
Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.
"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..
Semua peserta mengangkat tangan.
"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.
Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"
Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.
"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"
Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..
Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.
"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.
Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.
"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.
Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.
"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tetap tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."
"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.
Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.
"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, kita tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, kita tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."
"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.
Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...
Maiza
Harga diri kita bukan datang
daripada apa yang kita lakukan
atau siapa yang kita kenal
tapi siapa sebenarya diri kita...
MaizaC’Joe






24 comments:
terima kasih ,
info ni buat kita berfikir
betul betul betul
walau apa yg melanda
walau apa yg org lain kata
walau apa yg org lain nampak
kita pasti tahu...
kita dimana
Salam Maiza...lama akak tak singgah sini!
Yup,apa yg dikatakan tu betul....apapun yang berlaku,sesuatu yang telah termaktub itu takkan mudah digoyah....samalah macam kehidupan kita...apa juga yang melanda,takkan semudah itu nak merubah keadaan....
hebat ceritan ini..
siapa yang memberi nilai
siapa yang memberi makna..
diri sendiri
dan persekitaran
kedua2 dtg dengan pakej..
untuk itu
apa nilai kita....
kerana duit juga boleh menjadikan diri kita tidak bernilai....
apabila kita melakukan sesuatu kpd pembangunan msykt, harga diri juga akan lebih bernilai, maiza..tidak gune berpeluh tubuh melihat kemungkaran berlaku di sekeliling kita..itu namanya, tak amik kisah ttg ape2..
Jika harga diri kita begitu, mengapa separuh bertukar fikiran apabila diri telah dikotor dan dipijak?
kesimpulannya jadikan diri kita ni bersih, ada ketahanan diri dan berperinsip.
Selamat berhari minggu Maiza Joe.
salam,
walau ape pun berlaku jangan la sampai kita hilang harga diri sendiri...
betul tu.. sebenarnya nilai tu ada dan bleh dinaikkan sahamnya hehe.. gurau lak
wah~..sgt laa btOl..")
Setiap kita ada nilai diri tapi tak semua dapat menjaga nilai diri itu dengan baik. Kadang-kadang kita biarkan orang lain memijak nilai diri kita itu dan ketika lain pula kita sendiri yang memusnahkan nilai tersebut. Nilai itulah yang menentukan siapa kita sebenarnya.
My lovely sis blue..
sama-sama kasih..
kita pasti tahu di mana kita berada kan.... dan kita tahu..
thanks dear..
my lovely sis Ayu..
ya.. bukan mudah kita nak merubah.. kita tahu diri kita.. siapa sebenarnya diri kita...
thanks dear.. sudi singgh sini..
- jinggo -
diri sendiri yang memberi nilai.. juga makna tertentu.. kita juga tahu apa nilai kita.......
thanks...
ONE ZABA
cgu one..
ya.. kerna duit juga buat manusia lupa diri...
thanks..
sahromnasrudin
ya.. betul tue.. bukan tak ambil kisah cuma kekadang kita.. masih tak menyempat memandang sekeliling..
thanks..
zan-xray
semoga mata hati naluri terdalam sentiasa bersih dan di pelihara hendaknya.. selamat berhari minggu zan..
thanks...
insan pendidik
W'salam IP
betul tue.. harga diri.. maruah.. jaga sebaik2nya.. jangan sesekali terlajak mengotori pula...
thanks IP..
My lovely sis maiyah
saham.. ehehe... sama2 nak untung.. untung emosi.. juga harga diri...
thanks dear..
cik iman
hahaha!! betul.. betul.. betul.. (ikut mcm upin ipin)...
thanks dear...
org tue hati sedang brbunga la....
My lovely sis Tirana
betul tue akak.. jangan di biar nilai harga diri di pijak dan terpijak.. peliharalah sebaik-baiknya...
thanks dear...
Salam...
Nilai harga diri kita sering tercemar kerana kita tidak malu melakukan dosa di sisi Yang Maha Pencipta
Abd Razak
betul tue.. jika tak di jaga.. di pelihara.. akibatnya merana..
Salam Maiza!
Bagi saya perkara yg begitu bernilai sekali ialah Kalamullah (AlQuran). Sudah 1444 tahun diturunkan kepada Rasulullah saw, dan kita hanya dapat merasai kebenaranNya dengan Ainulilm (mata ilmu) di dunia sahaja dan kalaulah kita lihat melalui Ainulyakin (mata yakin) di Akhirat nanti tentulah sudah terlambat. Maknanya, didunia skrg inilah kita mesti tahu betapa begitu bernilainya setiap Kalamullah sebagai panduan kita di dunia dan akhirat....
tajnur
W'alam tajnur!!
terima kasih ats perkongsian ilmu.. betul tue.. apa yg paling penting dan tidak ternilai antara yg lain iaitu Kalamullah.. semoga kita semua terpelihara dan sentiasa mengikuti berpandukan panduan yg telah di tetapkan oleh Allah Taala.. InsyaAllah...
terima kasih sekali lg.. tajnur
sudi2lah singgh lg....
Post a Comment