♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Thursday, January 14, 2010

~*~ Ok tak kalau buat begini ~*~


Dalam kehidupan tak akan lari dari merasakan apa yang di rasa. Tahun baru mungkin inilah cerita baru. Kadang tak dapat melawan atau menahan pelbagai emosi yang melanda. Walau di tahan, di sabar tapi tetap sukarnya menahan segala... Kenapa?? Adakah terlalu ego atau hanya buat-buat diri ini kuat menahan segala cabaran dan dugaan. Sudah semestinya kena banyakkan bersabar, tenang diri tapi hakikatnya sukar.. bukannya mudah nak melawan juga menahan. Sesetengah berbicara menangis itu perlu, Adakah apabila menangis kita akan hilangkan semua kegusaran di hati...

Kenapa jadi begini?... memang nak kuat, kuat di hadapan semuanya.. Tapi macam mana? Ya Allah berilah kekuatan ketabahan untuk hadapi, berilah ketenangan... Dihati dan minda ini....

PENAT + LETIH + SUSAH HATI + BERSYUKUR

Kenapa begini??
mungkin kerna dosa-dosa ku yang lalu
tiada keberkatan dalam hidup
pernah sakitkan hati "Ayah & Mak"
dan macam-macam di fikirkan
Kenapa dugaan sentiasa mengelilingi?
Jahatkah aku? Terukkah aku?
YA ALLAH... YA RAHMAN... YA RAHIM
kuatkan aku tempuhi segalanya yang mendatang
tenangkan aku, kuatkan aku, lindungi aku dari
melakukan sesuatu yang di mungkiri olehmu
Adakah Jika mengalirnya air dari kelopak mata
maka aku tak bersyukur selama ini
sebenarnya.. lamanya menahan sabar
tapi ini... adakah ini pengakhiran
pada sebuah cerita yang di tunggu
begitu lama...
kena kuat hadapi, kena kuat berhadapan semua,
hadapi dulu...
mungkin ini caranya menduga kekuatan, ketabahan
moga peroleh ketenangan, kedamaian
YA ALLAH
permudahkan..
terima kasih kawan atas keperihatinan
terima kasih


MaizaC’Joe



Tuesday, January 12, 2010

~*~ Prihatin.. Blogger We Care ~*~


Assalamualaikum kepada semua.. atas rasa tanggungjawab dan rasa simpati sama-samalah kita membantu rakan yang memerlukan pertolongan.. n3 di bawah ini maiza hanya copy dari blog Kak Tirana..

Ini adalah post khas Kempen Blogger We Care bagi membantu meringankan kesengsaraan saudara megat dan keluarganya. Anda boleh ikuti kisah penderitaan saudaraMegat melalui entri – tangisan aku isteri dan anak2...

Inisiatif yang diambil oleh hydir.com dengan memintasemua blogger di Malaysia meletakkan ribbon diatas di blog masing-masing sebagai tanda keprihatinan. Lawati laman web beliau untuk mengetahui maklumat lengkap. Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akanmenyumbang RM1 kepada en. megat melalui penajaan kbsoccer

No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No Akaun Maybank – 1010 7541 8124
Nama Penuh – Faisal Amirul Othman

Jangan membiarkan setiap peluang membuat kebaikan berlalu dihadapan kita tanpa dimanfaatkan dan sesungguhnya dengan menghulurkan sumbangan akan menjadikan kita berada lebih hampir dengan matlamat menjadi umat terbaik yang sentiasa melakukan kebaikan. Semoga sumbangan ikhlas yang kita hulurkan itu akan mendapat keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata’ala

Entri ini saya copy n paste dari blog 'inilah duniaku'kepunyaan mrs. azmi. Saya panjangkan kepada teman-teman yang ingin membuat kebajikan serta menolong sahabat kita yang dalam kesusahan. Sebenarnya saya sendiri pun tidak kenal dengan Encik Megat tapi untuk membantu, tidak perlu tunggu kita kenal orangnya. Tadi saya telah menjenguk blog Encik Megat. Simpati pada beliau, isteri dan anak-anak. Cuma ini yang dapat saya lakukan untuk meringankan beban beliau sekeluarga iaitu dengan menyertai kempen yang dianjur oleh hydir.com.Jom sertai kempen ini. Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini boleh layarihydir.com.


Maiza
bersama-samalah kita meringankan beban
kawan-kawan yang memerlukan
semoga beliau sentiasa kuat
menempuh dugaan
InsyaAllah


MaizaC’Joe


Monday, January 11, 2010

~*~ Tak Sabar Langsung ~*~


Melatih kesabaran hati sangat berhubungan erat dengan suasana hati seseorang. Menurut Richard Wenzlaff, ahli psikologi dari University of Texas,

mengalihkan suasana hati agar menjadi positif dapat dilakukan dengan melakukan selingan yang positif seperti menonton peristiwa olahraga yang dinanti-nanti, film komedi atau dengan membaca buku-buku bacaan ringan.

Melatih kesabaran hati selain mengawal dimensi emosional diri, berhubungan dengan dimensi spiritual seseorang. Manusia yang memiliki orientasi pada nilai-nilai spiritualiasme yang bersumber dari hati nurani, maka ketika terjadi rangsangan pada emosinya, emosinya akan tetap tenang dan terkendali. Kerana aspek mentalnya telah diperkuat oleh nilai-nilai spiritualnya. Suara hati “Illahiah” dalam dimensi spiritual akan menjadi pembimbing untuk beraksi normal terhadap rangsangan emosi.

Kesabaran hati dalam pengertian mampu menerima keadaan, memahami situasi dan dapat mengendalikan emosi dan amarah. Kesabaran hati adalah akar dari rahsia kebijaksanaan hidup. Kebijaksanaan dalam menghadapi berbagai persoalan, betapa pun beratnya dan tetap selalu menebarkan cinta dan kasih sayang.

Memaafkan Dan Membalas Dengan Kebaikan

Dikisahkan bahwa Nabi Isa as pernah dihina, namun ia tetap senyum, tenang, dan mantap, tidak sedikitpun ia menjawab atau membalas dengan kata-kata kotor mengiris tajam seperti yang diucapkan si penghinanya. Ketika ditanya oleh sahabat-sahabatnya, “Ya Rabi (Guru), kenapa engkau tidak menjawab dengan kata-kata yang sama ketika engkau dihina, malah Baginda menjawab dengan kebaikan ?” Nabi Isa as, menjawab : “Kerana setiap orang akan menafkahkan apa yang dimilikinya. Kalau kita memiliki keburukan, maka yang kita nafkahkan adalah keburukan, kalau yang kita miliki kemuliaan, maka yang kita nafkahkan juga kata-kata yang mulia.”

Percayalah, makin mudah kita tersinggung, makin sengsara hidup dikuasai oleh emosi amarah. Padahal, kita dapat menjadikan orang-orang yang menyakiti kita sebagai ladang amal. Maka berusahalah membalas kebenciaan seseorang dengan memaafkannya dan membalasnya dengan kebaikan. Membalas emosi kemarahan yang datang dengan memaafkan.

Berdamai Dengan Diri Sendiri

Cara bijaksana dalam mengendalikan emosi amarah. Setiap orang yang mencintai dirinya sendiri, pada akhirnya akan memaafkan kesalahan dan kekurangan diri sendiri. maksudnya, Mampu mencintai diri sendiri dan memenuhi hati dengan cinta dan kasih sayang.

memahami setiap keadaan yang datang, tidak menyalahkan orang lain, dapat menerima sesuatu yang menimpa diri dengan lapang. Hidup tidak jarang dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa yang membuat emosi tergerak seperti frust, depresi, rasa sakit hati, bersedih, bahagia dan hal-hal yang tidak dapat diramalkan. Kalau mampu berdamai dengan keadaan, berdamai dengan diri sendiri, maka hati akan menjadi lebih lapang. Memiliki hati yang lapang menjadikan kesabaran dan kemampuan mengendalikan emosi kemarahan.


MaizaC’Joe


Friday, January 8, 2010

~*~ Hakikatnya... macam tue ka?? terima ja ~*~

Orang yang paling berbahaya adalah orang yang tidak beradab. Kerana tanpa memiliki adab, menjadi orang yang suka merosak, menghancurkan, dan tidak punya rasa malu lebih-lebih lagi semua orang mengutuk. Mungkin pada mulanya seseorang tidak beradab pada tataran makro, tetapi kemudian melebar hingga ke yang mikro. Misalnya saja, dia tidak lagi mempermasalahkan etika memandu dengan membuat sesuka hati tanpa memikirkan undang dan juga hak. Baginya sama saja. Tak kisah la janji aku puas. Mudahnya menganggap semuanya mudah. Apa saja yang di buat betul padanya.. Tapi tidak bagi orang lain..

N3 kali ini bertujuan sama-sama berkongsikan.. betulkah begitu?? setelah maiza STOP sekejap kerana untuk settle tugasan (tapi tak settle lg.. hee) atas rasa tanggungjawab, di tambah geramnya AKU heehee... dah banyak sangat terjadi atas sikap diri..
uisss..... uisss.... tengoklah tue...

Di tambah pula tengah memandu dengan tenang sambil memikir urusan kejap lagi dah la kena berjuma bos nih.. big boss memang mengerikan hihihi... tiba-tiba.. tengok la situasi mcm tue.. memang lah kan.. menguji kesabaran.... mujur tak laggar kan. dalam hati " kalau kereta aku nie besar gabak, aku laggar ja.. buat dekk" kalau ikut aja hati mcm tue.. habis lah kan... mujur masih bersabar... sabar itu separuh daripada iman.. kalau tak.. tak pasal2 keluar naik mahkamah huh!! pendapat maiza.. why not, kalau dah terkejar masa, angkat lah tangan sambil senyum minta supaya di beri laluan.. comfirm orang bagilah.. dengan senang hati. ya la, mana tau.. wife dia nak bersalin ka atau terjejar fligh ka bas ka hantar anak sekolah ka... apa ja lah.. kalau minta izin mayb senang orang beri.. Relax beb..... he..


masing-masing tak sabar, tak bertimbang rasa
mulalah terjadi macam-macam kan..
tau2 ha.... xcdent plak
sapa yg susah???
mereka dan family mereka kan...
dunia sekarang nie.. semua orang nak cepat, kejar masa.. kita pun nak cepat
so.. sabarlah.... kan boleh juga di elakkan perkara yg tak di ingini..
traffic pun lancar, tak mengganggu...


Satu hari ada la, seorang budak perempuan tue. dah berkerjaya.. dengan hati yang tenang ke office kemudian keluar kerana ada urusan penting di sebuah jabatan. Bila dah sampai tue dia mencari-cari la parking. "OK, dah jumpa ada kereta nak keluar parking, Alhamdulillah.." dengan penuh control ayu si gadis tue dia menunggu dengan sabar. Tiba-tiba zuuuppp..... "Ya Allah..." memang la... kurang ajar asam boi.. suka hati dia rampas parking sambil senyum-senyum pada si gadis.. memang marah, geram tahap gaban.. tak tertahan, rasa mcm nak cekik ja orang tue.. memang tak da adab.. kesian si gadis.. terpaksa cari parking lain. "dah lambat dah nie" orang yg menunggu atas urusan mesti geram dan tak pasal2 kebarangkalian urusan tak berjalan lancar.... huh!!

Turun-turun ja kereta, mata tertumpu pada si perampas tue.. lelaki.. tersengih plak dia.. ee... rasa mcm nak cekik ja.. tapi ok lagi under control. mood pun dah moodys kan.. Ya la dah lambat.. walau 10second oh no.. no.. janji perlu di tepati.. (nak cepat naik pangkat.. haha!! konon..)

Naik lift sekali dengan lelaki perampas tue lah.. mcm nak luku ja kepala dia. Mujur dia tinggi.. hee... turun di tingkat yg sama.. Oooo... rupanya sekali masuk meeting la.. duduk sebelah pulak.. mujur meeting belum bermula.. nak mula mcm mn... semua paper ada kt gadis itu hee.. big boss pun lambat sampai heheehe.. lega "Alhamdulillah" prestasi kena jaga.. semua berjalan dengan lancar.. time makan si perampas tue datang minta maaf.. ha.. kan bagus macam tue dari awal lagi.. ok lah di maafkan.. Please jangan buat lagi!! warning plak..

Walau mcm mn pun.. bertimbang rasa tue penting. jangan mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Hati pun senang, semuanya berjalan lancar.. Dah la Malaysia no 34 (in the world) hohoho.......

MaizaC’Joe


Sunday, January 3, 2010

~*~ Sebelum tue.. Fikir dulu.. ~*~

Hari ini sebelum mengatakan kata-kata yang tidak baik,

fikirkan tentang orang yang tidak dapat berbicara sama sekali.


Sebelum mengeluh tentang rasa dari makanan,

fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun.


Sebelum mengeluh tidak punya apa-apa,

fikirkan seseorang yang meminta-minta dijalanan.


Sebelum mengeluh bahawa diri ini buruk, lemah, dll

fikirkan bahawa ini cara Allah menguji kita,

bahawa tak ada makhluk sempurna.


Sebelum mengeluh antara suami atau isteri,

fikirkan tentang tanggungjawab yang telah

Allah berikan untuk bersama memikul.


Hari ini sebelum mengeluh tentang hidup,

fikirkan betapa nikmat yang Allah telah berikan.


Sebelum mengeluh "selalu kena leter dengan ayah, mak"

fikirkan Alhamdulillah mereka masih bersama kita

mereka masih ada memeluk erat kita

masih dapat merasa kasih sayang dari mereka.


Sebelum mengeluh tentang betapa

'AKU' telah & selalu di duga,

fikirkan orang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan

kerana Allah mahu menguji sejauhmana umatnya mampu bersabar.


Dan disaat lelah dan mengeluh tentang pekerjaan,

fikirkan tentang kerja itu menyeronokkan.. tanggungjawab


Sebelum menunjukkan jari dan menyalahkan orang,

Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa

tiada manusia sempurna.


Sebelum runsing memikirkan

laluan yang akan di tempuhi di tahun baru

ingatlah bahawa..

Syukurlah aku masih di beri kesempatan lalui

Sebelum pening dengan kerja

serta perlu siapkan projek di tahun baru

Fikirkan tentang tanggungjawab yang telah di berikan kepada ku

fikirkan... Alhamdulillah aku sentiasa di beri kepercayaan

fikirkan juga ramai yang mempercayai, menyokong aku

terima kasih semua.. bos yang di hadapan ku hee..

Sebelum blog ku pasti akan

bersawang.. penuh habuk selepas ini

tolonglah jengok-jengok kan.. hee... sapu-sapu mana yang patut

InsyaAllah jika ada kelapangan akan di kemaskini kembali

dan jika ada kesempatan

akan menyinggah ke blog kawan-kawan tersayang

sebelum sayang nak tinggalkan dunia maya ku buat sementara waktu

(blogger , Facebook)

fikirkan tentang tanggungjawabku itu..

terima kasih perkenalan kita semua di alam maya ini

maiza amat-amat hargai... jangan lupa daku ewah..

(tinggalkan pesanan konon mcm dah tak mau muncul pula.. hee)


Dan ketika sedang bersedih

kerna hidup dalam kesusahan, kesepian, kesengsaraan,

Tersenyumlah dan berterima kasihlah kepada Allah

bahawa masih di beri peluang merasa nikmat kehidupan !!!

Alhamdulillah..


Maiza..
Life is a gift..
Live it…
Enjoy it…
Celebrate it…
And fulfill it..


MaizaC’Joe