♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Friday, August 14, 2009

~*~ Tips menguruskan tekanan ~*~

Tarik nafas panjang dalam beberapa kali.
  • cara ini membuatkan penafasan menjadi perlahan sekaligus mengecut dan merehatkan gentian otot-otot dalaman.
Bersenam secara tekal
  • 20 minit setiap sesi sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. senaman bukan sahaja meningkatkan kesihatan emosi ia juga membantu mendapatkan fizikal yang lebih menarik sekaligus membuatkan diri berasa lebih yakin dengan penampilan diri.
terimalah diri seadanya
  • cuba menyukai diri sendiri, bersikap realistik terhadap keupayaan dan tetapkan matlamat yang boleh di capai. cuba lakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kepuasan.
Bersikap positif
  • belajar menerima kelemahan diri. jangan berasa gusar mengenai perkara yang di luar kawalan. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan yang di miliki apabila merasa tertekan.
Dapatkan sokongan.
  • Dapatkan bantuan sebelum kita tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang boleh di percayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan @pun pemimpin agama. Berkomunikasilah dengan mereka supaya mereka dapat membantu, juga serba sedikit dapat meringankan tekanan yang kita tanggung.
Bina silaturahim yang baik
  • biarkan diri sentiasa di sayangi, di hargai, di hormati, dan mempunyai tempat mengadu. Bersikap jujur dan bertimbang rasa dalam perhubungan. Amalkan pemakanan yang sihat dan tidur secukupnya.
Seimbangkan masa kerja
  • peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi.
Kira dari 1 hingga 10
  • Aktiviti ini boleh menjadikan anda berhenti dan rehat sebentar sebelum memberikan respons terhadap situasi yang memberikan tekanan.
Luahkan perasaan.
  • luah perasaan dengan menangis atau ketawa sepuasnya. selain itu boleh menulis jika mahu juga boleh mendengar mizik yang menenangkan. cara aku sendiri, biasanya aku terlalu tertekan aku suka menaip mesej melalui h/f kemudian aku save. lps tue bl semunya aku dh lupa br aku akn delete msej tue.. selain tue jg.. jika aku tertekan aku akan mendekatkan diri pada ALLAH yang maha esa.. Alhamulillah aku sentiasa akn tenang dng cara begitu.
Rehat dan tenangkan diri dng berurut
  • berurut, bermeditasi, membuat renungan seperti membayangkan pemandangan yang menenangkan. boleh juga melakukan renggangan bagi merehatkan otot-otot dan membantu mengurangkan ketegangan. Biasanya otot-otot di belakang leher dan bahagian atas belakang menjadi tegang apabila mengalami stress.
Dapatkan bantuan
  • Jika tidak dapat tidur, sakit kepala dan sakit belakang atau leher pergilah berjumpa doktor.
Ubah suai persekitaran
  • untuk menyingkirkan unsur-unsur yang boleh menyebabkan tekanan. Pilih persekitaran yang selesa dan bersesuaian dengan diri.
Tingkatkan kemahiran
  • Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri bagi menjawat jawatan atau pekerjaan yang memuaskan.
Uruskan masa dengan baik
  • Senaraikan perkara-perkara yang perlu di lakukan mengikut kepentingan. Elakkan dari menerima kerja yang terlalu banyak.
Bijak dlm membuat keputusan.
  • Pertimbangkan buruk baiknya sebelum memutuskan sesuatu.
"bagi aku cara yang paling baik mendekatkan diri dengan ALLAH"
insyaALLAH ALLAH sentisa berada di sam
ping kita ketika kita memerlukan..
sentiasa berdoa dan
terus berdoa..



TAPI INGAT!!!
JNG SESEKALI MELUAHKAN PERASAAN @ BERCERITA

PD ORANG YANG TIDAK BOLEH DI PERCAYAI
BURUK AKIBATNYA..

in loving memory
maizac'joe

No comments: