♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Friday, January 7, 2011

♥♥ Ketika Di Jemput, Tidak akan terlewat walau sesaat pun ♥♥



Assalamualaikum

Begitu tenang dan nyaman ketika ini.. Syukur Allah masih mengurniakan nikmat.. untuk bernafas.. untuk mengecap segalanya dalam kehidupan ini. Namun, sebagai hambanya pasti akur akan kehendakNYA.. Terimalah dengan berlapang dada InsyaAllah.. 

Sudah beberapa hari tidak beronline di laman sesawang Facebook.. berita ajal menjemput di terima silih berganti.. inilah ketentuan dariNYA siapa pun tidak akan mengetahui selagi belum tiba masanya.. Hanya DIA.. tidak akan terlewat walau sesaat tika masanya sudah tiba......

Dalam kehidupan ini, hidup dan mati ditentukan sepenuhnya oleh Allah SWT. Mungkin kita boleh mencari doktor paling pakar dalam dunia untuk merawat segala penyakit, namun apabila apabila ajal menjelma tiada apa yang dapat menghalang nyawa dicabut malaikat yang taat dan patuh kepada Allah SWT. Namun kita sentiasa disaran menjaga kesihatan dan nyawa yang diberi Allah dengan penuh amanah kerana itulah arahan Yang Maha Kuasa.

Tiada apa pun yang kekal sebenarnya dalam dunia ini, semuanya bermula dengan tiada, kemudianya ada, kemudiannya tiada, kemudiaan ada untuk menerima penilaian Allah. kita dijanjikan bahawa penilaian paling agung adalah apabila kita berdepan dengan mahkamah Allah SWT di padang masyar InsyaAllah yang mana mulut dikunci rapat untuk membela diri, semua anggota badan menjadi saksi kepada diri sendiri. Hari di mana manusia tiada ruang untuk membohongi kecuali menerima semuanya sebagai saksi Kebesaran Illahi.

 Namun apabila hari itu menjelma, nescaya kudrat Allah SWT jua akan menaikkan atau menurunkan seseorang manusia itu. ALLAH.... Sesungguhnya! aku paling takut bukan tentang turun atau naiknya seseorang manusia, yang paling takut apalah yang hendak dipersembahkan di hadapan Allah SWT apabila menjelma hari pertemuan di padang masyar nanti.

'Apabila nafas seseorang telah mendesak sampai dikerongkongan dan dikatakan kepadaNya. 'Siapakah yang dapat menyembuhkanmu?' dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dengan dunia telah tiba dan tautan betis kiri dan betis kanan. Kepada Tuhanmu-lah pada hari itu kamu dihalau.' (QS. al-Qiyamaah : 26-30).

"Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan." (21:35)

AL-FATIHAH

Thursday, January 6, 2011

♥♥ Terasa punah! biarkan saja ♥♥

Doa Apabila Dalam Keadaan Tertekan (Stress)

( baca doa' di atas.. Alhamdulillah tenang )

Stress istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan dan lain-lain. Gejala stress terhasil apabila seseorang itu merasa keperluan melebihi daripada keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya..


Assalamualaikum..

Hari ketiga bekerja di tahun baru, kalau nak di katakan letih dah biasa sangat semua itu biasa dan tak ada masalah pada sesiapa pun kan. Tapi kalau kena marah, kena komplain, dan blablabla.. memang tension sangat. Tak kisah la nak marah macam mana pun asal jangan mengecilkan maruah orang ALLAH MARAH!

kes 1 : Memo yang di terima tak masuk akal ( buat memo pun tak tau ) mengelirukan. Jadi, yang penerima-penerima memo ikut saja apa yang tertera di memo. Bila apa yang di perlukan telah di hantar.. dah salah la pula, nampak sangat sengaja nak cari salah orang. Jangan ingat boss berpangkat tinggi yang sombong tau, tapi yang di bawah la.. demand tak tentu hala.. SOMBONG BERLAGAK! (bukan semua)

Apa salahnya tegur elok-elok, cakap baik-baik.. ingat orang budak-budak ka apa nak marah, maki pelik-pelik... sungguh malu dengan manusia macam itu.. kecelaruan hormon agaknya..

Kes 2 : Bila orang di bawah kita bergaduh dengan public.... mesti kita yang kena serang punya.. Jadi dengan tahan sabar... diammmm ja.. biar jaaaa.... cakap baik-baik... public betul, biar kita salah pun tak apa.. iya lah, kita lah yang bertanggungjawab! anak buah kita mesti kita punya lah kena.. bila di tanya kedua-dua belah pihak.. tak mungkin lah nak mengaku salah masing-masing....

Kedua-dua kes di atas : " Ingat depa ja tau marah.. depa belum tengok macam mana kita marah" Sabar lagi..... banyak-banyak!

Kesimpulannya, 2 hari berturut-turut memang kena hentam teruk, letihnya.. letih kerja tak ada masalah.. bila letih memikir.. teruk sangat rasanya.. 

Harapan, moga esok selesai semua masalah... ada banyak hal lebih besar nak kena di selesaikan.. hal kecil macam tu.. aduhai... 

"Sabaq la.. orang macam-macam pesenn.. biaq pi lah kat depa.. minta kat Allah.. DIA tolong!" kata mak.. (mengadu pada mak sambil mata tengok mak.. tahan nak nangis.. huhu... ALLAH sabarkan lah.. kuatkan lah aku)"


Monday, January 3, 2011

♥♥ Entri Pertama di tahun baru ♥♥

Assalamualaikum

Entri pertama di tahun baru. Hari pertama kerja di tahun baru walaupun 3 januari 2011.... lah.. dah 2011 cepat betul rasanya.. Rasa baru ja create blog dan berkenal kenalan dengan sahabat maya semua kan? erhmm... makin hampir ke penghujung.. lumba-lumba kejar-kejar lagi.....

Semalam dah memang plan " nak kena keluar awal nih, mesti jam punya lahh "
So, pagi-pagi lagi memang keluar awal dari biasa.. agak luar biasa :) iya lah nak lari dari jam kononnya... dengan bersemangat waja.. azam tahun baru lah kann.... ahahaha.... gelak la sorang.........

Keluar rumah ja... Allah nak belok kereta keluar jalan utama pun tak boleh... aduhaii... jng harap la kereta-kereta lawa tu nak  beri laluan.. JANGAN HARAP! terus angkat tangan buat isyarat STOP hehe.. yes! yes! berjaya.. ada juga yang kesian.... Terima Kasih hanya Allah saja dapat membalasnya... :)

Bayangkan.. biasanya tekan pedal minyak ala-ala drive sopan santun 80-100km/j tapi pagi tadi.. paling laju boleh tekan minyak 30-40km/j... terfikir juga.. "ehh.. bertambah ramai masuk sekolah..." belajar rajin-rajin.. 

 "Maiza... how jam can it be kalau kat alor setaq tu?" tiba-tiba ada notification tertera di fon... ada post comment kat wall FB.. ehmm...
hamboi.. hamboi.. hamboi.. try la dok sini 2 hari pun cukup la... 

Boring menunggu turn snap lah suka hati... :)


jam + hujan lebat

Harap esok tak la jem gnie lagi hehe.. jng harap la...




Akhirnya...... sampai juga office dengan selamat.. Alhamdulillah walaupun ada kereta di hadapan.. berlanggar di antara satu dengan lain.. hampir 10 buah kereta! Alhamdulillah tak terlibat sama.. syukur!

Tapi yang tak bestnya.. azam dah tergolek awal-awal ni.. mana taknya.. 8.30am baru sampai office aduhai.. 1 1/2 jam.. biasa bertolak dari rumah.. 20-30minit dah boleh sampai.. kalau jam.. dulu la.. 40 minit dah boleh sampai.. hari ni tak terkawal lah pulak...

Tabik spring untuk abang-abang dan kakak-kakak Polis... kalau tak da depa.. lagi la jam teruk.. 

Friday, December 31, 2010

♥♥ Menutup tirai 2010, Selamat Datang 2011! ♥♥



Biar senja belum kian berlabuh
Biarpun malam belum berakhir
Langit seakan pecah menyinari bumi
Bersinar lagi indah sekali

Saat itu aku kembali merenung panjang
Saat itu datangnya gembira silih berganti
dan tidak mungkin aku lupakan
sepanjang hidup ini....

Ingin kutinggalkan bait-bait Luka lama
Untuk menyambut senyum yang baru
Tahun telah di lalui dengan menghadirkan berbagai cerita..
cerita indah..
cerita bahagia..
cerita kesedihan..
dan cerita – cerita kehidupan beraneka warna

Kini tahun kan berganti,
yang lama di tinggalkan,
kini menggamit kedatangan,
berganti dengan tahun yang baru..
harapan baru..
cerita baru..
dan mungkin kehidupan yang baru..

Apa yang telah kita lalui di tahun ini..
Penuh dengan ujian
serta dugaan dariNYA
kenangan indah..
atau pun kenangan pahit..
akan sentiasa tersimpan kemas dalam ingatan..

Di tahun yang baru nanti..
InsyaAllah berusaha untuk lebih baik dalam segala hal,
Perbaiki di mana kerosakan..
menambah semua kekurangan..
merubah kesalahan untuk lebih benar..
untuk kehidupan yang lebih baik..

Segalanya memulai lembaran baru..
mengisi cerita baru..
mimpi untuk jadi nyata..
dan harapan untuk terkabulkan..


Apabila bibir sentiasa terukir sekuntum senyuman, mampukah hati  juga turut tersenyum?

Alhamdulilllah Segalanya berjalan, sesuai dengan qadha' dan ketentuanNya. Di sebalik segala peristiwa ada suka, ada duka. Apa yang selama ini ku takutkan, malah menyenangkan..  terus ku cuba susuri lorong-lorong harapan dengan segenggam impian.... moga aku terus tetap di situ dan terus bertahan... InsyaAllah....

Tahun ini adalah antara tahun yang penuh dengan ujian dan dugaan.. entah berapa muka surat yang mampu di sempurnakan.. biarlah segalanya terpahat di hati yang tidak mungkin luntur dalan ingatan...

Selamat Tahun baru 2011!
Selamat tinggal 2010
semakin bertambah kian meningkat
Moga terus bersedia dengan setiap detik dan saat
sepanjang perjalanan hidup ini....
Bersedialah untuk melangkah lagi!
Teruskanlah tersenyum


Setiap langkah-langkah kehidupan
yang sedang atau pernah di jalani
baik berupa kebaikan mahupun keburukan
akan terhubung di masa mendatang
dan di saat itulah baru di sedari dan tahu
mengapa itu harus terjadi…
lantunkanlah selalu doa’-doa’ mulia dalam kehidupan
InsyaAllah mudah-mudahan Tuhan menjadikan kita lebih mulia
meskipun mekanisme yang Allah berikan seringkali membuatkan airmata berlinang
Dan beban yang memuncak di dada...
moga terus berlalu pergi..
Alhamdulillah Syukur

PS: yang mana belum tercapai.. kena carry forward la nampaknya.. :)

Sunday, December 26, 2010

♥♥ Datang dengan beribu makna ♥♥

Jalan cinta yang di terima Allah
InsyaAllah

Yang di tunggu tak kunjung tiba.. 
yg muncul pula membawa beribu makna.... 
Bersabar dan berdoa..... 
walau penantian itu kian menambah rasa.... 
dalam beribu makna ada sebutir sejati..... 
dah itulah dia... 
 seribu makna yang datang keterlaluan pantas sebenarnya...
maka makin kian mencabar naluri..
pantas itu mengejutkan..... 
pantas itu menguji kita utk cepat..
samada cepat akal atau emosi dalam membuat pilihan...
 apabila tiap pantas yg datang menguji secara tiba-tiba.. 
membuatkan berpinar rasanya.. 
bimbang pula pilihan yang di buat mengikut emosi.. 
bukan akal sebenarnya..
tunggu tak lama.... kunjungnya pula bertalu dan bertubi
membikin hati hati bertanya.... yang mana satu???
yg pasti yang datang bertubi membikin keresahan dan menambah ketakutan.. 
yang mana satu pilihan sebetulnya di hati.....
Allah

Assalamualaikum 

moga semua berada dalam redha Allah..
hampir 3 minggu juga Maiza tak meluah apa-apa yang terbuku di sini.. atas sebab kesibukan melanda diri.. kesibukan dengan kerja-kerja yang sentiasa memenuhi jadual... juga kesibukan hati yang makin di penuhi sesuatu yang tidak di rancang sebenarnya.. Entah la.. apabila masa pantas berlari.. kaki kelu untuk mengejar kembali.. Adakah penat datang mengusik diri...? bukan... tidak sama sekali.. mungkin mencari masa untuk ketenangan hati memilih mengikut akal yang di beri.... InsyaAllah

sebagai hambaNYA...
Perancangan sentiasa di atur.. tersusun kemas
Allah merancang juga menentukan
Tidak langsung mengecewakan


award dr kak tinie
terima kasih atas ingatan