
menatap langit biru
menatap pagi yang indah
menatap kehidupan yang kian mencabar
indahnya ciptaan Ilahi.
andai ku bisa menatapnya utk selamanya,
tak kan ku sia-siakan setiap langkah
Ya Allah
tenangkan hatiku seperti mana tenangnya sungai mengalir
lapangkan hatiku sebagaimana lapangnya bumi indah ini
penuhi hidupku dengan kepelbagaian warna duniamu ini
semoga ku bisa teruskan hidupku dengan pertolongan darimu
semoga ku tabah menghadapi dugaan mu
sabar dan bersyukur
segala dugaan dan nikmat yg telah engkau berikan..

Sementara menunggu di beri peluang melintas, sempat juga snap sana-sini pakai h'fon murah konon nak tenangkan diri sambil-sambil tue semoga perjalanan berjalan lancar..... Indahnya suasana di pagi hari. Walaupun sentiasa sibuk, tetapi tetap indah, tetap tenangnya hati, tetap gembiranya jiwa, lapangnya minda, ceria sentiasa ceria... Syukur Alhamdulillah masih di beri kesempatan merasa tiap nikmat dalam kehidupan... (makin sibuk jalan sedang di perbesarkan ----> ala-ala highway)

Di pagi hari.. dah menjadi rutin seharian lepas subuh jangan lewat 5 minit pun keluar dari rumah kalau tak inilah jadinya sesak, semua terkemut-kemut (orang kedah kata) slow... hee.. tambah-tambah bila tengok perempuan yang drive fuh!! jangan kasi chance.. kesian tunggu nak keluar lintas tunggu berminit-minit.. bukan semua tak bertimbang rasa.. ada yang prihatin juga....

Si warna merah menunggu
Ketika jingga menghampirinya
Si Kuning juga ikut bergabung
Bersama hijau menambah seru
Lalu datang juga si biru
Orang lain berkata,
“Mereka akan bersatu?
Benarkah??
Yang merah terlalu merah
Jingga dan kuning tidak cocok bersama
Hijau akan merosak saja
Dan yang biru?
Wah, tak mungkin!!!
Tapi mereka tetap bersama
Tak peduli kata siapa
Suka dirasa bersama
Duka dibagi rata
Seperti layaknya saudara
Dipenuhi tawa suka duka,
Si merah lalu belajar menjadi jingga
Di ujung suasana duka,
Yang kuning berubah menjadi hijau
Dan biru merangkumi di antaranya
Penuh cinta
Penuh kasih sayang
Masing-masing bila perlu lepaskan ego??
Untuk Menerima dengan hati terbuka
sama-sama tahu..
Ingin sekali
Mencintai, menyayangi sesamanya
Merasakan bahagianya
Merah, jingga, kuning, hijau, dan biru
Bergabung membentuk pelangi
Lihat di ujung langit sana
Berpegang teguh bersama
Saat hujan badai mereda
Siapa yang menyangka
Lima warna berbeza
Berubah menjadi bentuk penuh cinta dan kasih sayang
Semalam
Hari ini
Esok pagi
Selamanya
Semoga pelangi itu masih tetap ada
Berpegang teguh sesamanya
Subhanallah... Indah sekali ciptaan
Yang maha Esa

MaizaC’Joe






28 comments:
Salam!
Keindahan dunia ni memanglah mempersonakan tetapi kesemua itu hanyalah sementara sahaja yang terpaksa kita tinggalkan seperti Firman Allah Swt,....padahal kenikamatan hidup di dunia berbanding dgn kehidupan di akhirat hanyalah sedikit (surah AtTaubah:38)
salam kak...
cerah mata saya tgk pic2 nih..cantik
pagi mmg cntik suasana nye
senja n malam pun
tp jeles tgk gmbr pelangi tu
huhu
kak take care..tenang2 selalu ye;)
xoxoxoxox
salam ..
Pelangi itu tanda kesetiaan dan kebersamaan. Dengan kesetiaan warnanya akan lebih indah ..
MasyaAllah, cantiknya gambar yang Maiza snap walaupun pakai hp murah..hehehe..Suasana pagi memang menenangkan...
mendung berarak kelabu kat atas ni...
semoga kehidupan kita di dunia yang fana nie diberkati dan dirahmatiNya.. Amin.. :)
Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://stormreaders.net/zulfadhli
cantik gambar pelangi tu..dah lama x nampak pelangi..
salam...
wahhh
habat n3 ni
terpaku membaca bait kata merangkumi warna2 membentuk pelangi,
pasti biru juga memainkan peranan yg utama kan?
ahaks!!
suka menatap langit, laut, awan, segala ciptaan tuhan itu
terpaku
terpana
dalam hati...
subhanaAllah...
wah cantik la gambar ni.
Maiza pagi2 dah keluar kerja tu sbb tengok masih gelap.
Keindahan alam ciptaan tuhan tiada bandingannya.
cantik gambar2 nieh .. sejuk mata memandang ... sungguh besar dan cantik ciptaan allahh .. bersyukur kerana kita masih berpeluang melihatnya ...
thanx dik atass segala support .. lov u more ..
tajnur
W'salam
betul tue.. keindahan, kenikmatan duniawi hanya sementara.. tiba masanya akan kita tinggalkan semuanya.. selagi di beri peluang ingin sekali lalui sesuatu yang indah..
t.kasih atas perkongsian ilmu.. jemput datang lg.. maiza amat2 hargai...
My dear jane
suasana mcm tue.. bila mendongak ke atas.. nyamannya.. bila berpaling ke kiri-kanan.. begitu sesak kan.. Pic pelangi.. hee.. jng jeles.. akak pun dh lam xtengok pelangi.. bila berpeluang terus snap ja... cantikkan pelangi..... moga ia terus berada di antara kita....
thanks dear.......
Rashid
W'salam
iya.. pelangi seolah-olah berkaitan antaranya.. saling memerlukan saling berhubung antara satu dng lain.. tanpa satu tak ada dua.. tanpa dua tak ada tiga dan seterusnya kan..
thanks....
My lovely Sis Tirana
hee.. biasa la snap pakai h'fon murah ja.. org yg sederhana mcm maiza nie.. tiap-hari lalui benda yg sama.. hari2 bersua.. tahu indah belaka.. tapi sangat perasan bila dh snap nak di publishkan... ooohh!! cantik rupanya.. hee... subhanallah ciptaannya...
thanks dear......
ONE ZABA
cgu one..
itu menandakan hari nak hujan.. hee..
thanks ya...
Ahmad Zulfadhli
iya.. mudah-mudahan... Amin.. maaf belum berkesempatan ke blog.. nanti maiza singgh ya..
thanks..
Solehah
iya kan.. maiza pun dah lama tak nmpak pelangi.. bila nampak ja.. terus tanpa buang masa snap.. pelangi muncul seolah2 menceritakan sesuatu....
thanks dear......
My lovely sis blue..
biru merangkumi antaranya... sangat perlu tue.. tak ada biru + kuning.. tak jadi hijau... hee..
menatap semua ciptaannya.. begitu menenangkan hati... begitu terpesona.. kan....
thanks dear...
zan-xray
keluar kerja.. memang awal pun.. biasanya jam 7.05 awal ka tue.. kat sini jam 7pg masih gelap.. picca maiza tak setanding dng picca zan snap tue.. lagi cantik.. ini snap pakai fon murah ja.. hee...
iya.. ciptaan yg maha esa tiada tandingan.. begitu indah....
thanks ya...
My lovely sis ieda..
aah.. betul tue akak... begitu indah ciptaanNya.. Alhamdulillah.. masih di beri peluang nikmati ciptaanya..
ur welcome.. moga akak sentiasa sihat n ceria ja.. i really love u..
thanks dear......
biru itu aku
heeeeeeeeee
dah tentu... biru.... he..
salam maiza..
lama kak zai tak kesini semenjak dua menjak ni tapi rindu juga nak menjengah..wah cantiknya gambar2 tu dik..tangkap sendiri ke atau ambil kat mana2..akak pun suka tengok secantik orangnya..hehehe
W'salam kak zai..
maiza snap sendiri pic tue.. pakai fon murah jer.. maiza pun rindu kt akak tau.. cuma skrng nie masa memang tak menyempat... busy (mcm maiza sorng ja busy kan) hee... ala.. malu.. he.. tapi tak secantik akak.. Alhamdulillah.. thanks akak....
salam maiza. :-) lama wan tak menjengah ke sini. ermm.. cantik la pic² yg maiza tangkap tu. rasa syahdu jer tengok kehebatan ciptaan ilahi. betul la kata maiza kat komen kat atas tu. kak zai memang cantik kan?.. :-P jangan kembang yer kak zai. :D
wanshah
W'salam..
ha.. rasa syahdu.. ciptaan allah memang cantik kan.. kak zai.. memang cantik..
thanks ya...
ya,kerana sesungguhnya di langit dan dibumi itu,terdapat segala kebesaranNya
My lovely sis Kamsiah
Subhanallah.. tak dapat di gambarkan betapa indahnya ciptaan Allah...
thanks dear...
Post a Comment