♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Tuesday, October 25, 2011

♥♥ Bunga dalam Hati ♥♥


Assalamualaikum

Ya Allah.. lamanya tak update blog.. Alhamdulillah tiba-tiba terdetik di hati... jari jemari mula rancak menunjuk aksi.. Moga sahabat semua sihat dan sentiasa berada dalam rahmatNYA.. Alhamdulillah masih lagi mampu di uji dengan pelbagai bentuk... Alhamdulilah.. masih redha mahupun bersyukur..

Berdiam bukan kerana tak ingat... malah, makin mendalam ingatan tu.. nikmati kehidupan indah dengan sentiasa bersyukur.. Namun, kadang kala kehidupan yanga makin di himpit dengan pelbagai 'peristiwa' yang tidak masuk akal.. iya.. itulah kehidupan.. kadang kala melibatkan hati yang begitu sukar untuk di bicarakan. Kadang kala kita gembira, Malah, kadang kala kita sedih. Siapalah kita untuk menidakkan akan kehendakanNYA. 'Janji Allah itu tiada mungkir' bersabarlah.. tenanglah wahai hati, tabahlah wahai jantung, bertahanlah wahai mata..... moga Allah sentiasa memberikan ketenangan hati pada setiap pelusuk.. Amen Ya Robbal a'lamin.... 

Sekarang amat sibuk dengan kehidupan bekerjaya seperti biasa.. sibuk membuat sesuatu persiapan... juga sibuk melakukan persiapan untuk kehidupan akan datang InsyaAllah.. maka, bermacam-macam yang bergeligar di kepala. Kadang kala apabila terlalu banyak 'save' di kepala.... tak sempat pulak nak proses.. maka akan JAM!! di situ Ya Allah...... hanya DIA yang maha tahu.... Alhamdulillah... perlahan menerima dengan tenang.. dan berjaya merungkai persoalan... 

Apabila terdetik di hati... Ya Allah... semuanya hanya kerana Allah... Aku ikhlas melakukan itu dan ini.. aku ikhlas menerima itu dan ini.... makin indah senyuman dalam kehidupan Alhamdulillah... 


Semuanya kerana Allah, insyaAllah... bersaksikan hebatnya ganjaran yang menanti untuk orang-orang yang ikhlas kerana-Nya. Semoga terpilih untuk tergolong di kalangan orang-orang yang mukhlisin (orang-orang yang ikhlas).. amin ya robbal a'lamin..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Monday, August 29, 2011

♥♥ Seikhlas kata setulus kasih.. ♥♥


Assalamualaikum

Tangan di hulur maaf di pinta
semurni hati, seikhlas kata
setulus kasih....
tiada penghujungnya....

moga semua sahabat sentiasa di rahmati OlehNYA.. makin lama.. makin malas update blog.. makin jarang di sini.... Namun, tidak mungkin lupa... Semalam insyaAllah.. mungkin malam terakhir terawikh... Di kesempatan ini, Maiza memohon maaf di atas segala-galanya.. kelemahan yang ada...



           "Salam AidilFitri moga silaturrahim kita mendapat ke redhaan Allah sentiasa"



Tuesday, August 16, 2011

♥♥ It sound very sweet ♥♥



Assalamualaikum

apa kena mengena dengan sweet.. manis.. sangat manis.. Setiap perkenalan bermula yang tidak di sangka akhirnya boleh menjadi agak rapat tapi terbatas.. cukup manis.. boleh buatkan bibir sentiasa membuahkan senyuman... tak lekang tawa sana sini.. Alhamdulillah..

Kadang kala suatu perkara yang buat kita pening untuk berfikir.. serabut untuk di simpan.. lebih baik.. jangan timbul persoalan.. berterus terang.. itu lebih mudah dan cukup berkesan.. sama-sama merasa puas.. sama-sama rasa manisnya tiap perkenalan..

Begitu juga bila merasa sesuatu itu perlu untuk di tegur. Tapi merasa bimbang mengecilkan hati pihak lain.. tapi perlu! cuba bersimpul.. berolah cerita.. sama-sama berfikir.. bukan dengan nada yang tegas.. itu akan mengeruhkan keadaan... lembut tiap baris kata.. walaupun hanya di alam maya...

Akhirnya

" That so sweet... tq "

psstt.... hanya Maiza saja yg faham :)

moga sahabat semua sihat ya..

Saturday, July 30, 2011

♥♥ Apabila kita dekat... DIA menerima... Kita sangat gembira ♥♥

Terima kasih abg mem ats kesudian share pic menarik
dengan Maiza.. Maiza amat hargainya..

Assalamualaikum

segala puji bagi Allah yang mencipta sekalian alam.. Syukur Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan menghirup udara segar.. walaupun cuaca tidak menentu yang kadang kala agak panas. Nadi berdetik, jantung berdegup mengikut irama lagu pendulum kehidupan.. yang lagi indah lagi menarik perhatian, lirikan mata yang memandang penuh rasa syukur.. senyuman yang terukir penuh rasa bahagia.. Alhamdulillah semuanya nikmat yang di kurniakan hanya dari DIA...

InsyaAllah.. kalau nampak anak bulan petang ahad bermakna 1 ramadhan hari isnin.. Allah tak sabarnya menunggu.... ^ L ^ malam esok terawih bermula... 

Alhamdulillah.. di harap ramadhan tahun ini dapat menarik nafas lega.. tenang lagi berlapang dada.. Ramadhan tahun ini lebih indah.. menyeri lagi bermakna.. lebih barakah... Jika sebelum ini tak perlu bersusah payah diet.. 1 minggu ja boleh turun 6kg! kerana pelbagai dugaan, ujian dariNYA menjadikan diri berperang kuat dengan emosi.... melanda dan terus melanda... itu cerita lama.. agak indah.. ujian yang cukup indah.. dengan kerana itu syukur atas nikmatNYA..

di pendekkan cerita.. Maiza rasa seronok dan sangat seronok.. tak tau macam mana nak gambarkan perasaan itu.. betapa seronoknya.. 'ibarat tersenyum dari pagi sampai ke malam.. tersenyum memanjang' boleh bayangkan? hehe....

Mudah-mudahan sahabat semua.. gembira dan sangat gembira.. di doakan semuanya sihat sejahtera.. sentiasa berada dalam redha Allah.. InsyaAllah Amen Ya Robb!

Pesanan JIBRIL A.S buat NABI S.A.W tika hadirnya Ramadhan, 
"Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan 3 golongan ketika hadirnya Ramadhan : Mohonlah maaf dari kedua ibu bapamu, mohonlah maaf sesama suami isteri, mohonlah maaf daripada keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada di sekeliling mu"

Di kesempatan ini, Maiza memohon maaf di atas segala-galanya.. kelemahan yang ada...
Barakallahufika wa Fiiamaanillah..

"Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak dan moga silaturrahim kita mendapat ke redhaan Allah sentiasa"


Sunday, June 26, 2011

♥♥ Tatkala Di rundung Gundah, Sedih, dan Perasaan Tak Menentu ♥♥


Assalamualaikum
makin hari ke hari semakin malas "update" blog.. tak ada perasaan utnuk rancak menulis, hati rasa tidak seronok sejak menjak ini.. Allah..... apakah perubahan ini menandakan sesuatu? apakah yang di rasa ini di sebabkan kadang kala terleka? orang memandang seraut wajah kita mampu tersenyum indah.. Tapi hati, adakah terus berbaki? mahu menangis sepuas hati tetapi air yang jernih itu tetap di tahan terus bertahan. Indahnya kesibukan itu.... segalanya bertukar mampu di lupakan sejenak.... Sabar... tenanglah wahai hati....

Allaahumma innii 'abduka wabnu 'abdika wabnu amatik, naashiyatii biyadik, maadlin fiyya hukmuk, 'adlun fiyya qadlaa'uk, as-aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahuu fii kitaabika, au 'allamtahu ahadan min khalqika, awis ta'tsarta bihii fii 'ilmil ghaibi 'indaka, an taj'alal Qur'aana rabii'a qalbii wanuura shadrii wajalaa'a huzni wa dzahaaba hammii

Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku berada di tangan-Mu. Hukum-Mu berlaku pada diriku. Ketetapan-Mu adil atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku dan pelipur kesedihanku serta pelenyap bagi kegelisahanku."