
aku baru sahaja membeli majalah nie.. bila aku membaca tiap-tiap helaian tetiba aku tersenyum sendiri. rupa-rupanya ada tips untuk kita nak mengesan teman lelaki atau pasangan kita berbohongan. So, aku ingin nak berkongsi tips tue dengan semua. Mana tau dengan tips ini mampu membuatkan kita boleh mengesan sikap pasangan kita.. Ada orang kata, perlu ka buat begitu?? "tepuk dada tanya selera". Bagi aku semua tue sangat perlu dalam sebuah kehidupan. Jika sekiranya kita mahu meneruskan kehidupan yang lebih harmoni tanpa sebarang penipuan dan prasangka yang tidak baik selamanya.. Berapa kerap kita perasan tiba-tiba teman lelaki atau pasangan kita berbohong?? ada sahaja alasan yang di beri sehingga kita merasakan ada sesuatu yang di selindungkan. Jika kita mengesannya dengan lebih awal dan kita akan tahu memang dia sedang berbohong. Tetapi bagaimana pula dengan si dia jika sedikit pun tidak menunjukkan bahawa dia sedang berbohong dan kita terus-terusan mempercayainya??? Jangan risau, tips di bawah akan membantu kita mengenalpasti samada pasangan kita berbohong atau tidak.
Menyentuh hidung.
Menyentuh hidung.
- Apabila seseorang itu berbohong, tisu erektil pada hidungnya akan di penuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga di kenali sebagai kesan pinocchio, jadi apabila si dia bercakap dengan kita dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal sebenarnya da sesuatu yang di sembunyikannya.
Menutup mulut
- Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana sejak kecil lagi sudah di didik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap
- Apabila seseorang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini di sebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika bertanya pada pasangan kita dan si dia gagap untuk menjawab maka kita tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
- Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarannya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya ada juga keadaan di mana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan di sebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong. YA KA??
Melengah-lengahkan jawapan
- Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda orang tersebut pendusta. TP ADA JG ORG YG DH TARER BERBOHONG TAK YAH BNYAK2 FIKIR.. hiksss...
Resah
- orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ngubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
- sekiranya kita mahu mengesan samada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhati air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan samada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan orang tersebut berbohong.
Itulah serba sedikit yg dapat di kongsikan bersama. sepanjang aku membaca artikel itu, tak henti-henti aku mengukir senyuman!! apakah ertinya senyuman itu??? bagi aku juga dalam kehidupan perlu ada sikap jujur.. tapi sekiranya kita menyayangi, mencintai pasangan kita, kita perlu menghormati, mempercayainya. Tapi jangan pula pasangan kita mendustai kepercayaan kita itu. "Hati wanita ibarat gelas, pecah sedikit hancur semuanya" Semoga ALLAH S.W.T menganugerahi pasangan yang terbaik kepada kita.. AMIN...


in loving memories
maizac'joe
maizac'joe






No comments:
Post a Comment