♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Friday, August 14, 2009

~*~ Tips menguruskan tekanan ~*~

Tarik nafas panjang dalam beberapa kali.
  • cara ini membuatkan penafasan menjadi perlahan sekaligus mengecut dan merehatkan gentian otot-otot dalaman.
Bersenam secara tekal
  • 20 minit setiap sesi sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. senaman bukan sahaja meningkatkan kesihatan emosi ia juga membantu mendapatkan fizikal yang lebih menarik sekaligus membuatkan diri berasa lebih yakin dengan penampilan diri.
terimalah diri seadanya
  • cuba menyukai diri sendiri, bersikap realistik terhadap keupayaan dan tetapkan matlamat yang boleh di capai. cuba lakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kepuasan.
Bersikap positif
  • belajar menerima kelemahan diri. jangan berasa gusar mengenai perkara yang di luar kawalan. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan yang di miliki apabila merasa tertekan.
Dapatkan sokongan.
  • Dapatkan bantuan sebelum kita tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang boleh di percayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan @pun pemimpin agama. Berkomunikasilah dengan mereka supaya mereka dapat membantu, juga serba sedikit dapat meringankan tekanan yang kita tanggung.
Bina silaturahim yang baik
  • biarkan diri sentiasa di sayangi, di hargai, di hormati, dan mempunyai tempat mengadu. Bersikap jujur dan bertimbang rasa dalam perhubungan. Amalkan pemakanan yang sihat dan tidur secukupnya.
Seimbangkan masa kerja
  • peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi.
Kira dari 1 hingga 10
  • Aktiviti ini boleh menjadikan anda berhenti dan rehat sebentar sebelum memberikan respons terhadap situasi yang memberikan tekanan.
Luahkan perasaan.
  • luah perasaan dengan menangis atau ketawa sepuasnya. selain itu boleh menulis jika mahu juga boleh mendengar mizik yang menenangkan. cara aku sendiri, biasanya aku terlalu tertekan aku suka menaip mesej melalui h/f kemudian aku save. lps tue bl semunya aku dh lupa br aku akn delete msej tue.. selain tue jg.. jika aku tertekan aku akan mendekatkan diri pada ALLAH yang maha esa.. Alhamulillah aku sentiasa akn tenang dng cara begitu.
Rehat dan tenangkan diri dng berurut
  • berurut, bermeditasi, membuat renungan seperti membayangkan pemandangan yang menenangkan. boleh juga melakukan renggangan bagi merehatkan otot-otot dan membantu mengurangkan ketegangan. Biasanya otot-otot di belakang leher dan bahagian atas belakang menjadi tegang apabila mengalami stress.
Dapatkan bantuan
  • Jika tidak dapat tidur, sakit kepala dan sakit belakang atau leher pergilah berjumpa doktor.
Ubah suai persekitaran
  • untuk menyingkirkan unsur-unsur yang boleh menyebabkan tekanan. Pilih persekitaran yang selesa dan bersesuaian dengan diri.
Tingkatkan kemahiran
  • Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri bagi menjawat jawatan atau pekerjaan yang memuaskan.
Uruskan masa dengan baik
  • Senaraikan perkara-perkara yang perlu di lakukan mengikut kepentingan. Elakkan dari menerima kerja yang terlalu banyak.
Bijak dlm membuat keputusan.
  • Pertimbangkan buruk baiknya sebelum memutuskan sesuatu.
"bagi aku cara yang paling baik mendekatkan diri dengan ALLAH"
insyaALLAH ALLAH sentisa berada di sam
ping kita ketika kita memerlukan..
sentiasa berdoa dan
terus berdoa..



TAPI INGAT!!!
JNG SESEKALI MELUAHKAN PERASAAN @ BERCERITA

PD ORANG YANG TIDAK BOLEH DI PERCAYAI
BURUK AKIBATNYA..

in loving memory
maizac'joe

Thursday, August 13, 2009

~*~ dah ok!! ~*~


alhamdulillah...
mey dah ok..
w'pun selera mkn msih kurng lg..
tp dh mkn jg.. drp tak mkn lgsung..
tak bawa mey p klinik pun coz npak dia dh
kembali aktif..
smlm sekali lg muntah ats katil aku..
jam 3 pg aku bangun tukar cadar...
sian mey.. pas dia muntah..
trus lari masuk bwh katil..
mayb dia takut aku marah dia..
tak trgamak aku nak marah dia..
coz dia tak pernah buat cmtu pun...
dia tak sihat sngat tu la dia tak sengaja trmuntah...
smlm risaunya aku tngok dia..
tak makan.. asyik tdooo ja..
time nak solat subuh aku bangun..
ala.. trpijak muntah mey dpn pintu bilik aku..
haii.. risaunya aku..
dlm xsihat pun nak kluar rumah gak..
mmang dh rutin dia tiap2 awal pg mst dia kluar rumah..
biasanya jam 4 pg dia kacau aku..
nak aku bukakn tingkap utk dia kluar..
tp brbeza pg td jam 6 time subuh br dia nk kluar...
bagi mkn pun xmooo...
bl dh siang ingat nk bw p klinik..
tp npak cm dh ok ja..
aktif dah brbanding smlm..
tp still xmkn jg.. xpa la dia minum jg...
krj meronda ja.. pastu cari gadoh ngan saudara baru..
ehehe... ntah la ank kucing dr mn..
mak aku suka bg mkn kucing..
mey plak tak suka spesis spt dia.. yg dia xkenal ada kt kwsn umah..
mula la dia p kacau2.. dia xkera kucin tue kecik ka besar..
janji dia mmang tak puas hatinya..
penat aku marah dia.. mey buat deeekkk ja..
ptg lak time masak utk berbuka..
mak sj bg ikan mentah kt mey..
ok dah mkn.. tp seekor ja..
klu tak setakt seekor tue lekat celah gigi dia ja..
mlm lak mkn friskies...
ok la.. mak kt besa la pahit mulut lg kot..
mujur la aku sntiasa sper ubat mey..
mlm nie dh tak muntah..
dah ok.. leganya hati aku..
alhamdulillah...



maizac'joe

Wednesday, August 12, 2009

~*~ siannya... ~*~

pantang org nk snap pic dia..
jual mahal lak..

td mey muntah..
ckit ja.. tp aku yg pling risau..
pegang dia.. ooo.. mey demam..
ciannyaa.. uhuk..uhuk..
patut la hr nie tak mau mkn..
krj dia hr nie ronda melawat semua kwsn taman..
ptg lak cr gaduh..
mey klu dia xnah npak kucing lain dlm area taman aku..
mula la.. dia cari pasal..
sian kucing tue br ja merantau smpai..
tetiba dh kena ngan mey..
biasa la.. mey hero tamannyaa...
hahaha...
aku la yg p pgil sruh dia blik umah..
mey bijak.. aku marah dia terus ja brhenti gaduh..
mlm nie abil dia bw msuk dlm umah..
dia trus ja masuk tdooo...
feliks nie.. klu tak mst nak mkn dl..
klu aku tak layan mst dia datang cium muka aku..
tonyoh2 hidung dia kt kepala aku..
tp malam nie.. feliks ckit.. tdoooo.. ja..
pastu tetiba ja mak aku dengar dia muntah..
mak trus pgil aku.. apa lagi aku pun p tengok dia..
apasal nie mey.. la.. mey demam..
panas ja badan dia..
ubat demam dh habis.. aku bg vitamin ja..
esok kn bw p klinik la..
sian lak kt mey.. tdoo ja ats katil aku..
tak mkn pun.. tak pa la.. janji dia minum air gak..
tngok pg sok.. klu dia tak makan jg kn bw p klinik la..
haii.. mey..mey.. selang 2 bln mst ada date ngan doc punya..
rasanya siang td dia dh kurang sihat tp..
krj merondaaa.. ja.. biasa la kucing jantan..
mn nak lekat dok umah..
huhuhu.. ciannyaa..

tu la.. siang2 buas sngat..
krj ronda main panas.. cari gadoh..
malam demam..
ciannyaaa...
cayang mey..


in loving memory
maizac'joe

Monday, August 10, 2009

~*~ kenapa perlu bersabar ~*~

Khalifah Umar Abdul Aziz berkata:
“Apabila dianugerahkan oleh Allah kepada seseorang hamba itu satu nikmat, lalu dicabutnya nikmat tersebut dan digantikan dengan sabar, maka apa yang digantikan oleh Allah itu lebih utama daripada yang dicabutnya.”

Maka seorang mukmin itu apabila dia bersabar di atas kehilangan nikmat tersebut, sesungguhnya dia telah membenarkan hadis Nabi saw yang mafhumnya bahawa tiada perkara yang berlaku pada diri seorang mukmin itu melainkan semuanya adalah kebaikan. Apabila ditimpa kesulitan dia bersabar dan apabila mendapat kesenangan dia bersyukur. Kedua-duanya adalah baik untuk dirinya. Dan beruntunglah bagi orang yang bersabar kerana Allah telah menjanjikan pahala yang sempurna dan tidak terhitung buat mereka.

Secara amnya sabar boleh dibahagikan kepada
tiga kategori iaitu sabar daripada melakukan maksiat, sabar di atas bala yang menimpa dan sabar dalam melakukan ketaatan. Walau bagaimanapun,
  • sabar dalam melakukan maksiat dan ketaatan adalah yang paling tinggi kerana berhajat kepada keimanan yang kuat dan meletakkan diri kita berhadapan dengan pilihan untuk melakukan atau meninggalkan.
  • Adapun sabar di atas bala yang menimpa, kita memang tiada pilihan melainkan berhadapan dengannya. Tapi ini bukanlah bermakna sabar di atas musibah ini senang, bahkan mungkin lebih payah dan luar daripada jangkaan kita.
  • Sabar yang sebenar bukanlah yang terucap hanya di bibir kemudian hati tidak meredhai, dan bukan jugalah sabar di saat akhir musibah tersebut. Tetapi sabar yang sebenar memerlukan kepada tiga syarat iaitu
  • hendaklah sabar itu ketika di awal kita ditimpa musibah tersebut kemudian segera pula kita mengucapkan “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” beserta doa “allahumma ajurni fi musibati wakhlifni khairan minha”. Yang bermaksud kita meyakini bahawa daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita akan dikembalikan dan moga kita diberi pahala atas musibah yang menimpa kita ini serta digantikan dengan hikmat yang lebih baik. Seterusnya kita bersabar tanpa mengadu kepada manusia. Lihatlah betapa cantiknya sabar yang diajarkan oleh Islam itu. Subhannallah…
Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Begitu juga halnya dengan sabar. Sabar akan menaikkan darjat seorang mukmin itu dan membezakan darjatnya dengan mukmin yang lain. Di samping itu, sabar juga dapat menghilangkan sifat takabbur dalam diri dan menyelamatkan kita daripada tipu daya dunia supaya kita merindui akan kenikmatan syurga yang berkekalan. Dengan ini kita akan sentiasa mengingati Allah dan meyakini bahawa tiada yang berkuasa di dunia ini melainkan Allah swt. Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya jika Allah menyayangi sesuatu kaum, maka Dia akan mengujinya”.

Maha Suci Allah, rupa-rupanya musibah yang diberikan adalah kerana sayangnya Allah pada kita.

Oleh itu marilah sama-sama kita menghiasi diri kita dengan sifat sabar serta membanyakkan bacaan kita tentang kisah para nabi dan rasul seperti kisah Nabi Ayyub as, Nabi Ibrahim as, Nabi Yusuf as dan selain daripada mereka yang sangat hebat diuji oleh Allah agar kita dapat mencontohi dan menaikkan lagi tahap keimanan kita Insyaallah...


YA ALLAH...
tabahkan aku..
cekalkan aku.....
tenangkan aku...
lapangkan fikiranku...
kuatkan aku melalui tiap ujian...
kurniakanlah kesabaran padaku melalui tiap dugaan..
sesungguhnya Ya Allah...
hanya padamu tempatku mengadu..
tempatku memohon pertolongan....
tempatku meminta..
tempatku bertawakkal....
kau yg maha besar..
maha agung...
maha pengasih.. lagi maha penyayang...
juga maha mengetahui...
" hambamu yg hina ini kadang kala tidak mampu menanggung tiap dugaan..
tidak tahan rasanya keperitan.. sebolehnya aku tidak mahu mengalirkan air mata..
tapi apakan daya.. aku hanya manusia biasa..."
YA ALLAH..
kau yg maha mengetahui..
kuatkan aku.. tabahkan aku.. lalui tiap dugaan darimu..
sesungguhnya aku percaya..
"tiap dugaan Ya Allah yang kau tentukan padaku pasti ada hikmahnya di sebaliknya"
Amin Ya Robbal'Alamin...



Saturday, August 8, 2009

~*~ Adik aku dpt!!! ~*~

SYUKUR ALHAMDULILLAH...
YA ALLAH...
ADIK AKU DAPAT
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
SERONOKNYA... GEMBIRANYA..
TAK DAPAT DI GAMBARKAN..
MINGGU DPN MAYB HARI ISNIN
AKU NAK PUASA..
AKU NAZAR JIKA ADIK AKU DAPAT
SALAH SATU DARIPADA JAWATAN YANG
MENJADI IMPIAN AYAH DAN MAK..
SEPERTI...
PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
@
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
@PUN
PEGAWAI TADBIR NEGERI...
MANA2 SALAH SATU NIE..
KALAU ADIK AKU DAPAT AKU NAK BERPUASA
1 HARI..
ehehe.. 1 hari ja..
takut tak mampu lak..
aku tak bleh nak nazar benda yang aku tak mampu..
cuma nie ja yg termampu..
aku seronok.. gembira..
bila tengok ayah ngan mak seronok...
ayah mak aNd adik2ku..
penting.. bermakna dalam hidup aku..
SYUKUR ALHAMDULILLAH..
YA ALLAH..



maizac'joe