Assalamualaikum
Segala puji bagi Allah.. yang maha besar lagi maha mengetahui. Lamanya tak update blog dah setahun berlalu. Cepatnya masa berputar. Entah la masih ada kawan di sini atau tidak?
Tak apa.. sekurang-kurangnya ada tempat bercerita di sini.. biarpun hanya sorang-sorang. Dalam masa setahun pelbagai cabaran hidup. Realiti, terpaksa untuk berlakon, cerita sayang, kasih, cinta... cerita sedih, gembira.. MasyaAllah tak terkira. Dugaan datang silih berganti. Apa-apa pun hidup perlu di teruskan.. cabaran ujian perlu di tempuhi.
Kadang-kadang terfikir.. "Kenapa aku di duga" Tapi "Kenapa tidak aku di duga" kan?
Hidup ini ada pasang surut. Ada ketika kita berasa begitu seronok sangat bahagia. Ada ketika kita merasa sedih yang amat sangat. Maklumlah manusia. serba kekurangan. Kadang kala bila kita senang kita lupa... bila susah baru ingat. Tersentak! Mudah-mudahan lalui dengan tenang.
Di doakan insan terdekat.. kesayangan kita di kurniakan hati yang tenang, di rahmati, sentiasa berada dalam redha Allah.
Moga Allah tetap iman bimbing tabahkan hati.
InsyaAllah.
MaizaC'Joe






4 comments:
lamanya Maiza menyepi...cuma riuh kat FB je hehe...
assalam ..
selamat kembali. hehe ..
uiss macam le saya ni aktif. sebenarnya saya juga macam maiza .. 'sejuk' .. apapun yang penting kita tak pernah tinggalkan terus dunia blog ni .. kan ..
Salam Maiza,
Eid Mubarak. Maaf zahir dan batin. Sememangnya hidup ini ujian. Bergembiralah barangsiapa yang lulus ujian ini dengan jayanya. Insyaallah.
Jika masa mengizinkan, berceritalah dilaman ini. Mungkin akan terungkai apa yang terbuku dihati.
semua orang ada bahagian ujian masing-masing. ujian tak sama tapi setara sebab Allah kan maha Adil... :)
Post a Comment