♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Saturday, January 16, 2010

~*~ Fenomena Gerhana Matahari 2010 ~*~

Gerhana matahari 15 Januari 2010 adalah fenomena gerhana anulus matahari dengan magnitud 0.9190. Ia akan dapat dilihat sebagai separa ditenggelamkan di kebanyakan daripada Afrika, Eropah Timur, Timur Tengah dan Asia. Ia akan dilihat sebagai anulus dalam tempoh sempit rentang 300 km kelebaran merentasi Tengah Afrika, Maldives, Selatan Kerala, Selatan Tamil Nadu, Utara Sri Lanka, Burma dan China.

Pada 15 Januari 2010 pada lebih kurang 13.20 hrs IST, terdapat satu anulus suria gerhana matahari berlaku di India. Gerhana boleh dilihat penuh selama 10.4 minit di India. Tempat terbaik adalah Dhanushkodi dalam Pulau Pamban di pantai Tamil Nadu. Dhanushkodi kini adalah sebuah bandar hantu dan ia kira-kira 18 km timur Selatan daripada Rameshwaram dan 18 km Barat Pulau Mannar di Ceylon.

Gerhana bermula di Uganda, melalui Nairobi, memasuki lautan India di mana gerhana terbesar adalah berlaku dalam pertengahan Ocean. Selepas itu memasuki Maldives, di mana ia akan menjadi kedua terpanjang dengan 10.8 Min menonton. Selepas itu memasuki dan keluar India di Rameswaram. Hanya beberapa tempat daratan gerhana di India.

Selepas Rameswaram, memasuki Sri Lanka di Pulau Delft, keluar di Jaffna di Sri Lanka, melintasi Bay of Bengal dam berakhir di Burma - sempadan China. Data lengkap adalah dalam laman web NASA

Lokasi terbaik di India antara pulau kecil Kodandaramar Temple dan Dhanushkodi, yang jatuh pada garis pusat gerhana. Kebanyakan had utara bayang di India adalah Cuddalore, Neyveli, Erode, Kodaikanal, Madurai. Lokasi-lokasi terbaik lain: Trivandrum dan Cape Comorin. Kedua-dua adalah 22 km utara bagi garis pusat.

Satu-satunya cara sampai Dhanushkodi atau kodandaramar temple dengan bas ST atau kereta daripada Rameswaram dan untuk Dhanushkodi selepas akhir jalan ia ialah hanya dengan kereta-kereta pemancing atau 4x4 SUVs . Kebenaran adalah diperlukan memasuki Dhanushkodi daripada pos kawalan pantai sebagai kawasan itu 10km daripada pantai Sri Lanka

Garis tengah itu membenarkan beberapa 2km timur Kodandaramar Temple. Lokasi sebenar adalah antara akhir NH dan Dhanushkodi. Dhanushkodi adalah antara 2km timur garis pusat. Perbezaan darjah adalah kira-kira 0.2 antara garis pusat.

----> yg maiza warnakan ada boleh di klik.. ada jg tidak..

so.. gerakkan tetikus anda.. klik ja yg mana2..

ada link di situ....

Info Gerhana matahari di malaysia, maiza hanya sempat membaca, tak sempat nak post lagi... nak tau lebih lanjut gerhana matahari 2010 di malaysia klik URL ----> Portal dan komuniti Astronomi Malaysia.


Rentetan Fenomena gerhana matahari
apabila bulan mula melindungi matahari seperti
di lihat di Colombo Sri Lanka

Info fenomena gerhana matahari di bawah ini maiza ambil
di URL klik ----> Belia muda.com

Gambar yang diambil daripada laman Ustream (live streaming) di India

Sementara penduduk di negara kita hanya mampu menyaksikan peristiwa Gerhana Matahari Separa (partial solar eclipse), sebahagian penduduk di Afrika Tengah, Maldives, India, Sri Lanka, Burma dan China berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin (annular solar eclipse) – mengikut turutan kawasan.

Gambar di atas diambil daripada rakaman video secara lansung yang direkodkan di India semasa fasa ring of fire. Untuk simulasi gerhana matahari yang berlaku hari ini, sila lihat gambar di entri Kejadian Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010.

Gerhana Matahari Cincin yang terjadi pada hari ini adalah yang terpanjang untuk millennium kali ini sebelum peristiwa gerhana yang seterusnya pada 23 Disember 3043.

Gambar Gerhana Matahari Cincin yang dirakam di Maldives

Siri gambar gerhana matahari di Chennai, India

Gambar Gerhana Matahari Cincin di yang dirakamkan di bandar Selatan India

Kuasa Allah Taala..


MaizaC’Joe


Thursday, January 14, 2010

~*~ Betulkah semua itu? ~*~


Assalamualaikum
sebenarnya maiza tak pernah merasa sakitnya hidup ini
sentiasa bersyukur atas apa yang di berikan
di kurniakan
Positifnya hidup ini
sentiasa positif dalam tiap perkara
mudah memotivasikan diri
mudah menenangkan diri
mudah memujuk diri
Tapi kali ini
kenapa tak mudah untuk hadapi
takut nak hadapi
mungkin inilah di katakan
kita belajar dan di ajar
rasanya maiza
tak pernah seteruk ini
Ya Allah
tenangkan aku lalui setiap perkara
mudah-mudahan ada hikmah di sebaliknya
kuatkan aku untuk meneruskan semuanya
Terima kasih pada kawan-kawan
"Seorang kawan yang di timpa musibah"
n3 yang cukup mendamaikan hati
terima kasih atas perkongsian
Tolong doakan moga maiza dan kita semua kuat hadapi
tiap ujian yang Allah taala tentukan
mengharapkan semoga sinar dan ketenangan
moga di beri jalan dan di permudahkan
Amen


MaizaC’Joe

~*~ Ok tak kalau buat begini ~*~


Dalam kehidupan tak akan lari dari merasakan apa yang di rasa. Tahun baru mungkin inilah cerita baru. Kadang tak dapat melawan atau menahan pelbagai emosi yang melanda. Walau di tahan, di sabar tapi tetap sukarnya menahan segala... Kenapa?? Adakah terlalu ego atau hanya buat-buat diri ini kuat menahan segala cabaran dan dugaan. Sudah semestinya kena banyakkan bersabar, tenang diri tapi hakikatnya sukar.. bukannya mudah nak melawan juga menahan. Sesetengah berbicara menangis itu perlu, Adakah apabila menangis kita akan hilangkan semua kegusaran di hati...

Kenapa jadi begini?... memang nak kuat, kuat di hadapan semuanya.. Tapi macam mana? Ya Allah berilah kekuatan ketabahan untuk hadapi, berilah ketenangan... Dihati dan minda ini....

PENAT + LETIH + SUSAH HATI + BERSYUKUR

Kenapa begini??
mungkin kerna dosa-dosa ku yang lalu
tiada keberkatan dalam hidup
pernah sakitkan hati "Ayah & Mak"
dan macam-macam di fikirkan
Kenapa dugaan sentiasa mengelilingi?
Jahatkah aku? Terukkah aku?
YA ALLAH... YA RAHMAN... YA RAHIM
kuatkan aku tempuhi segalanya yang mendatang
tenangkan aku, kuatkan aku, lindungi aku dari
melakukan sesuatu yang di mungkiri olehmu
Adakah Jika mengalirnya air dari kelopak mata
maka aku tak bersyukur selama ini
sebenarnya.. lamanya menahan sabar
tapi ini... adakah ini pengakhiran
pada sebuah cerita yang di tunggu
begitu lama...
kena kuat hadapi, kena kuat berhadapan semua,
hadapi dulu...
mungkin ini caranya menduga kekuatan, ketabahan
moga peroleh ketenangan, kedamaian
YA ALLAH
permudahkan..
terima kasih kawan atas keperihatinan
terima kasih


MaizaC’Joe



Tuesday, January 12, 2010

~*~ Prihatin.. Blogger We Care ~*~


Assalamualaikum kepada semua.. atas rasa tanggungjawab dan rasa simpati sama-samalah kita membantu rakan yang memerlukan pertolongan.. n3 di bawah ini maiza hanya copy dari blog Kak Tirana..

Ini adalah post khas Kempen Blogger We Care bagi membantu meringankan kesengsaraan saudara megat dan keluarganya. Anda boleh ikuti kisah penderitaan saudaraMegat melalui entri – tangisan aku isteri dan anak2...

Inisiatif yang diambil oleh hydir.com dengan memintasemua blogger di Malaysia meletakkan ribbon diatas di blog masing-masing sebagai tanda keprihatinan. Lawati laman web beliau untuk mengetahui maklumat lengkap. Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akanmenyumbang RM1 kepada en. megat melalui penajaan kbsoccer

No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No Akaun Maybank – 1010 7541 8124
Nama Penuh – Faisal Amirul Othman

Jangan membiarkan setiap peluang membuat kebaikan berlalu dihadapan kita tanpa dimanfaatkan dan sesungguhnya dengan menghulurkan sumbangan akan menjadikan kita berada lebih hampir dengan matlamat menjadi umat terbaik yang sentiasa melakukan kebaikan. Semoga sumbangan ikhlas yang kita hulurkan itu akan mendapat keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata’ala

Entri ini saya copy n paste dari blog 'inilah duniaku'kepunyaan mrs. azmi. Saya panjangkan kepada teman-teman yang ingin membuat kebajikan serta menolong sahabat kita yang dalam kesusahan. Sebenarnya saya sendiri pun tidak kenal dengan Encik Megat tapi untuk membantu, tidak perlu tunggu kita kenal orangnya. Tadi saya telah menjenguk blog Encik Megat. Simpati pada beliau, isteri dan anak-anak. Cuma ini yang dapat saya lakukan untuk meringankan beban beliau sekeluarga iaitu dengan menyertai kempen yang dianjur oleh hydir.com.Jom sertai kempen ini. Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini boleh layarihydir.com.


Maiza
bersama-samalah kita meringankan beban
kawan-kawan yang memerlukan
semoga beliau sentiasa kuat
menempuh dugaan
InsyaAllah


MaizaC’Joe


Monday, January 11, 2010

~*~ Tak Sabar Langsung ~*~


Melatih kesabaran hati sangat berhubungan erat dengan suasana hati seseorang. Menurut Richard Wenzlaff, ahli psikologi dari University of Texas,

mengalihkan suasana hati agar menjadi positif dapat dilakukan dengan melakukan selingan yang positif seperti menonton peristiwa olahraga yang dinanti-nanti, film komedi atau dengan membaca buku-buku bacaan ringan.

Melatih kesabaran hati selain mengawal dimensi emosional diri, berhubungan dengan dimensi spiritual seseorang. Manusia yang memiliki orientasi pada nilai-nilai spiritualiasme yang bersumber dari hati nurani, maka ketika terjadi rangsangan pada emosinya, emosinya akan tetap tenang dan terkendali. Kerana aspek mentalnya telah diperkuat oleh nilai-nilai spiritualnya. Suara hati “Illahiah” dalam dimensi spiritual akan menjadi pembimbing untuk beraksi normal terhadap rangsangan emosi.

Kesabaran hati dalam pengertian mampu menerima keadaan, memahami situasi dan dapat mengendalikan emosi dan amarah. Kesabaran hati adalah akar dari rahsia kebijaksanaan hidup. Kebijaksanaan dalam menghadapi berbagai persoalan, betapa pun beratnya dan tetap selalu menebarkan cinta dan kasih sayang.

Memaafkan Dan Membalas Dengan Kebaikan

Dikisahkan bahwa Nabi Isa as pernah dihina, namun ia tetap senyum, tenang, dan mantap, tidak sedikitpun ia menjawab atau membalas dengan kata-kata kotor mengiris tajam seperti yang diucapkan si penghinanya. Ketika ditanya oleh sahabat-sahabatnya, “Ya Rabi (Guru), kenapa engkau tidak menjawab dengan kata-kata yang sama ketika engkau dihina, malah Baginda menjawab dengan kebaikan ?” Nabi Isa as, menjawab : “Kerana setiap orang akan menafkahkan apa yang dimilikinya. Kalau kita memiliki keburukan, maka yang kita nafkahkan adalah keburukan, kalau yang kita miliki kemuliaan, maka yang kita nafkahkan juga kata-kata yang mulia.”

Percayalah, makin mudah kita tersinggung, makin sengsara hidup dikuasai oleh emosi amarah. Padahal, kita dapat menjadikan orang-orang yang menyakiti kita sebagai ladang amal. Maka berusahalah membalas kebenciaan seseorang dengan memaafkannya dan membalasnya dengan kebaikan. Membalas emosi kemarahan yang datang dengan memaafkan.

Berdamai Dengan Diri Sendiri

Cara bijaksana dalam mengendalikan emosi amarah. Setiap orang yang mencintai dirinya sendiri, pada akhirnya akan memaafkan kesalahan dan kekurangan diri sendiri. maksudnya, Mampu mencintai diri sendiri dan memenuhi hati dengan cinta dan kasih sayang.

memahami setiap keadaan yang datang, tidak menyalahkan orang lain, dapat menerima sesuatu yang menimpa diri dengan lapang. Hidup tidak jarang dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa yang membuat emosi tergerak seperti frust, depresi, rasa sakit hati, bersedih, bahagia dan hal-hal yang tidak dapat diramalkan. Kalau mampu berdamai dengan keadaan, berdamai dengan diri sendiri, maka hati akan menjadi lebih lapang. Memiliki hati yang lapang menjadikan kesabaran dan kemampuan mengendalikan emosi kemarahan.


MaizaC’Joe