♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Sunday, October 7, 2012

Merah Jambu




Dalam hidup ini 
perkara menggembirakan apabila kehendak di penuhi
kesanggupan di taati
kesetiaan kukuh di hati
apabila kita saling dalam ingatan
tahu percaya
berkorban
semuanya sangat indah
kadang kala tidak pasti benarkah kuat?
Jawapannya kena kuat
mudah-mudahan Allah membimbing hati



Penantian itu pengukur kesabaran
dan akhirnya tercipta lagi sebuah cerita 
"MERAH JAMBU"
Indah, terkelu.... selamat.. rancak terbuai
itu suatu rasa
Ungkapan kenangan Terima Kasih mampu di ungkap
awak penting dalam hati saya
percayalah!!

Sunday, September 9, 2012

Itu milik saya!


"There is no beginning or end to our 
dreams and plans
LIFE is a journey from moment to moment
LIVE each moment to its fullest".

--------------------------------------------------

Kadang kala ada baiknya diam
untuk merasakan indahnya hidup ini
Subhanallah
Padahal
Bukan mudah mendidik... menjaga emosi
jika kita tidak tahu menilainya
SENYUM
berlapang dada
fikirkan yang baik-baik sahaja
Selamat beradu sayang!



Sunday, September 2, 2012

Kuning itu saya punya!


Kadang-kadang apa yang kita mahukan
kita perlu realisasikan sendiri
tanpa perlu bergantung pada orang lain

Saturday, May 5, 2012

♥ Banyak perkara mampu berkongsi... tapi, tidak pada suatu perkara ♥



Assalamualaikum semua sahabat...


Apa kahabar... Ya Allah lamanya tak jengah di sini... semuanya sudah bertukar baru [hehe... nampak sangat lah langsung tak senyum-senyum di sini] Rindu-rindu sebenarnya.. tapi entah la.. banyak cerita, banyak pengalaman, banyak colour sepanjang menyepi ini... MasyaAllah ada manis, pahit, masam... macam-macam rasa! tetapi Alhamdulillah semuanya mampu di tempuh dengan berkat kesabaran, keredhaan yang ada juga sokongan insan terdekat di hati... ♥♥♥♥ wahh tiba-tiba ada love!  ^ L ^



Sepanjang dalam tempoh ini senyum ada, ketawa ada dan tak lupa juga menangis... Ya Allah.. Ya Allah.. nikmatnya rasa.. "banyak perkara kita mampu berkongsi.. tapi tidak pada suatu perkara" gembira dengan keputusan, Indahnya perkenalan, bahagianya bila di sayang... pilu apabila terjadi sesuatu tanpa di jangka.. hampa bila rasa tidak kepuasan hati... semuanya bertukar menjadi renggang.. entah kenapa? salahkah saya di sayangi... pada suatu tahap seseorang itu naik angin apabila emosi di ganggu sana-sini... ok lah lupakan saja...

Lebih mudah... saya bukan tabah.. tapi, saya mampu menelan apa saja selagi termampu... Don't forget to smile Maiza! thank you ALLAH!



‎"Yang paling jauh bukannya bintang, mentari pun bukan juga rembulan.. Tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali.. Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan & kelmarin yang terluput mengukir sesalan, yang ada hanya hari ini dan akan datang.. Gunakan hari ini sebaik mungkin kerana hari esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selama-lamanya.." [Imam Shafie]





♥ Maiza ♥

Tuesday, October 25, 2011

♥♥ Bunga dalam Hati ♥♥


Assalamualaikum

Ya Allah.. lamanya tak update blog.. Alhamdulillah tiba-tiba terdetik di hati... jari jemari mula rancak menunjuk aksi.. Moga sahabat semua sihat dan sentiasa berada dalam rahmatNYA.. Alhamdulillah masih lagi mampu di uji dengan pelbagai bentuk... Alhamdulilah.. masih redha mahupun bersyukur..

Berdiam bukan kerana tak ingat... malah, makin mendalam ingatan tu.. nikmati kehidupan indah dengan sentiasa bersyukur.. Namun, kadang kala kehidupan yanga makin di himpit dengan pelbagai 'peristiwa' yang tidak masuk akal.. iya.. itulah kehidupan.. kadang kala melibatkan hati yang begitu sukar untuk di bicarakan. Kadang kala kita gembira, Malah, kadang kala kita sedih. Siapalah kita untuk menidakkan akan kehendakanNYA. 'Janji Allah itu tiada mungkir' bersabarlah.. tenanglah wahai hati, tabahlah wahai jantung, bertahanlah wahai mata..... moga Allah sentiasa memberikan ketenangan hati pada setiap pelusuk.. Amen Ya Robbal a'lamin.... 

Sekarang amat sibuk dengan kehidupan bekerjaya seperti biasa.. sibuk membuat sesuatu persiapan... juga sibuk melakukan persiapan untuk kehidupan akan datang InsyaAllah.. maka, bermacam-macam yang bergeligar di kepala. Kadang kala apabila terlalu banyak 'save' di kepala.... tak sempat pulak nak proses.. maka akan JAM!! di situ Ya Allah...... hanya DIA yang maha tahu.... Alhamdulillah... perlahan menerima dengan tenang.. dan berjaya merungkai persoalan... 

Apabila terdetik di hati... Ya Allah... semuanya hanya kerana Allah... Aku ikhlas melakukan itu dan ini.. aku ikhlas menerima itu dan ini.... makin indah senyuman dalam kehidupan Alhamdulillah... 


Semuanya kerana Allah, insyaAllah... bersaksikan hebatnya ganjaran yang menanti untuk orang-orang yang ikhlas kerana-Nya. Semoga terpilih untuk tergolong di kalangan orang-orang yang mukhlisin (orang-orang yang ikhlas).. amin ya robbal a'lamin..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.