
entri kali ini, maiza ingin mengambil sedikit masa untuk membincangkan satu topik mengenai isu lelaki atau wanita yang tidak cukup dengan seorang pasangan (itu yang belum berumah tangga) yang sudah berumah tangga (Poligami) untuk wanita yang sudah berkahwin tapi ada perhubungan tak manis ( nak di letakkan sebagai apa?? )
Maiza tidak pasti samada ianya lumrah manusia atau sikap seseorang individu itu sendiri yang inginkan kekasih, pasangan atau isteri lebih daripada satu. Mempunyai seorang pun tidak terjaga. Inikan pula mahu lebih daripada satu. Memang cari nahas la jawabnya.
Kenapa sesetengah orang.. di ulang.. sesetengah orang, bukan semua perlukan kekasih atau isteri lebih daripada seorang? Adakah ianya sebagai ‘backup’ ataupun sebagai satu tanda yang menunjukkan kita ini seorang yang juara? Makin ramai gadis di keliling pinggang, makin macho dan hebatlah seseorang itu. Adakah itu yang diinginkan? Maiza sendiri tidak pasti apakah yang sebenarnya yang mereka fikirkan.
Kenapa maiza boleh terfikir postingkan n3 sebegini?? sebabnya maiza geram sangat kat seorang bos nie.. (nama di rahsiakan.. tak pasal2 kena saman pl nanti) dia dah ada isteri cantik, baik, peramah, berkedudukan, jawatan tinggi, dah ada anak.... lelaki perempuan semua ada... entah la, maiza tak tau nak cari di mana kekurangan pada diri isteri dia.. memang manusia tidak sempurna, tapi di mata maiza dia begitu sempurna. Kenapa?? kenapa? kenapa? masih cari orang lain.... masyaAllah.. isteri dia memang baik. Maiza tau la sebabnya pernah berurusan dengan isteri dia.. yang paling geram ada perhubungan dengan staff sendiri.. Ya Allah.. maiza selalu dengar dari mulut orang lain. Jadi, maiza malas nak masuk campur. Tapi kali nie dengan tak sengaja terjumpa, macam nak pergi ketuk ja 2 orang tue..
Mampu menanggung nafkah zahir dan batin isteri serta bakal isteri.
Begitupun, Abu al-'Aynayn dalam bukual-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada satu isteri dalam soal pemberian nafkah dengan dipersetujui oleh semua isteri. Ia tidak boleh diamalkan jika boleh membawa kepada perselisihan dan tidak puas hati di antara isteri.
Berlaku adil kepada isteri.
keadilan daripada pelbagai segi tanpa wujud pilih kasih antara mereka. Ia juga bermaksud meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya. Ini termasuk komunikasi, perbuatan, tutur kata, dan akhlak yang baik, juga membabitkan beberapa aspek iaitu nafkah, palaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.
Suami bagaimanapun tetap dilarang menunjukkan secara jelas perbezaan kasih sayang.
Apabila berpoligami, suami juga perlu adil dalam menyediakan tempat tinggal untuk isterinya. Sebaik-baiknya hendaklah diasingkan bagi mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu di kalangan isteri.
Suami juga wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil antara isterinya tanpa mengira samaada isterinya isteri muda, isteri tua atau sebagainya
Suami menanggung dosa sekiranya memberikan giliran lebih banyak kepada seorang isteri berbanding isteri yang lain.
Kelonggaran diberikan pada malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diganti semula kepada isteri tua.
Imam Syafie pula berpendapat, suami wajib membuat undian antara isteri sekiranya beliau menginginkan seorang daripada mereka menemaninya bermusafir seperti ke luar daerah. Dalam hal ini, suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Wallahu'alam
Perlu berkemampuan dari pelbagai aspek
kalau tak ada.. jangan dok fikir






22 comments:
susah gk nk beristeri lebih dari 1 nih..huhuhu
salam maiza...
pada pendapat k.zai... kalau dia mampu dan isteri nya bersetuju... teruskan jee lah niat tue...
dan rasa nye tak salah... yg salah kebanyakannya adalah ketidakadilan dr pihak suami itu sendiri...
tapi maiza... k.zai percaya... di depan mata semuanya indah maybe dia dan isteri memang ada konflik yg maiza sendiri tak tahu...
kalau itu lah suratan nye utk bermadu reda lah... jika tidak jangan sesekali bermain dgn api...
yg pasti... lelaki bujang dan lelaki yg dah berkahwin memang lain cara dan sikap nya...he..
Setuju juga kata kak zaijb tu..
kita tak tahu pergolakan dalam rumah tangga orang. nampak sempurna tetapi ada kekurangan baik di pihak laki atau isteri.
selebihnya kerana nafsu.
ia sukar utk diluahkan krn ia adalah mslh dlm kain..tak manis utk diceritakan kpd org lain..pongkok pangkalnya adalah niat..tp, scandal cinta pejabat nie mmg kerap berlaku..maklumla, stiap hari berjumpa dan berurusan..lama kelamaan perasaan mesra tue akan timbul terutama jika perbezaan umur tidak trlalu jauh..jd, pandai2la kawal nafsu mata..
salam maizac,
isu poligami ni
pasti dalam islam adalah halal
cuma yang menjadikan ianya mimpi ngeri adalah kerna manusia itu sendiri, tak kira pihak lelaki atau isteri2 itu sendiri..
ada pro n kon
sudah pasti sukar utk mencari lelaki zaman ini yg kahwin lebih dari satu kerana agama, apa lagi berlaku adil dalam segala segi. walau sedikit pun akan pasti ada hati yg terluka. anak2 juga menjadi mangsa. tapi salah siapa?
sikap suami yang tak mampu bimbing atau sikap isteri yg tak boleh nak terima hakikat?
pernah terfikir,
banyak kebaikan bila kita bermadu. akan ada banyak masa kita bersama Tuhan dan diri sendiri. tapi hati kita? ikhlas dan rela ke?
aka pernah rasa bagaimana sakit dan perit bila mak dimadu dulu.
kesannya sampai kini..
cuma,
belajar memaafkan...
hmmmmmmmmm
hamboi-hamboiiii.....ngata lelaki je nampak!!!!
sekarang ni rasanya lebih ramai pompuan (termasuk iseri orang) pasang lebih daripada 1.
banyak pelik-pelik dah berlaku
Nabi kita beristeri lebih dari seorang tapi adakah lelaki zaman sekarang boleh beristeri lebih seorang dengan niat dan sebab yang sama macam Nabi Muhamad saw. Lelaki sekarang ni kebanyakannya ikut nafsu aje...sebab tu la bila kawin dua atau tiga atau empat, rumahtangga jadi kelam kabut.
Salam!
Sebenarnya nak cerita bab ini dalam keadaan sistem sekarang akan menimbulkan fitnah krn rakyat tidak didedahkan hak milik awam, daulah(kjaan) dan persendirian dalam sistem Islam itu sendiri. Dlm keadaan dimana semua hak2 milik itu sudah tiada, maka akan timbullah tidak adil, tidak saksama dan kepincangan dlm rumahtangga. Wallahualam.
kalau saya, seorang pun dah cukup.. xperlu nak berpoligami.. dengan syarat saya akan cari isteri yang solehah dan banyak pengetahuan tentang agama.. itu sudah cukup membuatkan saya bahagia, insyaAllah.. :)
Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli
p/s: Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seprti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Nor Bahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!
jgn kawin krn nafsu, kawin lah krn tnggungjawab
JMR
kalau susah baik tak payah kan... :-)
thanks
zaijb
W'salam k.zai
betul apa yg akak ckp tue.. tapi cara lelaki itu.. kalau nak kahwin lagi.. buat cara yg betul ini tak.. ada affair dng isteri orang... tak tahulah. maiza tak nampak jalan untuk orang mcm tue..
thanks dear...
zan-xray
kerana nafsu.. maiza setuju. kalau nak di ikutkan dr n3 nie.. hal rumah tangga org di luar kt nmpak di dalam entah la kan.. yg salahnya si lelaki itu..
1. menduakan isteri (klu betul2 dia nak kahwin lg, buat cara baik ---> cari penyelesaian kan...)
2. ada affair dng isteri orang
3. ....... mcm2... mengikut nafsu agaknya....
thanks
sahromnasrudin
ya.. pokok pangkalnya niat.. skandal di office.. menakutkan.. yang penting ---> kawal nafsu serta beringatlah selalu....
thanks....
My lovely sis blue
poligami memang di halalkan dlm islam. cuma pendekatan yg di buat utk berpoligami itu... bukan mudah nak menerima.. tapi, kalau dah di takdirkan redha..
ya.. persoalannya adalah hati.. boleh ker?.. semoga maiza tak terpilih lalui situasi ini.. amen..
tahniah akak.. berjaya lalui semua tue..
thanks dear...
ONE ZABA
cgu one
ya.. sekarang nie mcm2 perkara pelik yg berlaku.. semuanya dah terbalik.. ishh.. bkn salahkan semua lelaki ja.. separuh drpdnya sj.. hee..
thanks..
my lovely sis Tirana
aah.. betul tue akak.. seorang pun tak terjaga.. inikan pula nak menambah lg.. ada yg kahwin 4 aman damai tapi tak ramai....
thanks..
tajnur
W'salam
ya betul tue.. persoalannya.. mampukah atau kerna mengikut nafsu semata. entah la.. bermacam-macam hal dah terjadi sekarang nie
thanks dear....
Ahmad Zulfadhli
ya.. kalau tak mampu jangan di fikirkan.. cari yang betul2 mengikut kemamhuan diri.. tapi manusia tak sempurna kan....
thanks...
My lovely sis maiyah
boleh ker kawen tak kerna nafsu.. gurau2 ja akak.. ya fikirkan tanggungjawab... menjadi nakhoda pada sebuah bahtera bukannya mudahkan...
thanks dear...
ntah ler..mmg dh lumrah dunia kot.
Ada yg tak cukup2 satu..
Ada yg satu pun tak jumpa2..hmm
Kalo dpt yg pasangan bahagia sampai akhir hayat tu..alhamdulillah..
My lovely sis Alona
satu yg tak jumpa2 tue.. maiza ler tue.. hee..
kalau dpt mcm tue.. Alhamdulillah..
thanks dear...
Post a Comment