♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Thursday, November 4, 2010

♥♥ Sesekali ia menjengah ♥♥

Assalamualaikum


Sudah lama benar Maiza menyepi. Kesibukan memikul komitmen sebagai anak, sebagai hamba Allah di muka bumi ini tidak akan di lupakan selagi belum tertutup rapat mata ini hingga ke akhir hayat InsyaAllah. Alhamdulillah kini jari jemari kembali beraksi meneruskan legasi Cinta Maiza.... tarikh terakhir entri 8 oktober 2010 ♥♥Pentingnya mereka♥♥ bermulanya debaran demi debaran.. dugaan silih berganti. Walupun kepayahan kami lalui lorong harapan namun, Allah permudahkan... Syukur Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau maha agung, maha pengasih lagi maha mengetahui....   

Apa khabar semua.. Maiza harap semua sahabat sihat hendaknya sentiasa berada dalam redha Allah InsyaAllah.. Menyepi bukan bermakna Maiza terus melupakan semuanya ini kerana diri ini perlukan masa menarik nafas, mencari ketenangan, duduk merehatkan lelah sebentar.. Sibuk dengan aktiviti harian.. komitmen berterusan.. terasa benar-benar di hargai :-) 

Status di facebook

Maizatul Hayah wishing ur peace in ur heart today and always... Enhanced by Smiley CentralAssalamualaikum... moga semuanya sihat dan sentiasa berada dalam redha Allah.... 10 hours ago  ·  · 


8 Oktober 2010 : Kembali ke kampung halaman bersama ayahanda dan bonda tercinta dengan harapan ketenangan terisi. Pagi yang indah mendapat panggilan dari Hospital Pulau Pinang " 9 oktober 2010 ayahanda perlu di masukkan ke ward " ini bermakna keesokan harinya. Terdetik di hati.. ALLAH cepatnya.. adakah aku dan kami dapat lalui sesuatu yang belum pasti penghujungnya... cuba gagahkan diri memberitahu pada ayahanda. Ketika itu kelopak mata bergenang tetap di tahan.. Allah permudahkan padaku untuk memikul tugas ini.. Alhamdulillah walaupun ketika hari terakhir di kampung ayah bertemu dengan bondanya tercinta.. mereka menangis penuh kesayuan.. terasa berat YA ALLAH... kurniakan kekuatan dan ketabahan kepada ayandaku lalui ujian mu ini...

  
9 Oktober 2010 : pelukan kesayuan terus menerus di terima Maiza dari orang-orang kesayangan di sekeliling " jaga ayah, jaga mak elok-elok" pesan seseorang ketika memeluk erat diri ini di iringi tangisan kesayuan " Ya aku perlu teruskan, Ya Allah bantu aku" Ayahanda di bawa ke hospital Pulau Pinang.. dan di masukkan ke ward A1 Jabatan Pembedahan Kardiotorasik.
10, 11, 12, oktober 2010 : Ayah di pantau sebelum pembedahan di lakukan ke atasnya.. entah kenapa Maiza tiba-tiba lemah.. mujur adinda The Picture of Life (@tici@)  turun dari KL bersama-sama Maiza walau apa yang akan di tempuh... kami tetap bersama...

12 Oktober 2010 : ayahanda di sahkan akan menjalani pembedahan pada ke esokkannya 13 oktober 2010. Doa kami sentiasa mengiringi.. Ayahanda nampak gugup dan risau.. Hati Maiza tersiksa, sakitnya tengok ayahanda walaupun kadangkala nampak tenang di mata namun di minda.. di hati.. siapa yang tahu... hanya DIA yang mengerti.. 


13 Oktober 2010 : debaran semakin terasa.. pada mulanya kami di khabar oleh doktor, ayahanda akan menjalani pembedahan pada jam 7.15 pagi.. Jam 5 pagi Maiza dan Mak menanti di luar ward.. walaupun kesejukan pagi hari menghimpit kami Namun, sesekali terasa kebas seluruh anggota tapi kadang kala tidak terasa.. Mata terus tertumpu pada pintu ward A1.. sambil tak putus-putus kami memohon kepadaNYA... kami di beri kelonggaran masuk ke ward seawal 6 pagi Alhamdulillah... sokongan kami tak berbelah bahagi kepada Ayahanda tercinta.. 

Dari 7.15 pagi ke 8.00 pagi.. terus di tunda.. terdetik lagi di hati.. " Ya Allah kenapa ini, di tunda dan terus di tunda.." di sebabkan tekanan darah ayahanda tidak stabil menyukarkan untuk meneruskan pembedahan.... 45/50, 40/50, 55/60 begitu seterusnya... rendah dan sangat rendah...

Debar Menanti detik ALLAH....

Ya Allah apakah tandanya ini.. bantu kami Ya Allah... 8.30 pagi sekali lagi tekanan darah ayahanda di ambil..  Alhamdulillah 121/80 stabil! persediaan di lakukan ke atas ayahanda.. tak sampai hati melihat ayahanda.. terasa ingin sekali menggantikan tempatnya.. kami berjalan menyusuri lorong-lorong harapan walaupun amat berdebar dan gentar menghimpit namun tetap gagahkan jua..

8.45 pagi... sebelum ayahanda di masukkan ke operation theatre.. " ok isteri dan anak-anak En. Che Juhari.. sebelum masukkan ke OPT boleh minta maaf kat ayah..."

ALLAH tak dapat di bayangkam ketika itu.. Rupanya aku akan alami semua ini.. kata-kata terhenti membisu, kecelaruan terus menyapa.. kelopak mata penuh dengan genangan yang tak dapat di halang lagi.. 

Maiza anak sulung orang pertama.. mendekatkan diri sambil jari jemari menggenggam tangan ayahanda... " ayah tawakkal.. tabah, kuat ayah " nada tersekat.. ucapan memohon ke maafan tidak di pinta.. YA ALLAH... ayahanda hanya mengangguk... kami terus menahan tangis... Doa sentiasa mengiringi....

9.00 pagi ayahanda di masukkan ke operation theatre... kami menanti penuh debaran.. handphone di tangan sentiasa di pegang.. berdoa dan terus berdoa moga semuanya berjalan lancar... Amen

5.30 petang melihat doktor keluar masuk OPT hati kami terus berdebar... 8 jam menanti suatu jangka masa yang tidak dapat di bayangkan.. 

5.40 handphone di tangan berdering.. waris kepada Che Juhari?.. ya saya.. boleh datang ke CICU 116.. kami terus berlari menuju ke sana.. Melihat ayahanda seluruh anggota bandannya di penuhi wayar Allah terasa benar-benar di awangan.. Doktor mahu berjumpa waris.. buat pertama kali bertemu doktor... " Alhamdulillah walaupun operation begitu rumit, syukur semua berjalan lancar. Setakat ini masih di zon kritikal kita akan terus memantau 24 jam bermula sekarang" kata-kata doktor membuatkan maiza terpejam sejenak hanya mampu di sebut ALLAH. ALLAH ALLAH

Malam itu kami terus menanti terus menanti... kami menghantar Bonda tidur di rumah rehat. Kami dua beradik menanti berhampiran CICU.. tidak tidur semalaman.. entah kenapa mungkin terlalu bimbang... sehingga pagi kami hanya duduk di kerusi sesekali terlelap seketika.. malam itu juga pelbagai tragedi.. dugaan menimpa.. biarlah terus di semadikan di lubuk hati ini... 

14 oktober 2010 ayahanda sudah sedar.. Alhamdulillah.. namun masih lemah...

15 oktober 2010 kami di kejutkan dengan keadaan ayahanda tidak begitu stabil.. Ya Allah sekali lagi kami terus di duga... bonda, adinda sudah mula menangis hilang punca.. Maiza terus tenang.. menuju ke CICU menjenguk ayahanda.. Maiza di khabarkan oleh Doktor yang bertanggungjawab " ayahanda mengalami masalah buah pinggang " Allah...... aku perlu kuat!!.. di luar mereka berdua sangat memerlukan aku... belum menitis lagi sudah ku kesat segala yang menerpa... berbincang dengan doktor langkah terbaik untuk ayahanda.. Dialisis........ mampukah ayah?? tabahkan lah ayahku Ya Allah.....


11 oktober 2010
2 hari sebelum operation


19 oktober 2010
di wad A1 kardiotorasik


9,10,11,12 oktober 2010
17 - 23 oktober 2010
kenangan yang tak mungkin di lupa



13 oktober 2010
tarikh tarikh tak mungkin di lupakan
Hari pembedahan menanti selama 8jam
Berdebar menanati detik demi detik


13 - 17 oktober 2010
Di masukkan ke CICU
di depan pintu ini kami menanti dari pagi hingga petang
petang hingga malam
begitulah seterusnya....
penuh debaran
Unit rawatan rapi Kardiothorasik
( Maiza tak sampai hati nak snap pic ayahanda.. maiza mahu lupakan keadaan ayahanda ketika di CICU)


inilah lorong harapan kami
bukan kami sahaja bahkan semuanya
lorong ke operation theatre dan CICU


23 oktober 2010
Selamat tinggal Penang untuk kenangan yang tak munkin kami lupakan seumur hidup ini
kami akan sentiasa menjengah ke sini mengikut tarikh yang di tetapkan
untuk follow up kesihatan ayahanda

15-16 oktober 2010 hari seterusnya ayahanda muntah-muntah tiada selera makan.. doktor makin risau dengan kondisi ayahanda.. muntah selepas operation tak elok pesakit... Kami ikhtiar cari jalan... pernah juga kami buntu di mana harus kami mulakan lagi... kami terus berdoa.. berkad kesabaran Doa juga sokongan dari sanak saudara, sahabat semua kami berjaya juga lalui lorong-lorong itu.... Alhamdulillah.....

17 oktober 2010 kondisi ayahanda semakin stabil... sebelah petang ayahanda di pindahkan ke ward A1 Jabatab Pembedahan Kardiotorasik... tetapi masih di fasa 3.. masih ada wayar yang melekat.. "tak apalah pelan-pelan ayah" 

18, 19, 20, 21, 22, 23 oktober 2010 : genap 2 minggu kami di Hospital Pulau Pinang dari ward ke operation theatre.. di masukkan pula ke CICU selama 5 hari 4 malam... kemudian Genap 15 hari ayahanda di benarkan pulang... Syukur.. Syukur Alhamdulillah Ya Allah... atas bantuan Mu juga doa dan sokongan tak putus-putus di terima kami akhirnya berjaya lalui lorong-lorong yang semakin terbuka luas.. mudah-mudahan berterusan Ya Allah...... Amen Ya Robbal a'lamin....


Memandang dan merasa tak sama
Tapi Indahnya bila menerima

Hanya ini sebagai pengganti diri
mewakili keluarga amat terhutang budi dan nyawa
T.kasih doktor!!
Alhamdulillah Syukur Ya ALLAH
Istimewa untuk
Dato' DR. HAMZAH, DR. ANAS, DR LARM, Dato' DR AMIN (KMC), DR HORALD, DR FAUZI
MR BASHER (DR), DR. RAMLI, dan juga Doktor-doktor  yang terlibat dalam pembedahan..
semua Jururawat ward A1 Jabatan Pembedahan Kardiotorasik
juga Jururawat Unit rawatan rapi Kardiotorasik (CICU)
Hospital Pulau Pinang

Friday, October 8, 2010

♥♥ Pentingnya mereka ♥♥


Assalamualaikum

jari jemari kurang ligat untuk menari, hati berbisik  Ya Allah kurnikanlah ketabahan senantiasa kepadaku moga aku dapat teruskan jalan-jalan ini terus tenang. Siang tadi dapat panggilan dari Penang. Ayah akan di masukkan ke ward mulai esok dan akan menjalani pembedahan. Selaga puji bagi Allah.. mohon semuanya berjalan lancar.. Hati ayah tenang, tabah lalui semuanya dugaan ujian darinya...

Alhamdulillah Allah makbulkan doa' maiza... selagi hayat ini di kandung badan.. selagi itu berilah peluang kepada hambamu yang kerdil ini berkhidmat kepada ayahanda juga bonda tercinta.. Syukur Alhamdulillah.. moga semuanya berjalan lancar Amen Ya Robbal 'alamin...

 Mohon sahabat doa'kan ya... Terima kasih....... 

Saturday, October 2, 2010

♥♥ Hati keterlaluan penat ♥♥



Assalamualaikum
moga semua sihat hendaknya....

kenapa dengan hati ini kurang tenteram, kenapa dengan mata ini? sangat payah nak lelap.. apa yang di fikirkan kadang kala terlalu berat. Rasa seperti cuba nak lupakan kenangan itu tapi bila mencuba terlalu sukar nak lupakan.. lagi cuba untuk lupakan lagi payah Ya Allah mudah-mudahan hati ini sentiasa terpelihara.. Ya Allah peganglah, simpul dan ikat ketat hatiku ini... mudah-mudahan aku sentiasa mengingatimu.... 

Malas nak ingat lagi. Lupakanlah jangan dekat jangan hampir lagi.. lagi best bila tak dapat lelap mata pagi-pagi begini blogwalking la.. sambil-sambil layan apple hijau gaul dengan garam.. nyam.. nyam.. nyam... makan sedap.. nikmatnya makan apple hijau daripada fikir hal yang tak perlu ada di fikiran.. tak mau fikirlah!! manusia kadang kala terlupa nikmat yang ada, kenapa tidak hargai.. tapi apabila nikmat menjauh tiba-tiba di cari pula.. aduhai.. manusia-manusia.. sedarlah!!

Hidup ini penuh dengan impian dan harapan
ingin sekali ku mengecap segalanya
namun tangan belum sanggup untuk menggapainya
keinginan yg terkadang memenuhi fikiran dan jiwa
dan terkadang begitu hampir
terkadang juga begitu jauh dan jauh sekali
ku cuba menahan hasrat untuk memilikinya
ku sedar untuk meraihnya perlu perjuangan
agar ada penghargaan akan pencapaian
kenikmatan lebih mendalam 
jika diraih dengan kerja keras dan usaha
jangan ragu untuk bermimpi
wujudkan impian untuk menggapai kebahagiaan
Namun, kadang kala hati sakit pedih tidak terhingga
dan kadang kala hati terlalu penat
fikiran kosong.. Jiwa cuba menggagah jua
Tapi, hati jangan lupa ingatlah ALLAH

Saturday, September 25, 2010

♥♥ Dalam keresahan ada ketenangan ♥♥


Assalamualaikum

Salam Ceria... aduh.. Rindunya nak muncul di sini.. dah lama juga Maiza menyepi buat sementara kerana komitmen kerja terlalu membataskan waktu untuk tersenyum simpuh di sini.. hehe.... dah lebih 2 minggu rupanya tak update hehe... bila blog ada problem hari tu.. jari jemari ini tak tertahan nak memetik keyboard.. bila dah ok.. di biarkan terbengkalai bersawang lagi :) dah la tu.. tak ada cerita pula tu di tambah pula malas nak menaip aduhai....... bertambah teruk la.. lagi geram streamyx buat hal sungguh menjadi-jadi kebelakangan ini... bukan setakat slow langsung tak boleh nak on9... Maiza rasa macam nak geget-geget ja modem ni.. pakai broadband pun macam kura-kura.. kura-kura lagi jalan laju... nak kata tak bayar bil... ehh.. on time mesti settle.. kalau tak bayar tu lain la.. tak boleh on9 pun dah tau sebab apa hehehe..... (sebab tak settle bil kan ^ L ^ )

Start pertengahan Ramadhan hingga la pertengahan syawal busy yang teramat-amat.. Busy kena prepare open house Jabatan.. Aduhai kenapa la Maiza yang tak tau make up ni terpilih jadi AJK penyambut tetamu untuk VIP siap ada protokol lagi... dah la tu orang lain semua cuti lama.. mood raya best. Maiza raya ke-4 dah start kerja.. huhu.... macam salam perantau ja... hihihi.... mana taknya.. Maiza apply cuti seminggu.. aleh-aleh ada staff buat muka kesian plak.. jabatan Hasil dan kewangan mana boleh di biarkan kosong so... Maiza terpaksa akur kesian plak kat kakak-kakak tu.. berkorban lah kononnya... ecehhh.....

Bab open house dah settle.. ini kena cover audit pulak... aduii... asyik Maiza ja tensi-tensinyaaa... ( hehe.. saja nak lepaskan geram sikit )
kata Dato' ~~~ Cik Maiza tau, tahun ni sambutan rumah terbuka terbesar dan U patut berbangga U bersama yang lain handle.....
erkkk.... senang ja dia cakap kan... dia boleh la.. arah sana-sini.. U ini... U pula itu.... ergghhh... geramnya... kerja dia senang ja.. Jemput golongan VIP ringankan mulut bagi kad jemputan ja... Big Boss la kata kan.. kami yang tak berapa boss ni selalu makan hati hahaha.... kesian sungguh... tak pa la.. nak buat mcm mana saya yang menurut perintah kan.... erkk.. kalau Dato' baca statement ini... haa.. mampos nak jawab.. 

Apa-apa pun tak apa la.. Big boss kan.. so.. staff semua kena akur.. terima tanggungjawab lakukan dengan seikhlasnya...... so esok... prepare untuk audit pula.. sekarang ini cuti hujung minggu pun dah tak berapa cuti.. asyik busy.. busy.. and busy.... forever and ever ka...? huhu..


♥Tenanglah wahai hati 

Thursday, September 9, 2010

♥♥ Aidil fitri di hati ♥♥




Dikesempatan ini Maiza ingin memohon…
Ampun dan maaf andainya Maiza ini…
Terkasar bahasa dalam berbicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Di hari yang mulia sepuluh jari Maiza hulurkan,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana Maiza masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin
Jika ada terlajak gurau senda seusia perkenalan kita semua
Sedih pula nak tinggalkan ramadhan

Kullu ‘Am Wa Antum Toyyibiin.
كُلٌّ عَامٍ وَ أَنْتٌمْ بِخَيْر
كُلُّ سَنَة وَ أَنْتٌمْ طَيِّبِيْن