivator t.kasih ya... manusia mcm maiza nie bkn apa.... ini penyakit jeles la nie... kalau boleh nak terus langkah setapak g utk berjaya.. tapi apakan daya rezki tak menyebelahi lg.. InsyaAllah harap lepas nie turn maiza pula.... InsyaAllah.. amen....
Kak Tirana
t.kasih kak.. bila fikir begitu sejuk sikit hati ini.. InsyaAllah moga lps nie turn maiza lak.... amen
Saudara Abd Razak
w'salam
Alhamdulillah maiza sihat ja.. moga saudara juga sihat hendaknya.. T.kasih atas ingatan itu.. bukan apa yg di sekeliling buat maiza pening ja.. Maiza dpt menerima ketentuan tapi.. ckp2 org buat maiza xtahan.. moga rezki di peluang lg.. ini bkn rezki maiza.. Alhamdulillah maiza bersyukur apa yg ada sekarang....
my lovely sis tinie...
W'salam :))
Ya betul tue akak.. semuanya atas ketentuan darinya.. mungkin kali ini bukan rezki milik maiza.. dia mahu menduga lagi sejauh mana maiza dapat terima mungkin.. Alhamdulillah maiza cuba.... thanks akak.. ats ingatan dan sokongan....
Saudara Nahmy
ya la tahzan.. Alhamdulillah semakin positif :) harap2 mentari sentiasa menyinari.. ya.. rabu tak bleh mkn.. klu mkn jg nti kena naik van jenazah hehe.. selamat berpuasa kembali ya...
salam,
akak doakan yg baik2 sahaja buat maizac, semoga sentiasa diberkati Allah swt. amin
selamat menyambut ramadhan al mubarak. semoga amal ibadah kita diterima .
maafkan salah silap akak...
W'salam akak...
T.kasih banyak2 akak.. Maiza pun doa'kan yg baik2 ja buat akak.. moga sentiasa di berkati dan di lindungi olehnya.. amen..
Aelamat menyambut Ramadhan Al mubarak kembali.. maafkan salah silap.. tutr kata sepanjang perkenalan kita...
sayang akak!! :)
Post a Comment