
♥♥ My LovinG Followers ♥♥
Thursday, January 14, 2010
~*~ Ok tak kalau buat begini ~*~

Tuesday, January 12, 2010
~*~ Prihatin.. Blogger We Care ~*~

Inisiatif yang diambil oleh hydir.com dengan memintasemua blogger di Malaysia meletakkan ribbon diatas di blog masing-masing sebagai tanda keprihatinan. Lawati laman web beliau untuk mengetahui maklumat lengkap. Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akanmenyumbang RM1 kepada en. megat melalui penajaan kbsoccer
No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
Jangan membiarkan setiap peluang membuat kebaikan berlalu dihadapan kita tanpa dimanfaatkan dan sesungguhnya dengan menghulurkan sumbangan akan menjadikan kita berada lebih hampir dengan matlamat menjadi umat terbaik yang sentiasa melakukan kebaikan. Semoga sumbangan ikhlas yang kita hulurkan itu akan mendapat keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata’ala
Entri ini saya copy n paste dari blog 'inilah duniaku'kepunyaan mrs. azmi. Saya panjangkan kepada teman-teman yang ingin membuat kebajikan serta menolong sahabat kita yang dalam kesusahan. Sebenarnya saya sendiri pun tidak kenal dengan Encik Megat tapi untuk membantu, tidak perlu tunggu kita kenal orangnya. Tadi saya telah menjenguk blog Encik Megat. Simpati pada beliau, isteri dan anak-anak. Cuma ini yang dapat saya lakukan untuk meringankan beban beliau sekeluarga iaitu dengan menyertai kempen yang dianjur oleh hydir.com.Jom sertai kempen ini. Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini boleh layarihydir.com.
Monday, January 11, 2010
~*~ Tak Sabar Langsung ~*~
edt%5D.jpg)
Melatih kesabaran hati sangat berhubungan erat dengan suasana hati seseorang. Menurut Richard Wenzlaff, ahli psikologi
mengalihkan suasana hati agar menjadi positif dapat dilakukan dengan melakukan selingan yang positif seperti menonton peristiwa olahraga yang dinanti-nanti, film komedi atau dengan membaca buku-buku bacaan ringan.
Melatih kesabaran hati selain mengawal dimensi emosional diri, berhubungan dengan dimensi spiritual seseorang. Manusia yang memiliki orientasi pada nilai-nilai spiritualiasme yang bersumber dari hati nurani, maka ketika terjadi rangsangan pada emosinya, emosinya akan tetap tenang dan terkendali. Kerana aspek mentalnya telah diperkuat oleh nilai-nilai spiritualnya. Suara hati “Illahiah” dalam dimensi spiritual akan menjadi pembimbing untuk beraksi normal terhadap rangsangan emosi.
Kesabaran hati dalam pengertian mampu menerima keadaan, memahami situasi dan dapat mengendalikan emosi dan amarah. Kesabaran hati adalah akar dari rahsia kebijaksanaan hidup. Kebijaksanaan dalam menghadapi berbagai persoalan, betapa pun beratnya dan tetap selalu menebarkan cinta dan kasih sayang.
Memaafkan Dan Membalas Dengan Kebaikan
Dikisahkan bahwa Nabi Isa as pernah dihina, namun ia tetap senyum, tenang, dan mantap, tidak sedikitpun ia menjawab atau membalas dengan kata-kata kotor mengiris tajam seperti yang diucapkan si penghinanya. Ketika ditanya oleh sahabat-sahabatnya, “Ya Rabi (Guru), kenapa engkau tidak menjawab dengan kata-kata yang sama ketika engkau dihina, malah Baginda menjawab dengan kebaikan ?” Nabi Isa as, menjawab : “Kerana setiap orang akan menafkahkan apa yang dimilikinya. Kalau kita memiliki keburukan, maka yang kita nafkahkan adalah keburukan, kalau yang kita miliki kemuliaan, maka yang kita nafkahkan juga kata-kata yang mulia.”
Percayalah, makin mudah kita tersinggung, makin sengsara hidup dikuasai oleh emosi amarah. Padahal, kita dapat menjadikan orang-orang yang menyakiti kita sebagai ladang amal. Maka berusahalah membalas kebenciaan seseorang dengan memaafkannya dan membalasnya dengan kebaikan. Membalas emosi kemarahan yang datang dengan memaafkan.
Berdamai Dengan Diri Sendiri
Cara bijaksana dalam mengendalikan emosi amarah. Setiap orang yang mencintai dirinya sendiri, pada akhirnya akan memaafkan kesalahan dan kekurangan diri sendiri. maksudnya, Mampu mencintai diri sendiri dan memenuhi hati dengan cinta dan kasih sayang.
memahami setiap keadaan yang datang, tidak menyalahkan orang lain, dapat menerima sesuatu yang menimpa diri dengan lapang. Hidup tidak jarang dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa yang membuat emosi tergerak seperti frust, depresi, rasa sakit hati, bersedih, bahagia dan hal-hal yang tidak dapat diramalkan. Kalau mampu berdamai dengan keadaan, berdamai dengan diri sendiri, maka hati akan menjadi lebih lapang. Memiliki hati yang lapang menjadikan kesabaran dan kemampuan mengendalikan emosi kemarahan.
MaizaC’Joe
Friday, January 8, 2010
~*~ Hakikatnya... macam tue ka?? terima ja ~*~





Sunday, January 3, 2010
~*~ Sebelum tue.. Fikir dulu.. ~*~

Hari ini sebelum mengatakan kata-kata yang tidak baik,
fikirkan tentang orang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
Sebelum mengeluh tentang rasa dari makanan,
fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun.
Sebelum mengeluh tidak punya apa-apa,
fikirkan seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum mengeluh bahawa diri ini buruk, lemah, dll
fikirkan bahawa ini cara Allah menguji kita,
bahawa tak ada makhluk sempurna.
Sebelum mengeluh antara suami atau isteri,
fikirkan tentang tanggungjawab yang telah
Allah berikan untuk bersama memikul.
Hari ini sebelum mengeluh tentang hidup,
fikirkan betapa nikmat yang Allah telah berikan.
Sebelum mengeluh "selalu kena leter dengan ayah, mak"
fikirkan Alhamdulillah mereka masih bersama kita
mereka masih ada memeluk erat kita
masih dapat merasa kasih sayang dari mereka.
Sebelum mengeluh tentang betapa
'AKU' telah & selalu di duga,
fikirkan orang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan
kerana Allah mahu menguji sejauhmana umatnya mampu bersabar.
Dan disaat lelah dan mengeluh tentang pekerjaan,
fikirkan tentang kerja itu menyeronokkan.. tanggungjawab
Sebelum menunjukkan jari dan menyalahkan orang,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa
tiada manusia sempurna.
Sebelum runsing memikirkan
laluan yang akan di tempuhi di tahun baru
ingatlah bahawa..
Syukurlah aku masih di beri kesempatan lalui
Sebelum pening dengan kerja
serta perlu siapkan projek di tahun baru
Fikirkan tentang tanggungjawab yang telah di berikan kepada ku
fikirkan... Alhamdulillah aku sentiasa di beri kepercayaan
fikirkan juga ramai yang mempercayai, menyokong aku
terima kasih semua.. bos yang di hadapan ku hee..
Sebelum blog ku pasti akan
bersawang.. penuh habuk selepas ini
tolonglah jengok-jengok
InsyaAllah jika ada kelapangan akan di kemaskini kembali
dan jika ada kesempatan
akan menyinggah ke blog kawan-kawan tersayang
sebelum sayang nak tinggalkan dunia maya ku buat sementara waktu
(blogger , Facebook)
fikirkan tentang tanggungjawabku itu..
terima kasih perkenalan kita semua di alam maya ini
maiza amat-amat hargai... jangan lupa daku ewah..
(tinggalkan pesanan konon mcm dah tak mau muncul pula.. hee)
Dan ketika sedang bersedih
kerna hidup dalam kesusahan, kesepian, kesengsaraan,
Tersenyumlah dan berterima kasihlah kepada Allah
bahawa masih di beri peluang merasa nikmat kehidupan !!!
Alhamdulillah..





