♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Wednesday, August 5, 2009

~*~ Kelebihan malam nisfu syaaban ~*~

Antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

  • Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.

(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

  • Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:

  • Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:

  • Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.

maizac'joe

~*~ Amalan di bulan Syaaban ~*~

Memperbanyakkan puasa sunat.

Saidatina Aisyah berkata:

  • Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saidatina Aisyah berkata:

  • Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berzikir dan Berdoa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

  • Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

  • Doa merupakan otak kepada ibadat.

(Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:

  • Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.

(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar.

Firman Allah Taala bermaksud:

  • Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.

(Surah an-Nur: ayat 31).


maizac'joe

~*~ Peristiwa di bulan syaaban ~*~

Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.

Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
  • Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
  • Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


maizac'joe

Tuesday, August 4, 2009

~*~ udang geragau mengejutkan ~*~

info nie saya peroleh drp member cyber saya.. yang di alami sendiri olehnya.. mungkin ramai yg dh tau.. tp saya percaya masih ramai lg yang tak tau.. tp ini hanya sekadar info juga mengingatkan sesama muslim.. baca dan nilaikan sendiri.. masyaAllah..

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak.
InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini,
aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut.
Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh.
Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau.
Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya.
Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan.
Itu belum lagi di tambah dalam masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.


Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir
selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam.
Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya,
menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka.
Aku agak terkejut dengan penemuan ini.
Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah.
Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.


Udang geragau yang basah dijemur.
Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering.
Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.


Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?


Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran.
Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi
bersama dengan anjing-anjing ini.
Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.


Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat!
Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran!
Astagfirullah!
Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi?
Entah mengapa aku geleng kepala.
Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia,
kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini.
Aduhai!

tp bagi saya tak semua industri udang geragau memperlihatkan suasana.. keadaan sebegini.. cuma info ini sebagai saling memperingati sesama kita.. ada banyak lagi industri udang geragau di malaysia. cuma kita perlu pastikan adakah halal ataupun sebaliknya.. saya percaya industri udang geragau terutamanya di kelantan, terengganu mungkin juga di kedah sendiri pasti ada golongan muslim yang mengusahakannya dan di yakini halal 100% wallahu'alam...


maizac'joe

Saturday, August 1, 2009

~*~ kejap ja ~*~

emmm.. haiiii...
kejap ja masa la nie..
pejam celik.. pejam celik dah masuk 1 ogos..
dah nak masuk bulan puasa nie..
bestnya.. ewah puasa bln rejab pun 1 2 hr ja puasa..
uhuk.. uhuk.. uhukk..
kadang2 tue tingin gak nak puasa bln rejab bnyak hr..
tp bl tb masa nak puasa xjd la plak..
mcm2 godaan.. tu la..
ikut godaan sngat..
maklum la xwajib sunat ja..
klu wajib lain la..
tp kan bagus xikut godaan..
emmm...
konon2 aku taged nak terawih bg ckup thn nie..
tp org p'puan dlm 1 bln mn bleh cukup kan..
seboleh2nya lg bnyak dr thn lps..
hehehehe...
tiap2 thn aku mst taged nak bc quran sepanjang bln puas (tadarrus)...
buat jg tp xkhatam pun (xabes)
teruknya aku nie..
mcm mn la thn nie..
pemalas betul..
tiap2 mggu mlm jumaat baca yasin..
tue pun klu xda aral..
ok la.. drpd xbuat lgsung..
tp klu buat lg bagus..
haiii.. xsabarnya aku nak tunggu bln puasa..
hihihi!!!
tngok nti trcapai tak matlamat aku..
ehehe.. tungguuuu....


-in loving memory-
maizac'joe