♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Thursday, September 17, 2009

~*~ Ikhlas dari Maiza yg tersimple di dunia ~*~


Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin
andai ada terkasar bahasa

tersalah kata..
terlajak gurau senda
ampun dan maaf di pinta
sepanjang perkenalan kita
samada yang jauh atau yang dekat
kalian tetap di hati sepanjang perkenalan ini
Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini
mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sambutlah Lebaran kali ini dengan
penuh Keceriaan dan kesyukuran
semoga kita akan berjumpa lagi

lebaran yang akan datang
INSYAALLAH...
Jinggo

Rashid


SilentThinker@Niezam


Sis Tirana

Nic



CM
Sakakun

Cendol pulut
Sis Maiyah




P/S kepada followers saya @pun tak follow.. sudi2kanlah ambil kad raya saya yang tersimple di dunia nie... sila-sila....
heeee..... Thanks semua...

Monday, September 14, 2009

~*~ Cemburu.. ya ka?? ~*~


Sifat cemburu naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Banyak jenis cemburu... Ada yg positif & ada yg negatif. Bila cakap pasal cemburu, dah tentu ramai yang menuding jari & mengaitkannya dgn kaum hawa. Ramai yang anggap org perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesiapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi fikir-fikirkanlah yg mana baik & yg mana buruk.

Kebanyakkan hubungan mmg terdpt sifat cemburu. Ada pasangan sedar bhw sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku. emmm.. ya ka? pada saya tak bagus macam tue... beri dia peluang... kita hnya manusia biasa.. janganlah terlalu kejam sangat... bersangka yang baik-baik saja...


Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bhw pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendtgkan masalah kpd kita? Ok, mari kita siasat & selidik tanda2 cemburu yg boleh kita perhatikan pada pasangan kita. saya dapat dari sebuah majalah... contonhnya...Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada

Dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apapun alasan yg diberikan, dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjwb panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je. janganlah buat macam tue...

Pada saya memang tak patut la.. cara sebegitu akan membuatkan pasangan kita cepat merasa bosan... jangan terlalu mengongkong... terutama pasangan kekasih... sifat cemburu memang tak dapat di pisahkan... saya?? ntah la... saya tak suka cara sebegini.. tapi hakikatnya kadang ada juga perasaan cemburu dalam hati... saya lebih suka "bersangka baik..."


Boleh atasi sifat cemburu??

Terima hakikat bahawa sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dlm apa bentuk situasi pun. Ingat!! pilihan terletak pd diri sendiri, bukannya org lain.
perlukah begitu??

Hormati perasaan pasangan kita. Spt kita, dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wa
nita/lelaki lain. Jika kita dpt melakukannya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu. tapi di harap jangan sesekali curang pada pasangan kita.. kalau benar-benar kita menyintai juga menyayangi dia...
Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sangatkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah utk sementara waktu shj tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dpt mengatasinya juga.Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita mmg seorg yg cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat. Cuba tenangkan diri.. banyakkan bersangka baik...
Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah. Saya suka luahkan perasaan melalui tulisan... bila semuanya dah ok... saya akan delete terus lupakan saja.. perlukah begitu?? tapi itulah cara saya... sentiasa bersangka baik , suka menjaga hati orang walaupun kadang hati kita sakit... tak kira walau apa cara sekalipun.. sbb tue saya susah nak marah.. tapi kalau dah marah..... ntah!!

Fikirkan kenapa cemburu kita meledak??

Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita drp org lain? Teruk sgtkah dia bila dia senyum pd seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pd wanita/lelaki lain? saya suka senyum... susah hati kalau tak senyum... ada masalah pun senyum.. dalam hati tak pa org tak tau.. diri kita ja tau..

Ramai ada masalah cemburu suka menyalahkan org lain. Mereka kerap mencari kesalahan org lain & mahu pihak yg satu lagi mengubah sikap tetapi dlm masa yg sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna. Sifat cemburu.... cemburu tandanya sayang... ya ka??? boleh jadi juga.... Bagaimana pun hubungan antara kita dan dia... terima hakikat bhw masih ada lelaki/wanita lain yg lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi jgnlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dgn penuh kegembiraan. Jgn biarkan hubungan kita goyang dgn imaginasi kita yg karut lagi mengarut... sifat cemburu fitrah dalam hidup manusia...

Bina keyakinan
diri.

Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kpd pasangan. Luaskan persahabatan dgn org lain. buka hati kita untuk orang lain juga... kalau belum comfirm jangan asyik tertunggu-tunggu dia... Tapi.. kalau saya.. susah nak buat mcm tue.. mungkinkah sifat saya yang terlalu setia.. sentiasa percaya...???
Jika perasaan cemburu semakin memunc
ak....bayangkan apa yg akan berlaku jika kita melepaskannya kpd pasangan kita. Contohnya jika kita nampak dia sedang berbual dengan perempuan lain.. mesra semacam ja... siap berahsia-rahsia.. apakah yang perlu di lakukan?? pada saya buat tak tau ja... jng main serbu tak tentu pasal.. jika benar dia sayangkan kita tak mungkin dia akan buat begitu.. Cemburu tidak akan dpt menghalang...

Cemburu boleh menghancurkan sesebuah hubungan yg mesra.
Nak ka mcm tue??

Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa2 dgn sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja dpd terus menyemarakkan kemarahannya.. saya suka bertnya pada waktu tertentu yang sesuai saja...

Terima hakikat bhw dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semula jadinya & jgn ambil hati. sebab tue saya lebih suka bersangka baik ja... tak payah pening2 nak fikir... si dia pun mungkin juga selesa dengan cara cm tue.... emmm... ya ka?? itu cara saya...

Cuba sedaya upaya kita utk membina keyakinan diri....

Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta kita. Tunjukkan kita menyayanginya w'pun dia tidak sama spt org lain.
Jgn berpoya2
dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yg dia perlukan adalah sokongan yg berterusan. orang lain ntah.. saya lebih suka memilih setia.. Berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya. yang ini saya tak suka sbb saya malu.. "pemalu" tak boleh nak bayangkan nak bncang hal cmtue... sebab tue saya suka menulis.. boleh elakkan kita dari berfikir yang tak baik... cool... senyum ja...

Pada saya dalam "CINTA"


Cemburu memang ada.. tak dapat di pisahkan dalam diri tiap manusia..

tak ada seorang pun manusia sempurna...

saya pinjam dari kawan saya.. klu dia tahu.. jng marah na.. pinjam ja..


T.R.A.C

TRUST, RESPECT, ADMIRE N CARE

semua ini penting dalam sesebuah perhubungan...

tak kira apa pun...

" Sentiasa Bersangka baik "



in loving memory

maizac'joe


Sunday, September 13, 2009

~*~ ish2.. Safety first na.. ~*~

n3 nie just utk mengajaran sahaja...
jangan drive laju-laju sangat..
berdisiplin semasa memandu...
ingat pemandu lain juga..
jangan pentingkan diri sendiri..
ingatlah orang yang tersayang...

xcedent.. melibatkan 4 buah kereta.. 1 mpv.. yg lain tue..
biasa jak..

time xcident tue.. cm biasa aku tengah melayan blog...
tetiba... bum..bum..bum..bum..
hahaha... lbh kurang cmtue la bunyi..

aku mak n adik memang dh agak..comfirm xcident..


dpn umah aku memang selalu la ada ja..mcm2..
tp dah lama tak jadi xcident..
tambah2 plak.. hujan renyai2 di sini..
jalan licin.. dan.... di tambah pl sikap pemandu..
w'pun bukan semua pemandu yang terlibat tue salah..
dengar2 cita.. 1 buah kereta tue yg bikin kacau lalulintas..
so.. dah susahkan semua pihak...aku n adik.. apalagi lariiii... la...
time tue tak ramai lagi..
so.. km dpt tengok dekat...
pastu.. ala... lupa nak abil fon pl..
nak la jg snap sikit utk kongsikn kt cnie..
aku terus lariii... balik umah..
datang2 ja...
mak aiii.. ramainya.. tp snap jg la...
w'pun kurang jelas.. ok la kan..
jemnya.. Ya Allah... yg xcident tue dh xcident..
abeh yg ramai2 brhentikan kereta ikut suka hati apa sal..
ganggu pengguna yg lain..

dengar2 kata yg menjadi punca kereta Gen2 yg di tengah2 tue..
tak nampak sngat kereta tue.. coz dok di tengah..
colour biru.. 3 buah kereta tak dpt nak elak dia..
gedebum langgar dia.. teruk jg tengok...
tau tak sapa yg drive kereta tue???
perempuan la.. ish.. laju mn ntah la dia drive..
tp klu nak xcident bkn nak di kira jantina kan..
tp sadis jg la.. ya la.. yg 3 buah lg.. lelaki yg drive..
dah kereta biru tue buat hal.. yg lain2 pun terpaksa la..
gedebum dia.. remuk kereta tue.. abes satu body..
tayar pancit..

ckap pasal tayar pancit..
pagi2 buta hari sabtu.. aku n adik lelaki keluar ke alor star
sbbnya nak abil adik aku (kerja di KL).. dia blik cnie..
time on the way tue aku ada kata kt adik laki aku..

aku "Do, satgi berhenti stesen minyak isi minyak siap2..
nti tak pasai2 kena tolak kereta lak"

adik laki aku "ish... mulut tue.. dan aih.. nak balik satg.."
aku "la.. berhenti ja la.. isi siap2.. kt p abil k.ikah dl.. pastu isi minyak..

lps abil adik.. trus isi minyak.. time tue 2.30 pg..
pastu terus balik..

adik laki aku.. "kak.. do nak beli nasi kandar sat..
k.ikah ang kn belanja sbb kn kuar abil ang pg2 buta.."

adik laki aku memang kaki nasi kandar..
aku "ish.. hang nie nak beli yg tue.. nak beli yang nie.. pg2 buta..
(aku marah dia)"

tp beli jg.. dia parking sblh kedai tue yg jalannya ntah apa2..
aku "la.. parking pa kat sini.. parking ja tepi jalan tue"
adik perempuan aku "aii.. hang nie ketegaq sguh.."
dengan penuh buat deeekkk ja dia xikut ckp km..
lps beli km balik..

on the way nak balik rumah tetiba..
gedebuk..gedubuk..gedebukkkkk....

aku "aih napa nie.. bunyi semacam ja.. Do hang berhenti kereta"
adik p'puan aku "kak.. adik rasa tayar kereta pancit.."
adik laki aku turun.. Allah... pancit plak...
"hang nie la kak.. mulut tue tak jaga..."
aku "aihh.. pasai pa aku lak.. hang la ketegaq/degil..
org tak bg parking kt situ..
tak dengaq ckp. . tu la.. kn paku la tue"

berhenti tempat cerah tukar tayar..

dalam hati aku.. "ishh.. mujoq la adik laki aku ada.. klu tak..
apa aku ngan adik p'puan aku nak buat?"
nak tukar tayar bleh.. tp.. pg2 buta..takut la..

penyelesaiannya.. samada kami berhenti tggu ayah @ adik
ambil kami.. kami tunggu dlm kereta ja.. sampai dorng datang...
@pun gagahkan juga drive kereta balik..
apa nak jd.. jd la... heee...

moral of the story "sayangilah mereka"

aku tak snap pic tayar kereta pancit.. coz..
adik laki aku.. smbil tukar tayar..
dok pot..pet..pot..pet..
sakit hati kena tukar tayar...
aku "Do hang dok berleter pa.. takkan kak nak kn tukar tayar kot.. ishhh...
adik laki aku "hampa dua memang la.. lega tak keluaq peluh.."
heee..... sabaq2 bulan posa.. tak pa balik satg pekena nasi kandar.. hahaha...


in loving memory
maizac'joe

Friday, September 11, 2009

~*~ Kenapa dapat rasa?? ~*~

n3 kali nie cam ngarut skit....
kalau sebelum nie karya saya bukan main lagi...
ayat mesti tersusun kemas... kena ada gaya... bahasa mesti best...
kena bagi semua pengunjung setia saya faham...
tiap-tiap tutur kata... lenggok bahasa saya...
tapi hari nie... hentam saja la maiza....
tak da idea bila hati kita lain macam sikit...

not feling-feling na...
cuma hati kita tetiba bleh terdetik...
perasan tak hati kita kadang bleh terdetik??
saya sentiasa dapat perasan semua tue...
saya dapat tahu orang merajuk pasal saya..
orang marah pasal saya.... orang macam-macam la.....
pasal saya...

ya ka??....
ish apasal nie maiza???
kenapa aku dapat merasa.... aku rasa korang pun dapat rasa....

korang nak tau tak???.....
aku paling lemah kalau orang marah aku....
bukan sebab aku tak suka orang marah aku...
tapi bila dorng marah.. hati dorang akan sakit...
aku jangan di pedulikan ya...
kalau orang merajuk sebab aku....
kalau orang sakit hati sebab aku....
mungkin sebab aku tak suka nak buat semua tue...
aku nak jaga semua hati orang...
begitu juga dengan hati aku...
boleh ka???

kalau boleh dalam kehidupan aku...
tiap-tiap hari.. tiap saat, masa, jam, ketika..
aku nak senyum sentiasa...
tue sebabnya ramai kwn kt pic aku semua senyum..
jawapannya aku memang suka senyum...
aku suka cool... sebab tue juga blog aku colourfull..

perasan tak??..
meriah blog aku dng warna..
semua warna-warni tue..
warna kehidupan aku...

Tapi...
tapi aku suka rasa serba salah...
betul ka aku nie?? betul ka apa yang aku buat??
betul ka bahasa aku pada orang??
aku tak mau orang terasa sebab aku...
sebab tue tiap kali aku dapat rasa orang marah kat aku....
hati aku tak tenteram... cepat-cepat aku sms...
say sorry!!
w'pun hakikatnya aku tak tau hujung pangkalnya lagi...
w'pun aku tak tau betul ka salah aku....
sebab aku tak nak orang sekeliling aku tak senyum...
senyuman korang penting untuk aku...
di bibir aku sentisa terukir sorry..
bukan bibir saja.. hati pun sama..

permulaan ayat aku tue??
perasan tak??...
mula-mula aku bahasakan saya... last dah terkeluar aku...
haa... itulah aku... tak boleh berselindung... tak tau berlakon..
aku tetap aku!! mcm mn pun..
aku dari dulu sampai sekarang seperti aku...
sebab tue juga kalau kat YM..FB..SMS..juga blog..
kalau niat aku hanya sekadar bergurau...
aku terus letak...
"heee... gurau ja..."
"jangan marah.."
"sorry.."
satu lagi... "heee.... saja tanya.."
tiap ayat aku mesti letak heeee @pun hahaha....
perasan tak... haa... itulah aku...

ada lagi ka ayat aku tak letak??
sebab biasanya ayat cmtue.. spontan ja keluar...
tue la aku...
sebab aku akan say sorry w'pun tak tau hujung pangkal??

sebab mana tau....
tiba-tiba denyutan jantung aku terhenti!!
nadi aku terhenti...
ketawa aku terhenti..
senyuman aku terhenti..
gurauan aku terhenti..
segalanya terhenti tiba-tiba...
mesti aku rasa sedih sangat...
bukan sebab aku di hentikan...
itu kehendakNya... aku Redha..

aku sedih sebab aku tak boleh tinggalkan sesuatu yang indah..
pada semua orang...
"aku suka semua orang tersenyum.. gembira..
tak ada kedukaan dalam hati"
kalau suatu hari nanti mata aku tertutup..
tertutup rapat sekali...
aku nak macam tue... tapi aku hanya manusia biasa..
manusia yang hanya mampu..
"mampu merancang.. tapi hanya Allah yang tentukan..."

ehhh... dah tetiba teremotional aku...
wake up!! wake up!! maiza...
ok..!! aku dah wake up...

So.. spt biasa "Sorry"
kalau kata-kata aku mengguris sesiapa..
aku gurau ja la... heeee.....
"itulah aku..."
please.. lps nie semua orang senyum ok!!
aku minta maaf banyak-banyak ok..
biarlah orang nak kata aku buang tabiat

sebab...
"aku.. maiza.. maizac'joe tetap mcm nie" Sorry ok!!

dan.. buat pertama kalinya...
pic aku tak senyum..
heee.. sorry...




in loving memory
maizac'joe

Wednesday, September 9, 2009

~*~ Sudah bersedia?? ~*~

Sudahkah bertemu dengan "Si dia" yang di cintai? Tapi.. masalahnya belum ada keyakinan... ragu-ragu untuk melangkah dan terus melangkah...

banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. kerna harus menyediakan diri dengan banyak perkara.

Adakah kerana masih teringat pelbagai perkara?

Perkara apa??
fikirkanlah perkara di bawah sebelum terus melangkah... tapi.. kalau dah sampai seru jangan terlalu berfikir sangat... Why not... Terima saja dengan hati terbuka...

Lain la.. kalau masih belum bertemu dengan "si dia"... macam sapa?? ehehe...

Alasan kukuh berkahwin

Paling utama keyakinan diri. Sebab itu, yakinkan diri kenapa kita harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin kita perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri kita, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya pada diri kita.. pastikan alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat kita hinggalah benar-benar yakin...

"Dia adalah yang pasti untuk kita"....

Sedia berkongsi

Mesti terima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari, satu bantal.. ya ka?? ehehe.. tetapi juga berkongsi waktu, pemerhatian, kewangan, zahir dan batin dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti kita harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan kita. emm... waktu tue jangan pula kita menyesal.. sebab itu la.. dalam perhubungan bukan saja saling memerlukan tetapi juga saling menerima pasangan seadanya....

Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan kita. Jadi pada saya, lebih baik jika kita selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin InsyaAllah sampai bila-bila.

Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan kita. Si dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan kita. Jadi, meningkatkan diri untuk bertoleransi, saling menghargai sangat membantu dalam sesebuah rumah tangga.

Sedia untuk berpisah

Di dunia ini tidak ada yang kekal abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagia. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika pasangan kita melafazkan akad, kita harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan dalam perhubungan. Kalau boleh nak juga kita elakkan... namun apakan daya... kita hanya manusia biasa yang punya perasaan...

Sedia menerima malu

Kita tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk mana pun sifat dan perilaku pasangan kita di mata orang, dia adalah pilihan kita "Terima dia seadanya". Sebab itu, kita harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing "Cintanya kita pada si dia"...

Soal anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan lagi kehidupan. Tetapi secara kita sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dalam kehidupan rumah tangga kita. Kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Kita tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun...

Tetapi semuanya.. rezeki, jodoh juga ajal.. adalah ketentuan daripada ALLAH... walaupun ada juga pasangan yang belum di kurniakan zuriat penghubung hubungan namun... "Semarakkan juga perhubungan saling terima seadanya" bersyukurlah dengan apa yang di kurniakan....

Apa yang penting dalam perhubungan???

Bagi saya....

Saling menyintai sepenuh hati, saling mempercayai juga menghormati, menerima seadanya,

Bak kata seorang kawan saya " CINTA bukan pada kata-kata tapi pada tindakan"

Asasnya "CARING"

banyak yang dapat saya pelajari juga perolehi daripada dia...

walaupun baru kenal Tapi... "Seperti dah lama kenal"

Thanks kawan....

in loving memory

maizac'joe