♥♥ My LovinG Followers ♥♥
Saturday, September 25, 2010
♥♥ Dalam keresahan ada ketenangan ♥♥
Thursday, September 9, 2010
♥♥ Aidil fitri di hati ♥♥

Tuesday, August 31, 2010
♥♥ Apabila kadang kala kita berada di atas dan bawah ♥♥

Melewati hari-hari yang telah berlalu…
Membuatkan aku tersedar dari mimpi…
Dalam kehidupan ini
Hidup ini tidak selalunya… bahagia dan gembira…
Adakalanya… Tanpa disangka-sangka…dugaan datang melanda
Bagai ombak menghempas ke pantai.. tanpa sempadan
dan kadang kala silih berganti
menguji kesabaran hati nurani seorang manusia…
Hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar…
kadang kala di atas, kadang kala di bawah
berputar mengikut haluan
Ketabahan sering menjadi taruhan…
Kebahagian tidak selalu di kecapi...
Namun, apa yang penting perlu berusaha untuk mendapatkannya…
Adakalanya aku seperti seekor burung…
Yang hilang arah tuju…
Tetapi aku kembali sedar… Alhamdulillah
apa yang pasti! aku perlu berani menghadapi liku-liku hidup
Dan cabaran yang mendatang…
Dan bukannya masih bermimpi di awangan…
Ingin sekali Maiza share kisah seorang rakan.. dia di timpa musibah kesian. Pagi-pagi sesampai saja di pejabat Maiza di khabarkan berita yang kurang enak di dengar. Dia dari seorang ketua bahagian entah kenapa dan mengapa dia di singkirkan. Dari mempunyai kedudukan tinggi ada pejabat besar terpaksa mengemas barang berpindah ke sebuah partion kecil. Ya Allah kesian, moga dia tabah lalui semua yang di tetapkan. Pada Maiza orangnya sangat baik. Zahir orangnya bertanggungjawab, amanah, jujur, Batin.. wallahu'alam kita tidak dapat menilai seseorang pada dalaman. Tapi Maiza beruntung dapat kenal dan berurusan dengannya.. Mata Maiza tidak tahan melihat dia, hati Maiza tersentuh.
Perumpamaan.. Jika sebelum ini Maiza dan kami semua ada masalah kerja, pintu pejabatnya di ketuk. Tapi tidak lagi, mungkinkah dia pula mengetuk pintu bilik kami.. Allah tak dapat di bayangkan kesian. Orangnya berpengalaman bertahun lamanya. Realiti dalam kehidupan. Kalau orang suka kita di angkat di kendong dan tak mustahil suatu hari jasa kita di lupakan sedikit demi sedikit. Bila kita sudah tidak di perlukan... Maiza tidak membayang akan kesalahannya mungkin! tetapi membayangkan kenapa sedemikian rupa. Selanjutnya Maiza tak tahu kenapa dan mengapa "Kawan" jatuh begitu. hanya 2 kemungkinan yakni "salah atau tidak" sahaja.. perit dan kesian tengok dia.. banyak kemungkinan di fikiran Maiza, cuma entah.. adakah itu jawapan atau hanya satu andaian... wallahu'alam...


Friday, August 27, 2010
♥♥ Apabila 2 beradik bertemu muka bicara ♥♥
Assalamualaikum.. Salam Ramadhan.. harap semua sihat ya..
Dah masuk 17 Ramadhan, pantasnya masa berlalu dah nak raya nie.. ehh.. tak sabarnya.. hehehe.. sudah seminggu blog tak update rupanya. Masa mencemburui, di tambah pula tak ada idea adeh.. lagi la bertambah malas jadinya..
Jumaat lepas, adik Maiza yang bekerja di KL balik ke kampung halaman.. ecehh.. kampung ka ^L^ jadi macam-macam la plan kami dua beradik..
adik " kak, adik teringin nak makan kuih pau..."
Maiza " inti kak tau buat.. doh tak sure lagi... tau ka?"
adik " adik tau... ala.. kita try ja la.... "
Maiza " best gak kuih pau
adik " kak.. adik teringin nak makan blablablabal....... "
Maiza " hamboi.... macam restoren pulak main order ja.. "
Jumaat lepas Maiza pergi la sambut adik kat Airport Sultan Abdul Halim.. macam baru balik dari overc pulak... hehehe....
So.. pagi-pagi lagi kami berdua pergi pasar beli barang keperluan apa yang patut.. dah siap semua bermula lah dua beradik ini masuk dapur hehehe.... kali ini layan ja la entri ini.. entri balik kg.....
langsir dah di pasang
kuih raya dah di tempah.. tempah dan tempah lagi.. huhu.. tahun ini tak sempat nak buat kuih raya.. cehh!! padahal P.E.M.A.L.A.S ehh.. tak.... tak ada geng nak buat kuih raya la.... ^L^
Baju raya dah nak siap!
servay baju raya lagi dan lagi tapi tak beli pun :)
ehmm.... apa lagi persiapan tak siap ya...
Sahabat.. dah prepare untuk raya ka?... hihihi
layan ja la entri makan-makan.. balik kg nie ya ^L^


pandangan dari nun Pensyarah, peguam, pensyarah
nin ke bawah pulak Doktor, Pegawai IT, tukang kira-kira + IT ^L^
Jurutera, Manager bank, Cikgu
nak kerja apa semua ada ustaz ustazah pun ada :)
semua ini cousin + Maiza+ Adikku
ini 1/3 saja bagi gambar.. yang lain depa kata
Allah lupa pulak.. hehe
Koleksi Keluarga tak ada apa-apa :)
scroll ke bawah... jengok menu berbuka pula
yang menjadi idaman kalbu
yang membuat kami 2 beradik pergi pasar pagi-pagi buta
hihihi














