♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Tuesday, March 15, 2011

♥♥ Harus lebih tabah ♥♥



Kita hanya merancang dan Allah SWT yang menentukannya. Pastinya pepatah ini cukup sinonim dengan kehidupan seharian dan tidaklah menjadi masalah bagi sesiapa yang berpegang kata-kata ini untuk menerima suratan takdir meskipun hakikatnya sangat pahit. Sudah menjadi lumrah kadang kala manusia sering kali melatah apabila berdepan dengan ujian, apatah lagi sekiranya sesuatu kejadian itu berlaku di luar dugaan sama sekali. Hati mula berkata bahawa semuanya tidak masuk akal. Sedangkan kita lupa apa yang Allah tetapkan ada sesuatu di sebaliknya. Sesungguhnya DIA tahu mana yang terbaik untuk hambanya. 

Hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Pujuklah hati... dengan berzikir dan mengingati Allah... dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya... segala jawapan ada di dalamnya...

Allah Maha Kaya dengan segala anugerah serta nikmat yang tidak putus-putus diturunkan kepada semua hamba-Nya. Cuma percaturan Allah SWT sememangnya berbeza-beza mengikut kehendak-Nya Yang Maha Adil lagi Maha Mengasihi. Kita sebagai hamba, seharusnya akur dan redha serta percaya sepenuh hati bahawa ujian itu didatangkan dengan sejuta hikmah dan kita biasanya hanya menerima natijah setelah kita benar-benar pasti tentang apa yang sedang kita lalui. Sesungguhnya Allah SWT itu tidak pernah kejam ke atas hamba-hamba-Nya tanpa mengira siapa kita.

“... Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
 (Surah al-Baqarah: 286)

Musibah yang datang silih berganti sepatutnya dijadikan kayu pengukur kepada tahap iman dan taat kita terhadap Allah SWT. Mungkinkah selama ini kita leka dalam menjalani kehidupan? Setiap nikmat yang diberi Allah SWT kita hirup tanpa segan silu. Namun perintah-Nya tidak sezarah pun menjejaskan sosiologi kehidupan, kita abaikan tanggungjawab, amanah tanpa rasa bersalah. Kita manusia biasa yang banyak kekurangan, akan tetapi mengapa kekebalan doa tidak diguna pakai bagi menangkis godaan dan hasutan mereka yang sesat lagi menyesatkan kita, agar terus patah serta jatuh apabila berhadapan dengan dugaan yang kadang-kala mencabar kecekalan iman. Jangan berhenti berdoa'.

“... Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”
(Surah Yunus:12)


Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf ?

Tidak perlu hendak menang setiap masa, Mengingati bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain, Berdoa supaya disabarkan hati, Bersangka baik, Memikirkan kebaikan yang telah dibuat oleh sahabat kita. Sentiasalah muhasabah diri... 


Sayidina Umar berpesan, "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan."



PS: Entri ini Maiza khas kan kepada seorang sahabat dengan harapan moga dia terus tabah, sabar dengan ujian daripadaNYA. InsyaAllah

7 comments:

Afida Anuar said...

Mai, dugaan jadikan kita kuat..sungguh!...moga kawan mai tabah2 selalu;)

gadisBunga said...

ujian takkan diturunkan tuhan kalau kita tak mampu tanggung...harap kawan maiza tu bersabar dah teruskan ikhtiar.~

Haris said...

Cik Maiza

terima kasih tas entri ini.. boleh saya anggap entri ini untuk saya juga yer.... saya rasa sedih sangat..

atty's said...

kadang2 bila dugaan tu dtg..kita tabah menghadapi nya ..kita akan menjadik manusia yang lebih matang dan penyabar insyallah

DrSam said...

sama-sama kita doakan agar sahabat Mai akan terus positif, tabah dan bersangka baik kepada Allah S.W.T

Pn Kartini said...

Assalamualaikum..:)

Moga sahabat Mai diberikan ketabahan dan kekuatan dlm mengharungi dugaan dan ketentuan dariNya jua...

MOga dik Maiza sihat2 di sana yaa:):)

maiyah said...

assalam..

lma x kesini, dah jarang2 berblog skrg ni

kita akan tahu kelemahan dan kesilapan dr dugaan tu